Selasa, 6 September 2011

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Kes remaja mati dibakar <b>di Ampang</b>: Mangsa kemungkinan masih <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2011 07:08 AM PDT

No of View :670

 Polis tidak menolak kemungkinan remaja perempuan yang ditemui mati dalam keadaan 80 peratus rentung di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang semalam dibakar ketika mangsa masih hidup.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan luka pada tubuh badan mangsa yang dipercayai berusia 17 hingga 18 tahun itu kecuali kesan kebakaran.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mati akibat kebakaran serius di bahagian hadapan tubuhnya selain dibakar di bahagian bahu, dada, muka dan bawah pusat.

"Namun kita sedang menunggu keputusan penuh Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan juga identitinya," kata beliau kepada para pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Beliau berkata, profil mangsa menunjukkan dia adalah seorang berkulit kuning langsat, berambut lurus paras bahu dan mempunyai ketinggian 162cm, memakai rantai tangan emas di pergelangan tangan kiri serta memakai subang emas halus.

Amiruddin menambah, mangsa turut memakai pakaian yang dibuat daripada kain nipis dipercayai baju kurung berwarna hijau dan bercorak hitam.

"Mangsa bagaimanapun dilihat seperti tidak berpakaian kerana pakaian mangsa turut hangus terbakar di bahagian hadapan dan hanya tinggal cebisan kain di bahagian belakang badannya.

"Minyak tanah dipercayai digunakan sebagai bahan untuk membakar mangsa kerana terdapat bau minyak tanah di cebisan kain dan juga lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, tempoh kematian mangsa dan sama ada mangsa mati dibakar di lokasi itu atau di tempat lain belum dikenalpasti.

Amiruddin meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga seperti yang dinyatakan agar tampil ke Balai Polis Ampang Jaya atau yang berhampiran bagi membantu siasatan dan proses pengecaman mayat.

Beliau berkata, semalam polis menerima empat laporan orang hilang dan satu daripada mereka telah membuat pengecaman tetapi hasilnya negatif manakala yang lain akan melakukannya dalam masa terdekat. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads