12 di kuala kubu - Google Blog Search |
.:Ceritera Moden:.: Bahau - Kuala Lumpur - <b>Kuala Kubu</b> Bharu - Shah <b>...</b> Posted: 15 Jul 2011 07:23 PM PDT Setelah sebulan lebih kot tak berjalan2 jauh dengan motor, kali ni ada peluang untuk melakukannya sekali lagi. Macam biasa, sebelum jalan jauh2 ni, minyak hitam, rantai, spoket (dan juga bearing, last minit baru tau) kasi tukar. Dah lama sangat tak tukar sebelum praktikal hari tu, mau problem kalau tengah jalan buat hal.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Alkisahnya bila malam sebelum bertolak, nak tidur pun tak berapa nak lena. Bangun pagi dalam pukul 4.30, mandi bersiap. Jaket kulit PDRM abah yang tak dipakai, aku sarung siap2, pagi2 tak elok membiarkan paru2 berkeadaan sejuk sepanjang perjalanan. Selesa sepanjang perjalanan walaupun kaki menggigil sebab pakai seluar selapis je. Sampai di KL dalam pukul 7.30 pagi, singgah makan sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke daerah Hulu Selangor. Hujan mulai turun renyai2, namun sepanjang perjalanan ke sana, memang menempuh hujan. 8.00 pagi. Teruskan jugak sebab malas nak bazirkan masa menunggu hujan reda, baju hujan apacer kalau tak pakai? Penat je kilang mencetak "Yamaha Sports" kat belakang kalau aku tak pakai. Sampai dalam keadaan sejuk di Darul Quran, dalam pukul 9.30pagi. Huh, tiada apa2 perubahan melainkan ada beberapa kelas sudah ditambah di bahagian ruang kosong bawah maktabah. Dapatlah berjumpa junior masa kat sekolah dulu, meneruskan usaha untuk menempatkan diri di antara waris2 SBPIJ di Kuala Kubu Bharu. Selepas tidur puas2, habis je solat zuhur + jamak asar sekali, aku kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Shah Alam, cadangnya nak cari barang. Akan tetapi, bila first time masuk bandar Shah Alam secara bersendirian, aku hilang punca sebentar. Dua kali aku pusing di tempat yang sama disebabkan arah tujuan aku samar2. Sudahnya, dah bosan memandang tempat yang sama, aku pun keluar. Menuju ke Bangi selepas menghubungi sahabat. Nak menuju ke Bangi (aku mensasarkan Putrajaya sebenarnya) susah jugak sebab Yamaha Sports II aku tu berkelajuan maksimum 100km/j, duduknya di line paling kiri. Bila terperangkap dalam kesesakan, akhirnya keluar exit yang menghala ke Sri Petaling, berjumpa dengan RnR Awan Besar, dan akhirnya masuk juga ke bandar Putrajaya. Seperti mana kisah di atas, bila masuk bandar yang tak dikenali secara bersendirian, aku lupa mana arah nak dituju untuk ke Bangi sebab takde signboard untuk ke Bangi. Yang ada hanyalah perkataan presint, blok pentadbiran bla bla bla. Nak tanya malas sebab aku malas nak turun motor di tengah2 pemandangan yang best sambil sesat2 tu. Dua kalo pusing di tempat yang sama, akhirnya aku berjumpa jalan keluar ke Bangi. Malam tu bermalam di tempat sahabat ni.. Pagi esoknya, sahabat ni dah keluar awal, gila hape pukul 7 dah lesap pi praktikal. Cikgu2 pun datang takdela awal sangat kalo waktu sekolah. Selepas solat Jumaat, aku dan dia keluar ke Kuala Lumpur (spesifik: Jalan Pahang Barat, Nufair Street) mencari buku berharga, malangnya tak sampai lagi. Frust, maka kami pun makan di Restoran Haslam di sebelahnya. Huah, dua kali ganda harga aku makan di Kuantan.. Berlagak jadi orang kaya sat. Kemudian, tiba waktu untuk aku pulang ke Bahau. Dari kawasan Bangi memang sudah lebat, aku malas nak menunggu, lebat pun redah saja. Baju hujan ada. Memasuki lebuhraya PLUS di kala hujan bukanlah satu perkara yang baik, lori bas laju2 belaka walaupun ada air atas jalan. Yang sakit riders sebab kena limpahan dan tempias air dari kelajuan tinggi lori bas tadi. Apakan daya, lalu je la..kelajuan maksima 98km/j dipergunakan sebaiknya untuk memotong lori2 kontena, lori2 kecil dan juga kereta slow. Berhujanan berterusan memang tidak baik. Selepas lama sangat dalam hujan, badan mula menggigil tak tentu hala. Walaupun dah masukkan energy dari jagung rebus dan milo sejuk ke dalam perut untuk dicernakan, ia masih lagi tidak cukup untuk memanaskan badan yang kesejukan dek hujan lebat sepanjang perjalanan. Apakan daya, teruskan jugak memotong deretan kereta, lori balak slow, dan juga manusia yang tak reti nak guna brek walaupun takde kereta pandu uji sekolah memandu pun di hadapannya. Selekoh tu bukan bahaya mana pun, jangan la brek mengejut tak tentu pasal kalau depan tu dah memang terang2 clear. Tak memasal aku berpemikiran nak rider kick pemandu tu tadi. Apapun, perjalanan kali ni tak dapat nak dimasukkan ke dalam foto disebabkan hujan yang melanda bumi Malaysia ni. Payah wo nak ambil gambar, kamera dah la sensitip dengan air. Bukannya waterproof pun kalau nak ambik masa hujan2 ni. Pengalaman sesat kali ni memang sedap, walaupun penat disebabkan berpusing tempat yang salah beberapa kali. Bak kata orang, praktis make perfect. Otak aku tak buleh nak berpandukan pada GPS macam sesetengah orang, aku lebih berpandukan manual. Ingat sendiri, bila jalan lain kali, sudah ingat. Macam tu baru syok rider. |
You are subscribed to email updates from di kuala kubu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan