Tahniah diucapkan kepada penganjur "wacana Wan Ahmad vs Ambiga"iaitu sinar harian..kerana telah BERJAYA menghimpunkan kedua-duanya dalam satu majlis..sepatutnya majlis ini diadakan dengan tenanglahkan..yelah yang datang tu nak dengar apa yang harus diperdengarkan..menghuraikan apa yang menjadi kekususutan serta majlis yang akan menghuraikan segala persoalan dan jawapan..lagi pun dalam akhbar sinar hari ni juga..ada diingatkan tentang etika ketika sewaktu berada disana..namun ianya tetap mengecewakan...jom baca laporan dari wartawan agenda daily ini...
Namanya sebuah wacana.Sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar penal bercakap.Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir buat perangai macam sarkas.
Itulah halnya semasa wacana bertajuk : Apa Selepas 9 Julai yang dianjur oleh akhbar Sinar Harian di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.
Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.
Turut sama menjadi ahli penal ialah penganalisis politik Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari penal mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ' nak menang saja dan mereka betul semua' kalangan penyokong Bersih yang hadir.
Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka ( pembangkang ) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.- OLEH HELME HANAFI -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan