Ahad, 26 Jun 2011

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air | Elizabeth Wong for <b>Bukit Lanjan</b>

Posted: 22 Jun 2011 06:27 PM PDT

Kerajaan Negeri amat kesal dengan gangguan bekalan air yang kini berlaku di beberapa daerah di Selangor. Gangguan yang diumumkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ini dilaporkan akan berlanjutan selama tiga hari dan menjejaskan seramai sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur.

Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas.

Simpanan air empangan masih berada pada tahap yang tinggi. Mengikut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kedudukan tahap simpanan air empangan pada 21 Jun 2011 adalah seperti yang berikut :

• Empangan Sungai Selangor pada tahap 98.81% dan Sungai Tinggi pada tahap 99.17%. Kedua-dua empangan ini menjadi sumber air 60% bekalan air minum ke Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).
• Empangan Sungai Batu pada tahap 100%.
• Empangan Klang Gate pada tahap 100%.
• Empangan Sungai Semenyih pada tahap 100%
• Empangan Sungai Langat pada tahap 100%.
• Empangan Tasik Subang pada tahap 96.88%

Kenyataan pihak Syabas hari ini menyalahkan perundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat. Penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja-kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya.

Pada hari ini pula, perundingan dengan Kerajaan Negeri senang-senang digunakan sebagai alasan menghalang syarikat swasta tersebut dari menaiktaraf infrastrukturnya. Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat sebelum ini.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas ini dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk negeri yang paling maju di Malaysia.

Kerajaan Negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua. Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor. Tambahan itu, Kerajaan Negeri telah membuat persediaan untuk
menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia.

Air merupakan sumber asas yang penting. Oleh itu, Kerajaan Negeri menasihatkan orang ramai untuk menggunakannya dengan cermat dan bijak. Pemasangan sistem pemanenan air hujan (rainwater harvesting) di tempat kediaman ataupun komersil merupakan satu langkah yang dapat menjimatkan penggunaan air.

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai media Brian Yap
(pegawaikhas@gmail.com, 016-311 0120) ataupun Lembaga Urus Air
Selangor 03-5511 1800

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads