Ahad, 19 Jun 2011

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


arusperjuangan: 10000 sertai program kerajaan Selangor <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 31 May 2011 01:36 AM PDT

arusperjuangan: 10,000 sertai program kerajaan Selangor di Sabak Bernam

10,000 sertai program kerajaan Selangor di Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.

Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.

Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.

Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat. 

Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black. 

Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi. 

Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian. 

Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta. 

Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu  Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat.

Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara.

Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads