Rabu, 6 Julai 2011

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


highway baru <b>di</b> selangor, Kuala Lumpur-<b>Kuala Selangor</b> (LATAR <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 06:28 AM PDT


View Larger Map

5 HADIS MINGGU INI
Hadis1

Dari Abu Sa'id AlKhudri ra menceritakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : Jika seseorang itu melakukan amalan didalam satu batu besar yang tidak berpintu dan tidak mempunyai lubangpun, maka amalan itu akan zahir juga pada orang ramai sama ada amalan itu baik ataupun buruk. ( HR Baihaqi )

Hadis2
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.

hadis3
Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Saidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah? Para Sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya. Saidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya? Mereka menjawab: Ya, benar. Saidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang? Huzaifah berkata: Para Sahabat terdiam. Kemudian Hudzaifah berkata: Aku, wahai Umar! Saidina Umar berkata: Engkau. Lantas Saidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah. Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.

Hadis 4
Diriwayatkan daripada Jundab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu dijangkiti bisul. Ketika bisul itu membuatnya sakit, dia mencabut panah dari bekasnya lalu membedah bisul tersebut menyebabkan darah tidak berhenti mengalir sehingga lelaki tersebut mati. Allah berfirman: Aku mengharamkan Syurga ke atasnya

Hadis 5
Bab : 2. IMAN
Perkara : 73. DALIL YANG MENUNJUKKAN BEBERAPA GOLONGAN ORANG ISLAM AKAN MEMASUKI SYURGA TANPA DIHISAB DAN DISIKSA.

Hadis Sahl bin Saad r.a: Diriwayatkan daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tujuh-puluh ribu orang atau tujuh ratus ribu. Abu Hazim tidak tahu dengan tepat orang yang akan memasuki Syurga dari umat Nabi Muhammad s.a.w. Sahl bin Saad menceritakan lagi bahawa mereka masuk ke Syurga dalam keadaan berpegangan antara satu sama lain. Orang yang pertama tidak akan masuk sehingga orang yang terakhir dari mereka memasukinya. Wajah mereka diibaratkan seperti bulan purnama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads