Isnin, 20 Jun 2011

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Restoran Sate Emas <b>Kajang</b> | Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati

Posted: 28 May 2011 01:41 AM PDT

 Sape yang tak suka makan sate, sila angkat tangan.  Tipulah kan, rasanya baik budak kecil, remaja, ibubapa dan orang tua memang suka makan satay.

Satay selalunya di nikmati pada waktu petang ataupun malam tapi akak gi beli satay waktu tengahari, tu sebab tempat ni tak ramai orang.  Selalunya akak beli satay yang agak popolur di Kajang tapi kali ni akak nak cuba satay buatan orang lain pulak.  Apa salahnya mencuba yang lain pulak kalau dah selalu makan yang sama pun rasa jemu gak kan.

Sampai ajer kat sini, ada pelayan yang dah sedia menunggu dan segera menghulurkan menu apa yang ada di sini.

Ada macam-macam jenis satay di sini, antaranya satay ayam, satay daging kambing, satay daging lembu, satay perut.  Akak order satay perut lembu dan satay ayam.  Perut dah lapar, tak sabar nak makan.

Amboi merahnya mak ngah, perghhh tentu pedas giler ni.  Takkanlah nak makan sambal ni macamtu ajer kan.

Mestilah di campur dengan kuah kacang, baru best.  Kacau dulu sampai bercampur baru boleh di cicah.

Akak order gak nasi impit yang perlu di bayar, timun tu percuma ajer.  Apa lagi jomlah makan.  Bila makan satay ni, terasa cukup rempah ratus, kuah kacangnya pun sedap gaklah.
Eh..eh..tak sedar dah habis.  Tak puas makan akak order lagi, kali ni nak bawa balik ke rumah nak bagi suami dan anak-anak rasa pulak.

Restoran Satay Emas Kajang

No. 1, Medan Satay Kajang
Jalan Stadium
Kajang, 43000 Selangor 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads