12 di balakong - Google Blog Search |
Dr Shafie Abu Bakar: Rumah Runtuh <b>Di Kajang</b> Baru Akibat <b>...</b> Posted: 17 Aug 2011 05:36 PM PDT Bukit Kajang Baru, Kajang, 17 Ramadhan = 17 Ogos (Rabu):
Apa yang dibimbangi penduduk Taman Kajang Baru selama ini petang ini benar-benar terjadi, Rumah dua tingkat milik Encik S.K.Lim berhadapan dengan jalan keluar masuk lori-lori Syarikat Perumahan Ridge View benar-benar terjadi - runtuh. Beliau dan keluarga yang tinggal di sini sejak 15 tahun lepas berada di dalam keadaan damai dan selamat bersempadankan bukit dan pokok menghijau sebelum wujudnya Syarikat Perumahan berkenaan. Sejak Syarikat berkenaan beroperasi di sini beliau berada di dalam keadaan bimbang oleh kerana rumah beliau mengalami kegegaran dengan lalu lalang lebih 100 buah lori sehari melintasi rumah beliau dan rumah jiran berhadapan dengannya iaitu rumah milik Puan Lau. Keruntuhan rumah En. Lim adalah serius. Benteng setinggi 30 kaki bagi menahan kawasan rumah En. Lim dan tanah rubuh menyebabkan sebahagian rumah En. Lim tergantung dan mengundang runtuh lebih teruk jika tidak diambil tindakan segera, Sebelum itu Adun Bangi yang baru pulang bertarawih di Surau Al-Hidayah, Lembah Mewah, Kajang sebaik tiba di rumah jam 11.00 malam dan sebelum mematikan enjin Hilux menerima telefon memaklumkan kepada Adun tentang kejadian tanah runtuh dan rumah rubuh di Kajang Baru. Adun menukar pakaian dari jubah ke seluar keluar berseorangan jam 11.00 malam itu setelah menelefon Sdr. Azizi mengajaknya keluar kembali, turut menyertai kami saudara Azmi Ahmad. Ketibaan kami menyaksikan kerosakan yang serius. Tiba dalam masa berdekatan ialah En Haris Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat, En. Zulkifli Timbalan YDP MPKj, Pegawai Polis Kajang S I Rosli bersama dengan beberapa pegawai Polis dan orang ramai yang berada di lokasi lebih kurang 20 orang. Turut hadir kemudian ialah YB Dr. Che` Rusli Che` Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan saudara Adram Musa Ahli MPKj. Keluarga En. Lim Pertama yang Adun dapat jumpa ialah Dr Loh menantu En, Lim yang tiggal bersamanya (15 orang dalam keluarganya) menurut Dr. Loh dia merasa hairan bagaimana pihak MPKj boleh membenarkan kawasan hijau diteroka dan dijadikan kawasan perumahan. Beliau menyebut banyak complain terhadap MPKj yang beliau buat, tetapi tindakan yang diambil menguntunkan pihak pemaju dan tidak ada pembelaan terhadap rakyat.`Adun juga menyebut beberapa kali pertemuan Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga yang antaranya Adun hadir. Dari desakan bahkan protes penduduk, biasanya pihak Syarikat menghentikan kerja untuk beberapa hari, tetapi kemudian mula bekerja balik. Di atas keizinan En. Lim, Adun dan pengiring –pengiring masuk ke dalam kawasan rumah En. Lim melihat dari atas kawasan dan bahagian rumah yang runtuh, Menurut En. Lim rumahnya dipasang dua meter letrik. Pada bahagian runtuh memang tiada letrik dan terputus, tetapi meter kedua tidak terjejas, sebab itu masih ada api di bahagian kiri dan ruang tamu. Keluarganya berada pada bahagian kiri yang belum runtuh dan juga pada bahagian hadapan. Apabila Adun bertanya, adakah Encik Lim mengambil ansuran perumahan, beliau menjawab `Tidak`!` Apabila ditanya adakah En. Lim yang sudah dalam umur bersara itu akan menggunakan peguam bagi membuat tuntutan kepada yang berkenaan ? Beliau menjawab, `Saya mau rumah saya dipulih secara segera.`` Adun bertanya `Adakah En. Lim mempunyai rumah yang lain, jika dikehendaki pindah bagi keselamatan ? Beliau menjawab ` saya tidak mempunyai sebarang rumah yang lain.`` Adun menawarkan sedikit bantuan kewangan segera. Beliau berterima kasih dan menyatakan tidak perlu buat setakat ini. Sementara itu jiran berhadapan rumah En. Lim, iaitu Puan Lau, bahagian depan rumahnya berhadapan dengan jalan masuk ke projek rosak teruk dan tidak selamat dari lumpur, habuk dan kebisingan. Beliau mempersoalkan, mengapa pintu pagar projek dibina berhampiran dengan rumah beliau, tetapi tidak ke dalam berdekatan dengan projek, Setahu beliau ada dua keping tanah kosong sebelum ke projek, mengapa tidak dibuat pintu pagar lebih ke dalam, Mengapa Iklan perumahan juga di tepi pagar beliau. Puan Lau mahu kawasan hadapan rumah beliau dibaiki sebagaimana sediakala. Sebelum Adun memohon diri setelah sejam berada dilokasi, kami bersetuju soal rumah runtuh akan di bawah ke pihak atasan dan usaha hendaklah dilakukan segera bagi memulihkan bangunan rumah En, Lim. Adun kembali ke rumah bersendirian jam 1.00 tengah malam selepas menghantar saudara Azizi ke rumahnya. Sekian.
|
You are subscribed to email updates from di balakong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan