Ahad, 1 September 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Wanita cedera disimbah asid <b>di Ampang</b> ABN News | BM

Posted: 11 Aug 2013 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam  kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya.

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 71 Pati Ditahan <b>Di Dengkil</b>

Posted: 01 Sep 2013 02:24 AM PDT

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

1 Sep 2013, 05:24pm by mahirah shah



Di Dengkil, Selangor pula Jabatan Imigresen Negeri dengan kerjasama ikatan Relawan rakyat Malaysia, Rela menjalankan operasi memburu pati hingga ke dalam hutan.

Hasilnya 50 pati warga Indonesia dan Bangladesh diperiksa, 21 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Sementara itu, dalam serbuan di Klang penguatkusa Imigresen memeriksa 110 warga asing.

50 pati warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan.

Kesemua pati dibawa ke depoh tahanan Putrajaya untuk tindakan lanjut dan siasatan akan dilakukan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Putrajaya, Saravana Kumar berkata tempoh operasi fasa pertama bermula hari ini sehingga 31 Disember dan operasi seterusnya akan diteruskan dalam fasa kedua dan ketiga.

Katanya, buat permulaan operasi akan tertumpu di kawasan penempatan haram yang terletak di tapak pembinaan.

Turut diberi tumpuan beberapa kawasan lain seperti ladang, rumah urut, pusat hiburan serta penempatan setinggan.

Sebelum ini pihak Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Negara yang terbabit telah dimaklumkan secara rasmi berhubung operasi ini.

Manakala menerusi pelaksanaan program penyelesaian menyeluruh pati, 6P KDN telah mendaftarkan 1.3 juta pati.

Tepat jam 12 tengah malam tadi, lebih setengah juta pendatang asing mula diburu dalam operasi berskala besar oleh pihak berkuasa di seluruh negara.

Unjuran meletakkan terdapat lebih setengah juta pendatang tanpa izin berada di negara ini.


3 Beranak Maut Dibunuh KEJAM <b>Di Dengkil</b>!!! | Penggempur Mutiara

Posted: 29 Aug 2013 04:30 PM PDT

Tiga beranak termasuk bayi perempuan berumur dua tahun ditemui mati dibunuh dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk kelar di leher dalam sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu seorang nenek berumur 64 tahun ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala bayi tersebut dikelar di leher.
"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat berasingan iaitu di ruang tamu, dapur dan bilik utama di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa yang berumur tujuh tahun yang baru sahaja pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.
"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,"katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut Imran, bergerak atas maklumat tersebut, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tiga lokasi berbeza.
Selain itu katanya, polis akan menyiasat kes tersebut daripada pelbagai aspek termasuk dendam mahupun rompakan kerana hasil siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di rumah mangsa.
"Rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun mahupun pergelutan, polis kini sedang giat mengesan senjata yang digunakan serta motif kejadian," katanya.
katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan ditalian 03-8772 422 bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mas Ayu, 27 berkata, pada pukul 11 pagi dia ada terdengar bunyi bising daripada rumah mangsa.
"Selepas terdengar bunyi bising saya ada meninjau keadaan di rumah mangsa, namun tiada apa-apa kejadian yang mencurigakan berlaku.
"Sekitar rumah mangsa pada ketika itu juga tiada sebarang kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir ia mungkin pergaduhan biasa yang tidak serius," katanya.
Katanya, sepanjang mengenali keluarga mangsa tiada sebarang masalah yang timbul, malah tiada pergaduhan besar melibatkan mereka. - UTUSAN ONLINE

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


PORTAL FELDA LOK HENG BARAT: Bandar Kota <b>Tinggi</b> Johor

Posted: 22 Aug 2013 02:28 AM PDT

Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar. Terdapat juga beberapa buah bandar baru yang telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Bandar Mas, Petri Jaya dan Bandar Perani.
Kawasan Pilihanraya daerah ini terbahagi kepada 3 kawasan Parlimen dan 6 kawasan DUN iaitu kawasan Parlimen Kota Tinggi yang terdiri daripada Dewan Undangan Negeri Kawasan Sedili dan Johor Lama. Parlimen Tenggara iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Panti dan Pasir Raja. Manakala kawasan pilihanraya Parlimen Pengerang pula ialah Dewan Undangan Negeri Penawar dan Tanjung Surat.
Pekerjaan penduduk di daerah Kota Tinggi ini adalah terutamanya sebagai peladang (peneroka Felda), petani/penternak, nelayan, pekerja industri dan juga kakitangan kerajaan awam serta swasta. Disebabkan kedudukan daerah ini yang berdekatan dengan zon industri seperti Pasir Gudang dan Senai, tumpuan pekerjaan sehingga kini lebih tertumpu kepada industri atau perkilangan. 
Namun begitu pekerjaan utama sebagai peneroka tidak dibiarkan begitu sahaja dengan pendekatan baru yang dirancang oleh pihak kerajaan khususnya Felda dan Felcra. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 beberapa projek khusus untuk peneroka telah dirangka seperti penanaman semula pokok kelapa sawit bersistematik, industri kampung bersepadu serta pertanian moden dijangka dapat menarik golongan muda untuk menceburi bidang ini di masa-masa akan datang.
Daerah ini terkenal dengan destinasi pelancongannya yang popular bukan sahaja di Negeri Johor dan Malaysia, malah di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi. Sungai Johor yang mengalir di sepanjang bandar ini banyak menyimpan sejarah zaman Kegemilangan Johor Lama. Terdapat banyak bekas tapak peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang ada di sini seperti Makam-Makam Lama dan Kota-Kota Lama. Disebabkan daerah ini kaya dengan peninggalan warisan sejarah, maka Kota Tinggi dikenali dengan "Daerah Pelancongan Bersejarah".
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.
Kota Tinggi juga sememangnya terkenal dengan hidangan makanan laut. Malah, di Kota Tinggi, Belangkas terutama telurnya kini menjadi lauk kegemaran pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di bandar ini. Hidupan laut yang menyerupai topi perisai tentera itu turut menjadi kegemaran kerabat Diraja Johor terutama Tunku Mahkota Johor.

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:57 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2013 10:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Lot Banglo, <b>Jenjarom</b>, Kuala Langat

Posted: 16 Feb 2013 07:52 AM PST

Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.

Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.

Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft

* 5 minit ke SKVE
* 20 minit ke Shah Alam
* 20 minit ke Klang
* 20 Minit ke Putrajaya
* 20 minit ke KLIA
* Berdekatan sekolah dan masjid.

Pakej ekslusif
-Infra jalan bertar
-Sistem saliran dan perparitan disediakan
-Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah
-Lampu jalan disediakan
-Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun.
-Pinjaman diuruskan pihak syarikat

8 pembeli terawal akan terima FREE GIFT.

Hubungi Syamsul 012-2249895


View Larger Map

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2013 03:28 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aricom inspirations: Renovasi & Dekorasi Rumah Teres <b>di Jenjarom</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 07:54 AM PST

Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.


Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.

Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.

Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.

Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.

Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.

Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.

Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.

Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!

Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 03:49 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Gambar DJ Nasa Kemalangan <b>Di Sungai Buloh</b> - Pacuan Empat <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:16 PM PDT


Seorang DJ radio Astro, Nasaruddin Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai DJ Nasa telah mengalami kemalangan jalan raya apabila kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandunya melanggar seekor lembu di Desa Coalfield, Sungai Buloh pagi pada Khamis.

Menurut Nasa, 48, kejadian tersebut berlaku kira-kira 5 pagi semalam tadi ketika dia dalam perjalanan untuk menghantar anak-anaknya yang bersekolah di Kampung Baru.

"Keadaan pada masa itu sangat gelap sehingga saya tidak menyedari saya telah melanggar seekor lembu yang muncul secara tiba-tiba sehingga menyebabkan ia tercampak di tepi lalu mati.


"Apapun saya bersyukur kerana saya dan ketiga-tiga orang anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar Nasa dipetik dari laman mStar.

Nasa sempat menceritakan kisah lucu dan pelik yang dialaminya sewaktu berada di tempat kejadian.

"Apa yang menghairankan saya, sejurus selepas kemalangan, penduduk di kawasan tersebut bergegas ke kawasan kemalangan dengan lampu suluh untuk melihat apa yang berlaku. 

Mereka bukan berkerumun untuk melihat keadaan saya tapi mereka lebih prihatin kepada lembu tersebut yang telah mati, agaknya salah seorang daripada mereka adalah pemilik lembu berkenaan.

"Saya ingin menasihatkan kepada semua penternak mahupun penggembala lembu agar lebih bertanggungjawab dan tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di jalan raya kerana perkara sedemikian boleh meragut nyawa pengguna jalan raya," pesan Nasa - Yahoo News Malaysia & Ping Merah blog

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Catatan Lama - BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 11:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 11:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jawatan Kosong <b>Di</b> Kolej Profesional MARA <b>Beranang</b> [24 Mei 2013 <b>...</b>

Posted: 15 May 2013 06:38 PM PDT

Jawatan Kosong Di Kolej Profesional MARA Beranang [24 Mei 2013]

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Profesional MARA Beranang sebagai :-


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41 - 8 kekosongan jawatan

Tarikh Tutup : 24 Mei 2013




Cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat melalui jobsmalaysia

Ikuti step seperti gambar di bawah :

1. Sila masukkan keyword : kolej profesional mara beranang

2. Pilih Cari Majikan

3. Klik Search/Cari

4. Pilih Majikan : KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

5. Klik pada Jawatan yang anda inginkan

6. Mohon jika berminat dan memenuhi Syarat Kelayakan.

(Jika Carian Segera iaitu gambar ke 2 tidak muncul, anda dinasihatkan untuk terus mencuba atau cuba 5 minit selepas itu atau terus mencuba, kerana jobsmalaysia kadangkala mengalami masalah pencarian)


12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Tiga rumah <b>di Selayang</b> Baru musnah dijilat api ABN News | BM

Posted: 04 Aug 2013 06:29 PM PDT

KUALA LUMPUR – Tiga buah rumah teres setingkat di Jalan 3 Selayang Baru musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang Azrul Khairi Abu Bakar berkata  tiga jentera dari Balai Selayang, Jinjang dan Hang Tuah dengan 20 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran pada kira-kira 8 malam.

"Bomba berjaya mengawal kebakaran 40 minit kemudian. Pihak bomba mengalami kesulitan untuk memadam api ekoran pili bomba yang jauh 200 meter dari tempat kejadian.

"Jadi kami terpaksa menyambung tali air untuk ke pili dan menggunakan tangki sementara untuk memadam api yang sedang marak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian sedang disiasat, katanya.

Sementara itu, mangsa Lim Chin Teck, 44, yang tinggal di situ selama 30 tahun berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana keluar makan bersama bapanya di restoran berdekatan. – Bernama

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Kelantan disentap gol penyamaan lewat, JDT tumbang <b>di Shah Alam</b>

Posted: 21 Aug 2013 06:12 AM PDT

Sepak mula Piala Malaysia 2013 menyaksikan juara bertahan, Kelantan diikat tuan rumah Pahang menerusi gol penyamaan lewat permainan, tatkala pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim tumbang mengejut di Shah Alam kepada PKNS Selangor.

Negeri Sembilan mencatat hanyalah kemenangan kedua mereka musim ini dengan menundukkan Terengganu, tatkala Sime Darby membuka tirai dengan kejutan besar menewaskan finalis musim lalu, ATM, 4-3.

Keputusan lain Matchday 1, seperti berikut :

Kumpulan A
Johor 0 - 0 Selangor
ATM 3 - 4 Sime Darby

Kumpulan B
PKNS 2 - 0 JDT
Felda 0 - 1 T-Team

Kumpulan C
Pahang 1 - 1 Kelantan
Terengganu 0 - 2 Negeri Sembilan

Kumpulan D
Lions XII 2 - 2 Kedah
Perak 2 - 1 Sarawak

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Badariah Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam, Dirogol <b>Di Batu Caves</b>

Posted: 04 Aug 2013 12:28 AM PDT

HAJAT seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.

Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.

"Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa.

"Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam.

"Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.

"Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat," katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.

Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.

"Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain.

"Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


AMKNS: Polis siasat 2 anggota polis terlibat samun <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 28 Aug 2013 07:28 AM PDT

PETALING JAYA 27 Ogos 2013 - Polis sedang menyiasat kemungkinan dua kes samun membabitkan dua mangsa di Kelana Jaya pada 3 Julai lalu dan dilaporkan secara meluas di laman sosial Facebook dan portal berita baru-baru ini melibatkan dua anggota pasukan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua anggota polis berpangkat konstabel itu telah dikenal pasti oleh mangsa dalam satu kawad cam di sebuah balai polis, empat hari selepas kejadian.
Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan dan mengumpul bukti untuk melengkapkan kertas siasatan.

Sabtu, 31 Ogos 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Ucapan perbahasan Titah <b>Di Raja</b> Adun <b>Bukit</b> Antarabangsa <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:39 AM PDT

Puan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon izin untuk membawa suatu usul yang berbunyi seperti berikut:

Ampun Tuanku,

Patik–patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli–Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berhimpun memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas.

Saya menjunjung kasih atas Titah Tuanku Sultan Selangor tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang Ketiga Belas pada 28 Jun 2013 yang lalu. Hari ini saya tampil untuk membawa usul dan mengambil bahagian dalam perbahasan demi mengangkat suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini.

Reformasi Dewan Negeri Selangor

1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Puan Speaker yang telah terpilih sebagai Speaker wanita yang pertama di negara kita. Saya yakin YB Puan Speaker dapat memimpin Dewan yang mulia ini ke arah memartabatkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Negeri Selangor.

2. Sebagai permulaan, saya ingin mencadangkan supaya Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor perenggan 22(2) yang mewajibkan setiap pertanyaan hendaklah dikeluarkan pemberitahunya oleh seseorang Ahli Dewan Negeri dengan bertulis tidak kurang daripada 21 hari daripada hari yang dikehendaki jawabnya dipinda kepada satu tempoh yang lebih munasabah.

3. Pertanyaan – pertanyaan mulut dan bertulis yang perlu dihantar begitu awal menyebabkan Ahli Dewan Negeri tidak dapat menggarap isu – isu semasa yang muncul sejurus sebelum sidang dewan bermula. Sebagai contoh, Ahli – Ahli Dewan Negeri tidak dapat mengemukakan soalan mengenai darurat jerebu yang melanda Negeri Selangor baru – baru ini.

4. Amalan negara – negara demokrasi maju seperti New Zealand dan Australia memperuntukkan tempoh masa kurang 3 hari bagi mengemukakan soalan lisan kepada Parlimen. Amalan ini dapat memastikan kepentingan rakyat dan negara yang berbangkit dapat dibincang dan dibahaskan dengan komprehensif di Dewan yang mulia ini.

Pasca PRU 13 – Reformasi Sistem Pilihan Raya

5. Alhamdulillah, rakyat Negeri Selangor terus memberikan mandat yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Kerajaan Negeri Selangor. Mandat ini adalah manifestasi rakyat yang menuntut dasar pentadbiran yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik (good governance), kepimpinan yang berintegriti dan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam membuat keputusan.

6. Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah berjaya meraih 1.04 juta undi dari 1.7 juta undi di peringkat DUN. Sementara itu, 298 ribu rakyat telah memberikan sokongan dengan memilih parti DAP, 367 ribu memilih parti PAS dan sejumlah 373 ribu rakyat telah memilih KEADILAN bagi menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan meneruskan kecemerlangan yang dikecapi sebelum ini.

7. Muafakat utuh di antara komponen Pakatan Rakyat di Selangor telah berjaya mencatatkan 60 % undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menerima 40 %. Peratusan ini memperlihatkan bahawa dukungan rakyat di Negeri Selangor terhadap Pakatan Rakyat meningkat sebanyak 4 % berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

8. Sementara itu, Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan mendapat 51 % undi popular sementara sokongan kepada BN terus merudum kepada 47 %. BN terpaksa membentuk sebuah Kerajaan Minoriti.

9. KEADILAN dan Pakatan Rakyat mendapat 51 % undi popular disebalik kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya yang ditaja oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isu dakwat kekal yang tidak kekal, orang asing diberikan kelayakan mengundi, lebih 60 000 orang pemilih berstatus 'dubious voters', wujudnya pengundi yang mengundi 2 kali, media yang tidak bebas dan sogokan wang tunai untuk membeli undi. Ini semuanya telah mencemarkan proses pilihan raya di Malaysia dan Dewan ini menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan.

10. Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan berkenaan keanggotaan SPR dalam fasal (2) menegaskan peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Fasal tersebut menyatakan :

"Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam."

11. Oleh kerana keyakinan rakyat sudah terhakis ekoran kecurangan dalam PRU – 13, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR harus mengambil tanggungjawab moral untuk meletakkan jawatan masing – masing.

12. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri berhubung Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberikan kuasa perundangan yang sama kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di – Raja. Saya mendesak supaya Kerajaan Negeri segera menggunakan peruntukan ini bagi maksud menyiasat kecurangan dan penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke 13 yang turut berlaku di Negeri Selangor. Ini kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan. Selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam.

13. Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Siasatan ini memberi perlindungan kepada saksi – saksi yang bersedia untuk memberikan keterangan termasuk di kalangan Pegawai – Pegawai Perkhidmatan Awam dan juga SPR. Suruhanjaya ini juga diberikan kuasa undang – undang untuk mengeluarkan sapina terhadap mana – mana individu yang difikirkan dapat membantu siasatan termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan sekiranya ingkar, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. Suruhanjaya ini boleh mengeluarkan sapina terhadap media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang digunakan sepenuhnya oleh UMNO untuk memaparkan berita – berita fitnah dan pembohongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor seperti isu sampah, isu air bersih dan juga program – program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

14. Fungsi Suruhanjaya Siasatan Di – Raja ini dapat mencari jawapan melalui keterangan bersumpah daripada saksi – saksi yang boleh membantu siasatan yang menyeluruh terhadap isu kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya bagi melindungi kepentingan awam dan kedaulatan Negeri. Justeru itu, saya menyeru rakyat Negeri Selangor khususnya para pengundi untuk bersedia tampil sebagai saksi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Di – Raja ini dengan mengemukakan keterangan dan bukti – bukti yang kukuh kerana mereka akan diberikan jaminan perlindungan mengikut undang – undang. Negeri Selangor harus memimpin usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia

15. Sebagai sebuah negara yang demokratik, pilihan raya yang bersih, adil dan telus adalah tunjang kepada pengukuhan demokrasi. Ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku wajar diperbetulkan melalui agenda reformasi sistem pilihan raya. Pakatan Rakyat sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang menjunjung prinsip dan lunas – lunas demokrasi berperlembagaan tuntas mendukung usaha reformasi sistem pilihan raya.

azmin16. Ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada gerrymandering. Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

17. DUN Permatang dan DUN Seri Serdang mempunyai jumlah pengundi yang begitu besar perbezaannya. DUN Seri Serdang mempunyai jumlah pengundi seramai 72,769 orang sementara DUN Permatang mempunyai hanya 19,636 orang pengundi.

Ini berlaku apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria – kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi.

18. Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor – syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR.

19. Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan – kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. Antara kriteria – kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.

20. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor – syor berkenaan urusan persempadanan bahagian – bahagian pilihan raya dalam Negeri Selangor.

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA)

21. Saya percaya rakyat Negeri Selangor mengikuti perbahasan mengenai hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menandatangani Trans – Pacific Partnership Agreement (TPPA).

22. Sebanyak 17 pusingan rundingan telah dijalankan dengan negara – negara anggota yang lain. Dalam masa terdekat rundingan bagi pusingan ke 18 akan dijalankan di Negeri Sabah pada 14 Julai 2013 ini.

23. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa TPPA mempunyai kesan langsung yang boleh menjejaskan perlaksanaan dasar Kerajaan Negeri ? Persoalan saya ialah apakah langkah – langkah proaktif yang telah dan akan di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk terlibat secara langsung di meja rundingan ?

24. TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral. Namun, lebih mencabar kerana ianya bukan sahaja melibatkan isu – isu pelaburan dan perdagangan tetapi juga instrumen – instrumen baru ekonomi seperti intellectual property rights, procument, buruh dan kedaulatan negara.

25. Daripada 29 bab dalam perjanjian, hanya 5 bab sahaja yang berhubung secara langsung dengan isu perdagangan dan pelaburan. Manakala selebihnya isu – isu baru yang sangat mencabar keupayaan dan kekuatan delegasi negara dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan pengusaha – pengusaha tempatan khususnya dalam Industri Kecil dan Sederhana (SME) di Negeri Selangor.

26. Salah satu daripada 29 bab yang terkandung dalam TPPA adalah berhubung dengan bab perkhidmatan. Di bawah tajuk bab perkhidmatan, terdapat satu klausa yang bertajuk domestic regulation discipline dan klausa ini boleh memberi impak kepada dasar dan polisi Kerajaan Negeri yang sedia ada.

27. Antara lain, isu perlesenan yang dikeluarkan oleh PBT dan dasar industri dan perkhidmatan air yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri boleh menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri atas alasan non trade discriminatory yang dicadangkan oleh TPPA.

28. Ini menuntut supaya Kerajaan Negeri segera menyemak sama ada Kerajaan Negeri melalui Penasihat Undang – Undang Negeri telah menerima panggilan untuk proses perbincangan dan konsultasi bagi mendapatkan persetujuan Negeri khususnya dalam hal – hal yang berkait dengan bidang kuasa Negeri sebelum Kerajaan Persekutuan menandatangani TPPA.

29. Adalah sangat penting untuk konsep federalisme serta hubungan Persekutuan – Negeri dibangkitkan dalam membahaskan isu TPPA ini. Ini penting kerana setiap Negeri – Negeri di Malaysia akan menerima kesan langsung hasil daripada rundingan TPPA yang dipimpin oleh Kerajaan Persekutuan. Merujuk kepada jawapan lisan Menteri MITI di Dewan Rakyat pada 27 Jun 2013, YB Menteri menyatakan bahawa proses konsultasi telah berlangsung antara MITI bersama 19 buah organisasi NGOs, parti politik dan agensi – agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Namun tidak ada dinyatakan langsung tentang konsultasi dan perbincangan dengan mana – mana Kerajaan Negeri termasuk Kerajaan Negeri Selangor.

30. Antara perihal penting dalam rundingan perdagangan bebas antarabangsa seperti TPPA ialah elemen 'Non Conforming Measures' (NCM) yang mana Kerajaan yang mewakili negara perlu menyenaraikan 'perkara yang dipersetujui' oleh Kerajaan dan 'perkara yang tidak dipersetujui' oleh Kerajaan termasuklah 'perkara yang dipersetujui oleh Negeri' dan 'perkara yang tidak dipersetujui oleh Negeri'.

31. Biarpun keputusan muktamad di tangan Kerajaan Persekutuan, namun adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Negeri. Konsultasi ini penting kerana ianya termasuklah hal – hal yang berkait dengan klausa – klausa perlindungan seperti affirmative action dan hak Negeri untuk menerima atau menawarkan pelaburan asing ke Negeri tersebut.

32. Maka, Kerajaan Persekutuan perlu menghormati semangat federalisme dan pengasingan kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan harus sedar bahawa persetujuan Kerajaan Negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya akan diurus dan diakomodasikan oleh Negeri. Maka Negeri berhak untuk menentukan apa yang 'state exclude' dan 'state include'.

33. Justeru, saya akan menggesa Kerajaan Persekutuan dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat supaya mengadakan proses konsultasi dengan Kerajaan Negeri termasuk Negeri Selangor diberikan keutamaan. Malahan, wakil – wakil Kerajaan Negeri perlu terlibat sama dalam proses rundingan TPPA ini khususnya kerana ia melibatkan hal – hal negeri seperti domestic regulation discipline yang terkandung dalam sektor perkhidmatan. Perlu diingatkan bahawa dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

34. Ini menuntut perbincangan dan konsultasi berlangsung kerana sebahagian besar hal perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara – perkara yang tercatat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan. Di Amerika Syarikat, Kerajaan Persekutuan telah mengadakan rundingan dan perbincangan bersama Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan kedua – duanya. Ini semangat federalisme yang harus ada di Malaysia dan Negeri Selangor perlu menerajui semangat ini.

35. Sebagai langkah proaktif, saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya menerajui usaha perbincangan dan konsultasi ini dengan mewujudkan sebuah kaukus antara Kerajaan – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat; Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan untuk membuat satu ketetapan segera berkenaan hal – hal ini termasuk mendapatkan nasihat pakar dan profesional sebelum mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Persekutuan.

36. Di samping itu, Kerajaan Negeri amat perlu untuk menuntut satu kerusi dalam Jawatankuasa Rundingan di peringkat pusat. Saya difahamkan kini terdapat 20 kumpulan kerja yang mewakili negara ke meja rundingan; 8 daripada MITI dan 12 daripada kementerian dan agensi – agensi kerajaan yang lain. Tidak ada wakil Negeri yang dilantik bagi bersama – sama membincangkan perkara penting ini.

Perbekalan Tambahan – Belanjawan

37. Kerajaan Negeri akan sekali lagi mengemukakan Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM 761 juta dalam Mesyuarat kali ini.

38. Alasan yang diberikan adalah untuk beberapa perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi maksud – maksud yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan secukupnya termasuk keperluan RM 165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM 413 juta untuk KDEB bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), RM 24 juta sebagai pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pelaksanaan projek – projek dan RM 76 juta untuk perbelanjaan bagi menampung kekurangan bagi projek – projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.

39. Saya pernah menegur dalam Dewan yang mulia ini bahawa pengurusan kewangan yang baik adalah pengurusan yang berasaskan disiplin fiskal, perancangan kewangan dengan unjuran dan angka yang tepat serta perbelanjaan yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Perbekalan tambahan dengan jumlah yang besar tidak seharusnya dibentangkan selain daripada berlakunya krisis ekonomi yang mendesak atau malapetaka besar seperti tsunami atau gempa yang menyebabkan unjuran asal tersasar dan menuntut Kerajaan menyediakan perbelanjaan luar jangka.

40. Jika disemak rekod selama 5 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor, mulai tahun 2008 sehingga 2012, peruntukan perbekalan tambahan yang diminta pastinya dibentangkan lebih daripada 1 kali setiap penggal. Malah pada mesyuarat bagi penggal ketiga, peruntukan perbekalan tambahan dibentangkan sehingga 3 kali.

41. Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur. Apatah lagi, ini adalah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri. Apakah peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan yang lalu telah dibelanjakan sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini ?

42. Apabila dewan bersidang untuk meluluskan Belanjawan Negeri pada setiap tahun, ianya adalah bertujuan secara prinsipnya untuk mendapat kelulusan rakyat melalui dewan bagi tujuan – tujuan pembangunan yang telah dirancang. Adalah amat malang sekiranya dalam setiap sidang dewan, Ahli – Ahli Dewan Negeri diminta untuk memberi kelulusan terhadap perbelanjaan perbekalan tambahan atas alasan perbelanjaan luar jangka. Ianya membayangkan bahawa Kerajaan Negeri telah memesongkan Dewan yang mulia ini dengan membentangkan Belanjawan yang berimbang tetapi 3 atau 4 bulan berikutnya tampil di Dewan dengan mengemukakan sejumlah perbelanjaan perbekalan tambahan yang akhirnya akan menjadikan Belanjawan Defisit bagi Negeri Selangor.

43. Saya mengambil maklum bahawa simpanan rizab Negeri telah meningkat kepada RM 2.5 bilion. Ini tidak bermakna Kerajaan Negeri boleh berbelanja tanpa perancangan yang baik dan pengurusan kewangan yang berhemah.

44. Banyak perkara perbelanjaan bagi tujuan kebajikan rakyat boleh dirancang dan dibajetkan setiap tahun tanpa perlu dikemukakan dalam dewan ini untuk kelulusan perbelanjaan perbekalan tambahan yang terlalu kerap.

45. Saya sedia maklum KDEB telah lama merancang untuk melakukan pengstrukturan korporat melalui pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Persoalannya, mengapa dalam masa yang singkat dan diluar tempoh sesi Belanjawan Negeri yang mengikut amalannya diadakan pada suku tahun ke 4 setiap tahun, KDEB memberi notis yang singkat dan tergesa – gesa untuk mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM 413 juta sehingga berlakunya keperluan untuk perbekalan tambahan dalam mesyuarat kali ini.

Sekiranya penstrukturan korporat ke atas KHSB ini mempunyai nilai yang tinggi dan bakal meraih keuntungan, saya percaya KDEB boleh mendapat pembiayaan dana dan kemudahan pinjaman dari sektor kewangan. Mengapa KDEB mengambil jalan mudah dengan membebankan Kerajaan Negeri melalui pinjaman yang merupakan wang rakyat Negeri Selangor ?

46. Keupayaan pengurusan sesebuah GLC diukur berdasarkan pengurusan yang cekap, berhemah dan tidak bergantung dengan dana Kerajaan sebaliknya peranan GLC adalah untuk menjana keuntungan dan mengembalikannya kepada rakyat melalui Kerajaan Negeri.

47. Sebagai contoh, Petronas hanya menerima modal berbayar berjumlah RM 10 juta pada tahun 1974 dan pada tahun – tahun yang berikutnya, Petronas mendapat pembiayaan dari sektor swasta dan sektor kewangan atas dasar pengurusan korporat yang berwibawa. Petronas menjana keuntungan melalui pembiayaan swasta dan kemudiannya mengembalikan keuntungan ini kepada rakyat melalui pembayaran dividen dan cukai kepada Kerajaan Persekutuan.

48. Berhubung Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, saya ingin berhujah bahawa peruntukan sepatutnya telah dibajetkan dalam Belanjawan Negeri 2013 yang dibentangkan pada tahun yang lalu. Program Air Percuma telah dilaksanakan hampir 5 tahun yang lalu dan sewajarnya Kerajaan Negeri dapat membuat unjuran yang tepat dan bertanggungjawab berhubung kos program ini bagi setiap tahun.

Sekiranya Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan isu penstrukturan industri air dengan Kerajaan Persekutuan lebih awal daripada jadual yang disasarkan, maka lebihan peruntukan boleh dimasukkan semula dalam Akaun Yang Disatukan Kerajaan Negeri bagi keperluan perbelanjaan di masa yang akan datang. Saya berhujah Kerajaan Negeri boleh mengelak dari membentangkan Perbelanjaan Perbekalan Tambahan sekiranya unjuran dan perancangan dibuat dengan bertanggungjawab.

49. Maka saya menggesa Kerajaan Negeri untuk lebih cermat mengimbangi keperluan pengstrukturan korporat dengan kepentingan membuat unjuran dan perancangan yang menyeluruh dalam Sidang Belanjawan Negeri bagi mengelakkan kekerapan perbelanjaan perbekalan tambahan dalam Dewan yang mulia ini.

Pembangunan Rakyat

50. Tuanku Sultan Selangor telah bertitah supaya perbelanjaan untuk infrastruktur diberikan keutamaan secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

51. Pelaburan di dalam teknologi jalur lebar dan kemudahan internet berkelajuan tinggi perlu diperluas ke kawasan desa dan luar bandar. Hanya dengan teknologi maklumat kita dapat membina modal insan yang berilmu dan menolak kezaliman dan kemungkaran ekonomi dan politik.

52. Perbincangan dua hala antara saya dengan Yth. Bapak Ir. Jokowi, Gubernur DKI Jakarta baru – baru ini telah memperlihatkan bagaimana keupayaan beliau yang baru dipilih sebagai Gubernur Jakarta pada bulan Oktober 2012 telah berjaya memberikan tumpuan dan perhatian kepada pembangunan perumahan rakyat dalam skala yang besar dan juga menyelesaikan masalah pengangkutan awam melalui projek MRT yang dilancarkan pada bulan Mei 2013 yang lalu.

53. Pengalaman mengurus Mega City Jakarta yang mempunyai penduduk siang seramai 11 juta dan 5 juta berulang alik dari Kota Jakarta ke Kota Satelit di pinggir Jakarta amat mencabar pentadbiran Negeri Selangor supaya mengurangkan birokrasi dan menumpukan persoalan menyelesaikan masalah rakyat.

54. Bapak Jokowi yang dikenali sebagai pemimpin yang bersih dan melancarkan jihad rasuah telah dengan tegas dan berani memecat Wali Kota atau Datuk Bandar Jakarta Selatan yang dilihat tidak cocok dengan prinsip dan amalan pentadbiran yang telus dan bersih.

55. Perlantikan Datuk Bandar yang baru tidak lagi dibuat digedung atau hotel mewah, tetapi di kawasan perumahan rakyat yang usang dan penuh sampah sarap yang tidak dikutip. Bapak Jokowi menegaskan bahawa peranan Wali Kota adalah menggalas amanah rakyat supaya segera menangani masalah perumahan dan menjadikan Jakarta sebuah perbandaran yang bersih dan selamat.

56. Tuanku Sultan telah bertitah supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Penyediaan perkhidmatan bandar, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti, perumahan mampu milik dan pengangkutan awam yang efisien perlu disediakan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan berindentiti.

Tuanku Sultan turut menegaskan PBT perlu pantas mengambil tindakan terhadap aduan – aduan rakyat dan sentiasa bersikap inovatif dan proaktif dalam melaksanakan sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatannya. Sudah tentulah aduan–aduan ini sampai ke pengetahuan Tuanku Sultan ; apabila PBT dinasihatkan untuk terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab asasnya iaitu menyediakan kemudahan jalan dan longkang, pengurusan sampah yang cekap, pemotongan rumput dijalankan secara berjadual serta lampu – lampu jalan yang sentiasa berfungsi.

57. Sementara kita boleh menegur prestasi PBT, Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk membantu PBT bagi mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di setiap daerah melalui peruntukan yang lebih besar bagi semua PBT untuk menjayakan program – program pembangunan yang dinyatakan tadi. Kesemua peruntukan ini tidak perlu dibuat dalam belanjawan tambahan tetapi perlu perancangan yang menyeluruh dan unjuran yang bertanggungjawab.

58. Sementara PBT digalakkan untuk meningkatkan kutipan hasil, saya merasakan Kerajaan Negeri juga mempunyai peranan besar bagi membantu PBT. Geran MARRIS wajib disalurkan terus kepada semua PBT dengan adil dan telus supaya dapat meringankan beban kewangan PBT untuk menjalankan kerja – kerja penurapan dan pembaikan jalan.

59. Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri untuk menyegerakan peruntukan pembangunan bagi Ahli – Ahli Dewan Negeri dikalangan pembangkang di Negeri Selangor sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengamalkan dasar yang sama dengan mengembalikan peruntukan Ahli – Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

60. Mereka berhak mendapat peruntukan ini kerana mereka juga mewakili rakyat Negeri Selangor. Marilah kita tunjukkan contoh teladan kepimpinan yang baik dan berharap Kerajaan Persekutuan juga akan mengikuti langkah – langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor termasuk memberi balik kepada Negeri Selangor sejumlah peruntukan yang setimpal dengan sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK.

61. Perbincangan saya dengan Bapak Jokowi mengesahkan bahawa Kerajaan Republik Indonesia membayar balik kepada Badan Pemerintahan DKI Jakarta sejumlah 66 % daripada sumbangan yang dibuat oleh rakyat Jakarta.

Memartabatkan Institusi Umat Islam

62. Tuanku Sultan juga menitahkan supaya institusi umat Islam terus dimartabatkan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor.

63. Masjid Zakaria Gombak Utara yang dibina pada tahun 1938 adalah di antara masjid tertua di Gombak. Oleh kerana itu, kerja – kerja pembaikan termasuk keperluan untuk menaiktaraf dan pembesaran adalah mendesak kerana sudah tidak dapat menampung jamaah yang terpaksa menunaikan solat di bahu jalan utama. Keadaan ini boleh terdedah kepada risiko keselamatan para jamaah.

64. Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian Kerajaan Negeri seawal Mac 2009 sehinggalah sejumlah peruntukkan bernilai RM 6 juta diluluskan pada 8 November 2010 bagi pembinaan bangunan baru Masjid Zakaria.

65. Pada 25 Mac 2011, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Gombak memaklumkan kepada JAIS untuk membuat nilaian awal cadangan pengambilan tanah untuk tujuan tapak baru Masjid Zakaria di Lot 1199, Batu 1/2, Gombak seluas 1.1 hektar.

66. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kemudiannya menyusul pada 29 Julai 2011 memaklumkan kepada JAIS bahawa permohonan peruntukan pengambilan tanah diluluskan bagi bajet tahun 2012.

67. Pada 20 April 2012, Pengarah JAIS meminta Pentadbir Tanah Daerah Gombak untuk menguruskan proses pengambilan balik tanah bagi tujuan tapak tambahan untuk Masjid Zakaria, Batu 8 1/2 Gombak seluas 2.779 ekar.

68. Akhirnya pada 1 November 2012, Warta Pengambilan yang dicadangkan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan; Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 4707.

69. Perisytiharan Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk tujuan tapak tambahan telah ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor melalui Borang D, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 8) pada 16 November 2012 dan 6 hari berikutnya, pada 22 November 2012 – Perisytiharan Warta Pengambilan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan; No. Warta : 5087.

70. Untuk makluman Dewan, siasatan bagi mendengar semua tuntutan pampasan mengenai semua kepentingan pada tanah selaras dengan Seksyen 10, Akta Pengambilan Tanah 1960 juga telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

71. Pampasan Bertulis (Borang G & H) telah dikeluarkan pada 8 Februari 2013 kepada 2 orang pemilik tanah bersama. Bayaran telah dibuat oleh JAIS pada hujung Februari 2013. Keseluruhan proses pengambilan selesai sepenuhnya pada 8 Mac 2013. Saya juga difahamkan bahawa pihak JKR sewajarnya telah menyiapkan pelan pembangunan pembinaan Masjid Zakaria yang baru.

72. Saya merasa amat kecewa kerana setelah lebih 4 tahun saya perjuangkan untuk pembinaan Masjid Zakaria yang baru, namun sehingga hari ini tidak ada maklumbalas tentang status pembangunannya.

73. Untuk maksud ini, saya ingin mendapat jawapan yang jelas daripada Kerajaan Negeri berhubung status pembinaan Masjid Zakaria di Gombak Utara. Saya berharap Kerajaan Negeri dan JAIS dapat menyegerakan pembinaan masjid ini dalam masa yang terdekat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54008

ads