Jumaat, 7 Februari 2014

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Check up <b>di</b> Klinik Kesihatan <b>Dengkil</b> - repeat scan | Ceritera Sang <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 12:04 AM PST


Semalam aku ade check up kat Klinik Kesihatan Dengkil, yupp tak memasal macam kerap plak aku kena gi check up kan, aritu kat KK Pulau Meranti, tempat biasa aku check up tetiap bulan, situ best sebab dekat ngan rumah satu, pastu plak orang tak ramai, service smooth n steady je, tak sampai sejam dah setel..Tapi disebabkan kat situ takde doktor, so aku kena gi KK Dengkil jugak semata2 untuk jumpa doktor je, ikutkan hati rasa nak ngelat je, yela semata2 nak jumpa doktor n repeat scan je, tunggu berjam2 dari pagi sampai tengahari baru nama dipanggil, masuk bilik je scan sekejap je pon, doktor cakap semua okay, awak boleh balik, perghhh macam tak berbaloi je aku tunggu berjam2, tapi bila sampai turn aku, gitu2 aje..alahaiii sabor jela..Nasib baik Abi sentiasa menemani, aku datang pukul 8 pagi, pukul 10 camtu ajak Abi keluar gi minum milo ais tabur , naik kematu dah montot menunggu dengan tersengguk2nya tahan ngantuk, aku bukan boleh duduk lama2, ngantukk siot, kalau berjalan aku steadyyy, jauh mana pon tade hal..hahaha,,Sempat singgah kedai henpon beli power bank lagi, hehe..

Lebih kurang kul 12.15tgahri barulah nama aku dipanggil, lama kan nak kena tunggu.Nurse n doktor2 kat sini tak dinafikan semua baik2, tapi satu je masalah, service lambattt sangat..Tapi nak buat camne, redah jela..Orang senang arr cakap, eleh kalau tak tahan gi lah check kat swasta, sekarang ni swasta n goverment sama je, swasta pon kadang lambat jugak..So, alang2 semua lambat, baik aku pilih check up kat goverment yang sememangnya lambat tapi duit tak kuar satu sen pon.hahahaha...Dengar macam berkira sangat lah plak kan, tapi ko kena faham, selagi kita diberi pilihan, kita berhak memilih, so ko jangan banyak bunyi ngan aku ek...hikhikhik..

Lepas setel scan, alhamdulillah semua dalam keadaan baik, kepala baby dah kat bawah, uri ditempat yang betul, doktor cakap lagi beberapa minggu je dah cukup bulan, dah boleh get ready untuk bersalin, kalau rasa sakit2 or perut mengeras, dah boleh terus ke hospital..Huhu..

Balik check up, lapar lah plak, kalini ikut je mana Abi nak bawak gi makan, syaratnya takmau area puchong je,kihkihkih sebab dah biasa sangat kan..Abi pon bawak pi USJ, tu pon dia main jalan je, Abi bukan terer pon bab jalan ni, saje je nak uji dia, last2 eh sampai area USJ, kat Taipan tu banyak kedai makan, singgah makan kat situ jela..

Balik dari makan, singgah Tesco plak, Abi pon teringin nak powerbank jugak, tadi taknak beli sekali..huhu..Kesudahannya, kalau dah sampai Tesco, lain dicari lain dibeli nya..huhuhu..Biasalah tu kan...Dalam perjalanan balik, singgah beli air kelapa kat tepi jalan dengan goreng pisang..Sedapnya minum air kelapa panas2 ni, balik rumah relax2 jap pastu mandi sebab panas sangat, pastu tido sampai ke petang..Dan yang tak bestnya, arini dah start keje balik lepas 6 hari cuti CNY.Uwaaa macam tak cukup je cuti 6 hari...




12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah <b>DI Hulu Selangor</b> Ditutup <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2014 06:06 PM PST

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup | Fuh!! Ramai tu, 43 orang kena histeria serentak. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Hulu Selangor. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian.

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup

HULU SELANGOR – Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

"Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta," katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

"Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

"Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

"Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

"Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan. – Sinar Harian

If you enjoyed this post, you should read this: People

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup
Dr Fuh


12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Chong Wei calon BN <b>di Kajang</b>?.. Ini jawapan Chong Wei..

Posted: 31 Jan 2014 10:00 PM PST


Semalam, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang kerana populariti jaguh badminton dunia itu mampu menandingi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, pemilihan Chong Wei sebagai calon juga dapat mengalihkan pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Mengulas cadangan itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak menolak kemungkinan tersebut kerana populariti Chong Wei mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut.

"Tidak kira siapa calon pun, kita bersikap terbuka. Kita akan pilih calon yang boleh menang.

"Kriteria penting yang perlu ada pada calon itu ialah semangat untuk berkhidmat, prihatin kepada rakyat, semangat BN yang kental dan dapat memberikan pembangunan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Wisma MCA di sini hari ini.

Ini jawapan Chong Wei yang tak tahu menahu tentang cadangan itu..

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di gelanggang politik. "
Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ~ Utusan

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 01:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 01:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2013 01:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

raya aidiladha <b>di</b> kampung <b>sijangkang</b> - kisah tentang duniaku

Posted: 16 Oct 2013 06:00 PM PDT

Alhamdulilah rezeki beraya di Kampung Sijangkang...walaupun raya aidiladha tapi tetap meriah uols...happening...

ni la kampung halaman saya @kampung sijangkang...kampung sini la tempat bermain, menanggis, gelak ketawa bersama-sama saudara mara dan yang lain...bila besar ia adalah kenangan terindah buat kami yang kadang-kadang menjadi ingatan dan cerita bila berkumpul.

pagi raya hidangan atas meja panjang ni memang banyak, syukur alhamdulilah rezeki ALLAH berikan...walaupun tak semeriah seperti raya aidilfitri tapi ia masih sama seperti dulu...cuma raya aidiladha tahun ni tak dapat ikut mak balik terengganu sebab suami kena standby kerja jadi kami decide balik sendiri kampung sijangkang dan balik sana..
lagi pun raya puasa dah beraya di kampung rembau dengan keluarga mertua jadi biarla raya aidiladha aku sambut dengan atuk nenek belah aku lak..walaupun suami tak dapat merasa kemeriahan raya di kampung terengganu tapi di kampung sijangkang meriahnya tetap sama..love uols..

makanan yang dihidang..banyak tak terkira..macam-macam ada...kenyang sampai ke malam...

sayur lodeh ada, rendang ada, nasi impit ada dan lemang pun ada juga...

jemput makan dari kami...

pakcik aku yang very da sporting...

bila ibu-ibu berbicara..love uols..

cousin lepak-lepaking depan tv ruang tamu rumah atuk
mak ngah tengah suapkan nenek makan bubur..ini la nenek kesayangan saya, dah beberapa tahun terlantar..masih lagi sihat cuma tak dapat nak berjalan walauapa pun aku sentiasa doakan nenek sihat selalu dan sekiranya panjang usia nenek, aku harap nenek dapat tengok cicit-cicitnya membesar..
tangan nenek juga yang jaga aku kalau mak abah hantar aku bercuti di kampung..menjaga makan minum aku..mengusap badan aku kalau demam dan juga memakaikan aku inai di jari..kenangan tu tak mungkin aku lupa di saat nenek sihat...

aku dengan cousin yang giler happening...banyak gambar kat bawah ni..jadi koorang layan kan jela yer...aku doakan hubungan persaudaraan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat...amin...
ini adalah adik beradik perempuan Mrs.Mak, dalam gambar ini ada dua insan yang aku sayang tak ada..of course la seorang tu adalah Mrs.Mak sebab balik kampung abah di terengganu dan arwah aunty yang telah meninggalkan kami hampir 16tahun dalam insiden yang tidak diduga..al-fatihah...
aku doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang sihat sepanjang hayat dan sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki..amin....
kakak-kakak yang tua dikalangan saudara mara..iaitu kak iza yang bertudung hitam adalah cucu pertama nenek dan kak yang baju coklat cucu keempat nenek...

kami semua bersama nenek 

INI LA CERITA RAYA AIDILADHA AKU....

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Wanita OKU Diculik & Dirogol <b>Di</b> Stor Sekolah Daerah <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 03 Feb 2014 08:42 AM PST

SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

"Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.

Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikan

sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.

"Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol," katanya.

Noor Mushar berkata, polis yang menerima maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok pengawal

keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback," katanya.

Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi menjalani

pemeriksaan lanjut.

"Polis turut menahan suspek lelaki berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


fanacheksaat&#39;s blog: FOOD REVIEW <b>DI</b> CRAEZ CAFE, <b>KELANA JAYA</b>

Posted: 02 Feb 2014 08:24 AM PST

Alhamdulillah, hari ni aku join food review bersama beberapa bloggers lain. Terima kasih Terbaek Network (Farid Laham) atas peluang yang diberikan. So, hari ni kitorang dijemput untuk mengadakan food review di Craez Cafe, Kelana Jaya. 



Craez Cafe merupakan 'buah hati' Chef Imelda Harris untuk peminat-peminatnya. Siapa Chef Imelda Harris ni? Buat pengikut Masterchef All Stars mesti kenal siapa beliau. Turut bekerjasama bagi menjayakan lagi Craez Cafe ialah dua lagi rakan kongsi beliau iaitu Azrin dan Saifol Bahri.
CRAEZ merupakan akronim kepada Chill, Relax And Eat Zealously. Hebat gabungan nama tu. Rasa macam sangat kena dengan suasana di Craez Cafe itu sendiri. :) Menurut Chef Imelda Harris, Craez Cafe telah pun dilancarkan pada 11 Disember 2013 (11.12.13). Canteknya tarikh. Pandai pilih tawww! Menurut beliau lagi, Craez Cafe mempunyai 3 orang chef di dapur dan 15 orang staff yang bekerja. Pastinya layanan yang diberikan jugak sangat memuaskan hati. :)  Sewaktu makanan dihidangkan, memang rasa tak sabar sangat nak makan. Sebab apa? Mana taknya, food presentation yang sangat cantik dan kemas, lepastu bau yang menusuk hidung memang buatkan rasa tak sabar nak mencuba makanan yang dihidangkan.

Antara hidangan yang dihidangkan kepada kami para bloggers hari ni merupakan killer menu iaitu antara menu yang paling digemari oleh pelanggan Craez Cafe.

Semua menu kat atas ni sedap gila ! Sumpah sedap ! Yang paling menyengat deria rasa aku ialah White Storm Carbonara ni sebab aku ni hantu Carbonara. Next time datang ini menu wajib order ! Untuk portion dia pulak kalau bagi lelaki sangat sesuai sebab portion dia agak besar. Untuk orang macam aku ni kalau tengah lapar gila tu memang akan habis kot. Kalau tak, kena kongsi dua orang. Al-maklum la tank kecik.

Untuk minuman pulak, kitorang dihidangkan dengan sexy Mocktail Craez Cafe. Hahaha. Sebab apa aku cakap dia seksi? Sebab warna dan cara presentation dia. Hihihi


Untuk korang yang gemarkan dessert yang sejuk tetapi berkhasiat jugak, boleh la try Parfait daripada Craez Cafe ni. Sangat sedap hokayyy! Tak tipu jugak. Sedappp gila. Tak dapat dinafikan lagi. Haaaa, gitewww! Punya la nak bagi korang percaya ni. Hahaha Antara tiga-tiga Parfait ni, yang paling aku suka ialah Craez King Castle sebabnya rasa vanila dia buatkan aku rasa selesa. Tak terlalu manis dan sesuai dengan jiwa aku mungkin. Dah la nampak macam angel. Cantek sangat kan? Chef Imelda, I think you should change the name to Beautiful Angel. Hahaha.

Okay, habis cerita pasal menu. Oh ya, mesti korang nak tahu pasal harga jugak kan? Jom tengok harga menu yang disediakan di Craez Cafe. Bagi aku, sangat berpatutan dengan kelazatan dan jugak portion dia yang besar.

Amacam? Berpatutan kan? So, untuk korang yang memang suka makanan barat macam aku ni boleh la datang Craez Cafe ni. Sebab makanan yang dihidangkan memang sedap, korang memang akan puas hati punya. Tak caya? Cuba makan dulu. :)
Untuk korang yang nak tahu pasal lokasi kejadian pulak. Hahaha. Korang just datang Kelana Jaya, terus pergi ke bangunan UNITAR atau namanya bangunan Tierra Crest. Naik lif pergi tingkat 1. Nanti korang keluar lif je korang akan nampak restoran yang sangat ceria dan disambut oleh staff yang ceria jugak.

Selain makanan, aku sukakan dekorasi dalam restoran jugak. Sangat ceria, pandai bermain warna dan setiap sudut ada je deko yang comel. Dari luar sampai la dalam restoran korang akan nampak yang restoran ni sangat ceria. Rasa macam makan dekat rumah sendiri pun ada. Sangat rileks dan cool.





Oh ya, sebelum terlupa aku nak bagi berita gembira untuk korang yang nak cuba makan di Craez Cafe. Mereka menyediakan membership card untuk korang jika korang berjaya berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas! Wow! Best kan? Kalau korang dapat membership card tu korang akan dapat kelebihan sebagai seorang pelanggan taww.

Chef Imelda dan krew Craez Cafe menjemput korang semua ke Craez Cafe yang terletak di tingkat 1, Tierra Crest (UNITAR) pada 7 - 9 Februari ni sebab ada CRAEZ CARNIVAL yang akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari tersebut.

Yang menariknya, ada pertandingan Mini Masterchef taw yang ala-ala Peti Saji Misteri tu. Chef Adu yang akan jadi juri. So, kalau korang nak feeling-feeling merasa masuk Masterchef, boleh la sertai karnival ni dengan menghubungi nombor yang tertera di poster bawah ni. Ramai artis yang akan hadir dan Chef Zamir pun ada hokayyy! ;)

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Craez Cafe boleh terus ke link dibawah :
Lepas ni aku akan pergi lagi kot. Mungkin akan jadi regular customer jugak. Hahaha. Masih teringat-teringat kelazatannya. Jangan sampai terbawak dalam mimpi sudah la. Hihihi. Akhir sekali, gambar kami para bloggers di Food Review petang tadi. :)

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Polis Serbu Pusat Kecantikan Tawar Khidmat Seks <b>Di Petaling Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 01:25 AM PST

- Tuesday: 2014-01-07 17:25:35'.

pusat-urut-seks-pj
Lapan wanita warga Vietnam yang bekerja di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Petaling Jaya ditahan polis dalam satu serbuan awal pagi tadi.

Selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah, mereka juga dikesan menawarkan khidmat urutan badan ke badan dan seks.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor menyerbu premis berkenaan.

Ketika serbuan, rata-rata wanita terbabit sedang berehat sambil menunggu pelanggan.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan dipercayai didagang oleh agen mereka.

Siasatan mendapati, bayaran antara RM70 hingga RM170 dikenakan bagi setiap perkhidmatan.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Vietnam dan seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis.

Premis ini didapati pernah diserbu polis sebelum ini dan mempunyai pintu rahsia bagi pekerja terbabit melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun, dibawa ke balai polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


[ Video ] Restoran beriani popular <b>di Subang Jaya</b> dirompak <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 05:23 PM PST

PETALING JAYA - Seramai 10 pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya dekat sini tersentak apabila disamun sekumpulan penyamun bersenjata sebilah parang dalam kejadian samun Rabu lalu.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu empat lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri pelanggan sebelum bertindak menyamun dengan parang.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikirim satu sumber, tiga daripada empat suspek terbabit mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit milik mereka.
"Salah seorang suspek pula datang ke kaunter dan mengambil wang daripada mesin juruwang sebelum kesemua mereka bertindak melarikan diri.
"Nilai kerugian melibatkan wang tunai dan telefon bimbit pelbagai model yang disamun dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya di sini semalam.sumber

Khamis, 6 Februari 2014

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


GAMBAR KEMALANGAN TRAGIS <b>DI KUALA KUBU</b>

Posted: 03 Oct 2013 12:18 AM PDT

GAMBAR MENYAYAT HATI KEMALANGAN MENGORBANKAN TIGA MANGSA DI KUALA KUBU | MENYAYAT HATI…Dua wanita dan bayi berusia setahun terbunuh akibat nahas jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dikatakan hilang kawalan sehingga terbabas dan terjunam ke dalam sungai, pagi tadi.
Kejadian menyayat hati di Kuala Kubu Bharu itu telah mengakibatkan kedua-dua wanita berkenaan mati serta-merta di tempat kejadian.
Menurut info yang diperoleh menerusi laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu itu, bayi lelaki tersebut  telah dihanyutkan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum dijumpai oleh anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi menyelamat itu turut disertai jabatan bomba Tanjung Malim dan anggota polis dari Balai Hulu Bernam.
Ingat, malang tidak berbau…

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!



12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Pengalaman Shopping <b>di</b> Plaza <b>Ampang</b> City | Eyriqazz.com

Posted: 15 Jan 2014 08:22 PM PST

 Bulan lepas sempat kami singgahi di Plaza Ampang City. Tempat ini agak tersorok sedikit. First time singgah selepas direkomenkan oleh pengasuh kami. Katanya pelbagai pilihan barangan di sini dengan harga yang berpatutan. Pucuk di cita, ulam mendatang, time kami datang itu dilayan oleh salah seorang Pengurus Operasi di beberapa kedai ini, Encik Izham .

Shopping di Plaza Ampang City 2

Most kedai berada di tingkat 1. Salah satu kedai yang agak unik dan sentiasa menjadi pilihan wanita adalah kedai beg. Beg tangan, beg bagasi dan pelbagai beg lagi. Kata encik Izham , most beg di sini adalah original .Direct order dari supplier di oversea mostly.

Shopping di Plaza Ampang City 3

Usha-usha, Isteri mula rambang mata dengan pelbagai jenama i.e. Harrods, Samsonite dan pelbagai lagi. Harga saya perhatikan agak berpatutan. Di sini tidak crowded sangat, jadi selesa untuk memilih or tawar menawar.

Shopping di Plaza Ampang City 5

Pilih mana-mana yang berkenan. Disusun cantik bagi memudahkan pelanggan memilih.

Shopping di Plaza Ampang City 8
Time ni usha-usha dulu. Ada duit lebih nanti, boleh datang lagi belanja Isteri.

Shopping di Plaza Ampang City 9

Selain beg, antara kedai-kedai lain antaranya kedai judal jersi. Jersi Kelantan antara yang sentiasa menjadi pilihan pengguna di sini. Orang Kelantan memang ramai menetap di Kuala Lumpur kan?

Shopping di Plaza Ampang City 10

Koleksi Ikon, Koleksi Red Warrior. Harga, memang agak murah dan berbaloi. Tak perlula sampai nak pergi Rantau Panjang semata-mata nak beli jersi.

Shopping di Plaza Ampang City 11

Favourite kami, sudah semestinya kedai Pakaian Kanak-Kanak yang juga berada di Tingkat 1 ini. Pelbagai pilihan baju kanak-kanak, kasut yang membuatkan memang rambang mata dibuatnya.

Shopping di Plaza Ampang City 12
Kasut. Azim Pilih kasut, Alisya pilih selipar berkelip-kelip. Bukan main gembira anak-anak.

Shopping di Plaza Ampang City 13

Pilih sampai lebam. Kalau beli banyak boleh dapatkan harga diskaun/tawar menawar. Kalau yang lagi rajin, boleh hubungi Encik Izham order banyak-banyak terus in bulk. Jual dalam bentuk wholesale pun ada. Kalau yang buat bisness online jual baju kanak-kanak, sini pun pelbagai pilihan. Harganya pun memang agak murah dan setanding dengan baju kanak-kanak yang dijual di Kenanga Wholesale City misalnya.  Yup, kami pun memang rambang mata dibuatnya.

Shopping di Plaza Ampang City 15

Isteri dan Azim masih memilih-milih pakaian. Hehehe….

Shopping di Plaza Ampang City 16
Alisya pun tidak melepaskan peluang sama. Tanggalkan kasut, terus cari yang mana berkenan.

Shopping di Plaza Ampang City 19

Amboi-amboi, sampai terduduk di buatnya.

Shopping di Plaza Ampang City 21

Selain kedai beg, jersi, pakaian kanak-kanak, kedai untuk orang lelaki i.e. menjual kasut kerja/casual juga ada di tingkat 1 ini. Harga? Memang worth it. Kalau tak kerana nak cepat aritu, memang dah angkat sepasang kasut.

Shopping di Plaza Ampang City 23Kemeja kerja pun ada dijual. Murah-murah dan berkualiti. I.e. satu helai rm50, 3 helai RM100. Next time memang kena singgah ni. Tahun baru, kena tambahkan koleksi baju kerja. Tak gitu?

Shopping di Plaza Ampang City 24

Anak-anak dah, lelaki dah, pakaian wanita pun dijual juga. Serba lengkap la tempat ini. Cuma mungkin kurang promosi dan lokasinya yang agak tersorok, ramai yang kurang tahu kehadiran Shopping Mall ini .

Shopping di Plaza Ampang City 26

Pilih-pilih, jangan malu-malu.

Shopping di Plaza Ampang City 27

Kualiti dan harga memang saya rasakan berbaloi. Kemudahan parking pun banyak cuma nak parking bawah tu kalau wanita, saya syorkan datang at least bawa teman.

Shopping di Plaza Ampang City 30
Pemandangan dari luar kedai. Quite nice actually shopping complex ini cuma mungkin kena diperbaiki kemudahan yang sedia ada dan dilebihkan promosi. Engagela kami bloggers sudah pasti yang terbaik kami berikan, tak gitu?

Shopping di Plaza Ampang City 31

Saya biarkan isteri seketika, agak-agak dah habis shopping belum ya?

Shopping di Plaza Ampang City 42

Hasil rembatan. Cuba teka total harga? Overall tak sampai RM150 campur dengan selipar Alisya sekali. Berbaloi rite?

Shopping di Plaza Ampang City 43Cantik dan kena dengan Alisya.

Shopping di Plaza Ampang City 46
Ini untuk Azim pula.

Overall, Kedai-Kedai di Tingkat 1 Plaza Ampang ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk seisi keluarga dengan harga yang berpatutan. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pakaian di Parkson, AEON, Midvalley, dan KLCC. Memang saya syorkan shopping di sini di kala kos sara hidup yang semakin meninggi . Jimat belanja puas hati.

Alamat :
Plaza AMpang City
Tingkat 1, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi :

Hari weekday kedai buka jam 1030pg – 700ptg
weekend 1030pg – 730ptg
Kecuali jumaat buka jam 230ptg-730ptg utk bg staff sempat solat jumaat

Kalau nak beli pakaian or barangan secara pukal di sini, bolehla hubungi Encik Izham di 0172040177

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di batang kali</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 07:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


:: CIKGU NORAZIMAH ::: Video Lagu RAYA <b>di</b> KAMPUNG <b>JENJAROM</b>

Posted: 03 Aug 2013 06:43 PM PDT


Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...

~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Tanah Pertanian Untuk <b>Di</b> Jual - Perunding Hartanah - Blogger

Posted: 26 Jan 2014 12:39 AM PST

Keluasan Tanah Pada Geran Mukim adalah 7.4291 ekar, dan yang hendak di Jual adalah 1/6 bahagian dari salah seorang pemilik bersama @ lebih kurang 1.2381 ekar
Status Tanah adalah Pertanian dan Pegangan Rizab Melayu Freehold
Viewing/ Info Contact 017-3008021

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Denggi : 16 kawasan <b>di Klang</b> berisiko denggi | Selangorkini

Posted: 29 Jan 2014 08:00 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Di Klang sahaja merekodkan 487 kes dalam tempoh 1 hingga 27 Januari lalu yang menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus berbanding tahun lalu dengan kira-kira 184.7 kes sebulan mengikut jumlah keseluruhan ...

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Cherita AyueJean : Bersantai <b>Di</b> Sungai Sendat, <b>Ulu Yam</b>

Posted: 15 Jan 2014 12:00 AM PST


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Semalam AJ meluangkan masa dengan kawan-kawan berpiknik....
Sebelum subuh tu, kami ke NSK dulu... Beli barang-barang untuk BBQ....
Malam tu pulak memang bermalam kat rumah kawan AJ kat Selayang.. 
So memang dekat sangatlah kan dengan NSK....
Balik NSK, prepare ape yang patut....
Marinate bahan-bahan untuk BBQ semualah....
Tapi terus terang, AJ tak tolong pun... Sebabnya AJ terlelap....
Letih dan mengantuk sangat..
Sorrylah ye kengkawan..... Kihkihkih..... =P
Memula kitorang berhajat nak pegi Sungai Kedondong....
Bila dah sampai sana, tutup pulak sebab ada kes kencing tikus....
So kami bertukar haluan ke Sungai Sendat...
Nasib baik tak jauh pun jarak kedua-dua sungai tu....
Kalau tak BBQ tepi jalan je la gamaknya......
Sampai je sana, macam biaselah bentang tikar semua...
Lepas dah susun semua, apa lagi... BBQ time la!!!
Untunglah ada import chef kan... So AJ bahagian QC je la kot...
Dah settle semua, apa lagi......
Makan, terjun sungai dan makan lagi sampailah ke petang......
Okay bagi sesiapa yang tak penah pegi, Sungai Sendat ni terletak di Ulu Yam....
Perjalanan dari KL makan masa lebih kurang 45 minit....
Rasenya kalau google pun banyak details mengenai tempat ni....
Kawasan ni memang sesuai untuk bawak keluarga beriadah....
Tenang, bersih dan terjaga rapi serta jauh dari hiruk piruk kota..
Dilengkapi kemudahan tandas dan surau....
Tapi tandas dia takdelah besar mana.... Kalau pegi weekend kene beraturlah nak guna tandas..
AJ sarankan korang bawak khemah... Senang nak salin pakaian..... =D
Sayangnya, AJ lupa pulak nak amik gambar kawasan sekitar....
Next time kalau AJ pegi lagi, AJ tepek gambar ek.....
Dah banyak sangat ni AJ menaip...
Jom layan gambar kitorang kat sana.......
Cik Puan tanah fefeeling Ariana Rose kononnya....
Such a Drama Queen.... Ini semua POYO!
P/s : Curi masa jap......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

ads