Sabtu, 3 September 2011

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Johor Akan Terus Teroka Sumber Air

Posted: 01 Sep 2011 01:55 AM PDT

MUAR – Kerajaan negeri Johor akan terus meneroka sumber bekalan air baru sebagai persediaan jangka panjang bagi memenuhi keperluan penduduk dan industri termasuk industri petroleum yang akan dibangunkan di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata langkah terbaru ialah penerokaan sumber air dari Sungai Sedili Besar di Kota Tinggi.

"Ini adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan negeri menyediakan bekalan air melangkaui jangka masa panjang untuk keperluan penduduk dan industri di negeri ini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Sungai Mati di sini hari ini.

Kira-kira 20,000 orang daripada pelbagai kaum menghadiri majlis tersebut.

Abdul Ghani berkata sebuah syarikat jururunding sudah dilantik untuk menjalankan kajian terhadap kemungkinan membina sebuah loji rawatan air di Sungai Sedili Besar.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk meningkatkan kapasiti loji air di Sungai Tebrau apabila usaha meningkatkan kualiti air di sungai tersebut berjaya dilakukan kelak.

Loji air di Sungai Johor akan turut dibesarkan bagi memenuhi keperluan jangka panjang, katanya.

Abdul Ghani berkata bekalan air di Gunung Pulai agak terhad tetapi dapat meningkatkan bekalan air bagi kawasan sekitar terutama daerah Kulai.

Kerajaan negeri juga bersedia untuk meluaskan penyaluran air mentah antara satu sungai ke satu sungai yang lain untuk menampung keperluan loji air, katanya.

Beliau berkata setakat ini langkah seumpama itu telah dijalankan dengan membina saluran paip dari Sungai Bekok ke Loji Penapis Air Parit Raja, Batu Pahat.

"Loji penapis air di Parit Raja tidak dapat memproses air apabila hujan lebat turun kerana kandungan asid pada air di kawasan tersebut begitu tinggi apabila hujan lebat," katanya. – BERNAMA

Related posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads