12 di hulu selangor - Google Blog Search |
Aku Budak Balun: Virus 'Kencing Tikus' <b>Di Hulu Selangor</b>? Posted: 25 Jul 2011 12:00 AM PDT Huihhh! Sama je bahayanya kena kencing tikus dan kena kencing dengan UMNO-BN.. Satu bawak mati.. kepada MDHS.. kepada keluarga mangsa..
KALUMPANG – Sebuah resort, di sini diarah tutup berikutan penemuan virus Leptospirosis atau kencing tikus yang mengakibatkan kematian seorang remaja, Jun lalu. Pegawai Daerah, Norhisham Ahmad Dahlan (gambar) berkata, penutupan itu dilakukan secara berperingkat sebelum ditutup sepenuhnya sepanjang bulan Ramadan nanti. "Tindakan ini diambil bagi mengelak lebih ramai pengunjung terkena jangkitan virus, langkah ini juga bagi memastikan rawatan ke beberapa kawasan berisiko dapat dilakukan dengan lancar," katanya selepas melawat resort berkenaan, di sini, semalam. Lawatan itu turut disertai beberapa pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDHS). Sehingga kini, tiga lokasi di kawasan resort itu telah ditutup, iaitu kolam mandi (tempat penemuan awal virus), kafeteria dan tapak perkhemahan sejak 22 Julai lalu bagi mengelak pengunjung ke kawasan itu. Norhisham yang juga Pengerusi Wabak Penyakit Daerah Hulu Selangor memaklumkan, kes berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu, hasil keputusan positif daripada dua sampel air yang diambil di resort itu. Menurutnya, keputusan dikeluarkan hasil siasatan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan. "Dua sampel air yang diperoleh daripada Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor dibawa ke makmal didapati positif virus Leptospirosis. |
You are subscribed to email updates from di hulu selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan