Ahad, 19 Jun 2011

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Perpustakaan Dr Abdul Latiff: PDAL Menandaaras <b>di Semenyih</b>

Posted: 06 Jun 2011 08:12 PM PDT

Pada 2 Jun 2011, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Universiti Nottingham Malaysia, Semenyih. Seramai 11 orang kakitangan PDAL menyertai lawatan ini.

Matlamat utama lawatan penandaarasan adalah untuk meninjau perkembangan teknologi yang digunapakai dan prasarana yang disediakan oleh Perpustakaan Universiti Nottingham bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi terkini yang menarik perhatian kami sepanjang sesi lawatan tersebut adalah "Learning Hub" yang dilengkapi Smart Board iaitu TV LCD yang digunakan untuk aktiviti secara berkumpulan oleh para pelajar. Selain itu, perkhidmatan pinjaman komputer riba secara percuma selama 3 jam juga disediakan bagi kegunaan pelanggan perpustakaan dan bayaran denda akan dikenakan sebanyak RM10 selepas jam berikutnya serta pinjaman tersebut boleh dibuat melalui Sistem Aleph. Sistem Aleph juga digunakan untuk memperoleh dan memproses bahan manakala sistem UNMLOC (Universiti Nottingham Malaysia Library Online Catalogue) pula digunakan oleh para pelanggan untuk mencari bahan yang telah dikatalog.

Lawatan ini telah memberi pendedahan terbuka yang komprehensif dan terkini mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Kakitangan juga dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan sejawat serta mengeratkan hubungan silaturahim.





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads