DISAMPING mengunyah rendang dan lemang, ketupat dan ayam goreng, di sini bacaan ringan untuk Raya.
Pertama kali saya menulis tentang buku-buku yang saya baca.
Bukan nak suruh anda baca, cuma nak kongsi cerita. Setiap cerita ada implikasi untuk negara tersayang, walau indirect.
Buku-buku cerita tentang Egypt, Iran, Iraq, Pakistan dan Afghanistan.
Dua minggu sebelum dan sepanjang bulan puasa, saya sempat membaca empat buku yang kebetulannya semua berkisar negara Musalman.
saya dah baca buku ketiga baru sedar. saya main ambil dari koleksi saya - kat rumah beli buku bertimbun, kadang dah setahun dua baru sempat baca.
WARLOCK - Wilbur Smith.
Buku ini oleh penulis favourite saya Wilbur Smith. Dan ceritanya juga mengenai sejarah empayar yang saya gemar - zaman Firaun, di mana tamadun Mesir begitu tinggi (dan tuhan patung sembahan mereka beratus). egyptian civilisation at its technological best. kini, seperti seluruh dunia islam, kita dah jadi Users of Technology, bukan Inventors.
Sampai sekarang orang tak tahu bagaimana piraun ni dirikan pyramids. mereka juga control sungai nile (mereka pronounce 'Nil') agar dapat basahkan padang pasir dan tumbuhkan makanan, bina bangunan yg masih berdiri hingga hari ini, mencipta tulisan hieroglyphics, pandai matematik (kira perjalanan matahari-bulan agar tahu bila air sungai pasang-surut) dan ada rekod simpan makanan dan cukai yang detail.Novel (cerita rekaan, bukan cerita benar) dalam buku Warlock menceritakan pertempuran dua kingdom Egypt kuno.
Lihat peta Egypt - dulu empire mereka memang pernah terbahagi dua - ada dua Firaun (maharaja). Satu ibukotanya di Thebes (dekat bandar Luxor kini). Dan satu lagi di Abnub (selatan Cairo kini). Keduanya di sisi Sungai Nile.
satu di Lower Egypt (dekat Sudan masakini) dan satu lagi empayar Upper Egypt (yang mengadap laut mediterranean).
Ah the Nile River!
Macam banyak sungai besar zaman dulu, tanpa sungai negara kita tak akan membangun.
Sungai Singapura, Tigris dan Euphrates di Iraq, Indus di India dan Pakistan, Brahmaputra di Bangladesh.
Di Maysia? Pentingnya Sungai Klang, melahirkan nama yang kita gunakan tanpa berfikir lagi = Port Klang, Lembah Klang, Ulu Klang, Klang Gates dam.
nenek moyang kita hidup dan mati dengan air sungai dan air laut. kini kita boleh tinggal di tengah kawasan tanpa sungai (lembah klang). dapat air, terima kasih kerana teknologi paip dan pam. dan terima kasih kepada manusia yang reka kereta, bas dan sistem pengangkutan.
Tanpa inventions mudah gini, kita masih gunakan sampan dan minum air sungai mentah.
Smith begitu terkenal dengan sweeping visions untuk African Travel Stories. Cerita tentang Rhodesia, South Africa, bush war, Boer war, Egypt zaman kuno dan moden, dan central african republics, ivory, gold, diamond.
Ada lebih kurang 30 buah bukunya, diterjemah puluhan bahasa, hampir semua top best sellers.
Warlock ialah sebahagian dari siri New York Times bestseller Smith mengenai Egypt kuno.
Buku lain siri Egypt ialah River God dan The Seventh Scroll.
Buku Warlock di Amazon.com.
THE INCREMENT - David Ignatius.
Saya tak pernah dengar nama mamat ni sebelum membeli buku beliau. Saya beli sebab harganya murah di jumble sales opis, dan ada gambar masjid Iran kat cover.
Fuyoh, cerita espionage tentang pembikinan loji nuklear Iran. Cerita fiction juga. New York Times bestseller.
Memberi gambaran tentang cara Iran kumpul data nak bina loji nuklear di belakang tabir, dan cara US, Britain, Israel menggodam.
Yang menarik juga ialah ia memberi gambaran hidup harian orang Iran yang saya pernah baca di tempat lain - semua aspek kehidupan mullah mereka jadikan isu halal-haram hingga orang muak dan tak ikut. Janganlah Maysia jadi gitu.
kena ada janggut, dipaksa solat jemaah di masjid, tapi mullah dan Revolutionary Guards semua corrupt, itulah dah banyak saya baca cerita yang sama di tempat lain.
nama saja negara republik islam, perangai menekan rakyat dan merampok.
Kerana sikap menekan dan merampok inilah yang membuat seorang saintis muda belot dan bantu musuhnya. Pemerintah kena jaga hati rakyat, terutama rakyat ada talent, jika tidak rugi gitu saja, mereka tolong musuh.
Ignatius dulu columnist Washington Post yang membuat liputan Timur Tengah dan CIA.
Good idea wartawan jadi penulis buku....
Buku ini di Amazon.com.
H.M.S. UNSEEN - Patrick Robinson.
Nak tahu taktik, selok belok dan kehidupan dalam kapal selam moden, bacalah Robinson.
Dulu saya pernah baca buku-buku techno-thriller beliau yang lain.
Fuyoh, banyak detail mamat ni sebab beliau buat research dan seorang adviser buku-bukunya ialah bekas admiral kapal selam (bukan Scorpene).
Bukunya Kilo Class dan Nimitz Class jadi NYT bestsellers.
Buku HMS Unseen dah keluar lama tapi saya tak terbaca sebelum ini. Saya dapat free bila kawan nak jual di jumble sales - saya minta, dapat percuma.
Cerita sambungan dari dua buku di atas tu, di mana seorang submariner berbangsa Iraq menyelinap masuk jadi pegawai submarine British dan Israel, kemudian lari masuk ke Iraq, dan ke Iran. lalu mencuri kapal selam terbaru britain, HMS Unseen (HMS = His Majesty's Ship). untuk serang amerika, etc etc.
jarang dapat buku di mana mamat musalman dijadikan hero, walaupun dalam buku ini Commander Benjamin Adnam menjadi anti-hero.
Buku ini di Amazon.com.
THREE CUPS OF TEA - Greg Mortenson dan rakan penulis.
Juga buku bestseller. dan ini cerita betul, bukan seperti yang lain.
bagaimana seorang pemanjat gunung miskin dari america, mortenson, menjadi sedar peri pentingnya membina sekolah di hulu pakistan. di tempat di mana tidak ada orang nak bantu anak-anak moslem paki yang miskin. pemerintah paki pun buat tak tahu nasib mereka. tapi mat salleh mountaineer ni sanggup masuk dan bantu mereka.
sedih kita baca corruption di paki dan corruption antara ulama syiah dan sunni di kampung pergunungan dekat K2, gunung kedua tertinggi di dunia.
kemudian beliau masuk pula Afghanistan nak bantu bina sekolah di hujung negara itu.
sedih dan urut-urut dada kita baca payahnya hidup atas gunung, orang yang hanya mahu anak mereka dapat pelajaran agar hidup masa depan cerah.
bodoh dan rugi saya rasa anak2 kita yang diberi pelajaran hampir percuma di sini tapi membuangnya begitu saja, sedangkan yang papa di sana merintih mahu sekolah dibina.
nama buku ialah sempena tabiat orang Baltistan (sebahagian daripada North West Frontier di pakistan, kini kawasan taliban) di mana mereka hanya akan rapat dengan kamu jika terus panggil kamu singgah ke rumah. minum "cai" (teh).
tak boleh terus masuk dan katakan 'nak bina sekolah sebab anak pompuan kamu semua bongok'. kena pujuk dulu.
"here we drink three cups of tea to do business: the first you are a stranger, the second you become a friend, and the third you join our family, and for our family we are prepared to do anything - even die," kata seorang ketua kampung bangsa Balti.
mortenson kata cara amerika serang afghanistan, pakistan dan iraq nak kuatkan security negara amerika adalah tactic salah. tak guna hanya gunakan bom dan kata - we have defeated them. jika nak security long-term kena bawa pelajaran kepada mereka.
orang miskin kampung ni ramai masuk madrassah extremist wahhabi (tajaan saudi dan kuwait) kerana mereka mahu anak mereka berpendidikan. mana mereka tahu akan jadi pembenci amerika dalam sekolah.
mortenson begitu sayang dengan af-pak ni sehingga anak pompuannya dinamakan Amira Eliana Mortenson (Amira = a woman leader), dan anak lelakinya Khyber Mortenson (Khyber Pass is the famous mountain pass between Af dan Pak).
ada banyak gambar-gambar orang yang ditemui penulis.
berjuta buku ni laku. tapi isi buku kemudian jadi kontroversi besar apabila rancangan investigative tv journalism, 60 Minutes, mendedahkan bahawa ada isi cerita mortenson di reka-reka.
dan ada sekolah yang dikatakan dibina tidak ada bila dilawati kawasan itu oleh 60 Minutes.
juga ada tuduhan mortenson kebas wang derma untuk kumpulan charity yang diketuainya, Central Asian Institute.
google 'three cups of tea' jika nak baca tentang kontroversi buku ini, termasuk di sini.
Juga baca kritikan pembaca tentang buku ini di Amazon.com (click di bawah).
apa pun, pada saya mesej buku tetap penting - kenapa 'orang kapir' yang masuk bantu musalman gunung ni? kerajaan sendiri perampok rakyat dan mullah kampung pun beri fatwa tak boleh didik anak pompuan, haram!
jika maysia ni haramkan pendidikan wanita moslem, bodoh sakan negara kita sebab lebih setengah dari kebijaksanaan moslem dibuang gitu saja.
Buku Three Cups di Amazon.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan