12 di sungai burong - Google Blog Search |
'Jom Shopping' Bantu Rakyat Kuarang <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b> Posted: 21 Sep 2011 11:35 PM PDT Kuala Selangor, 22 Sep : Program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) hari ini telah berjalan dengan lancar di Tesco Kuala Selangor, program pada kali ini diadakan bagi penduduk di Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Tanjong Karang. Seramai 40 orang warga emas telah dipilih untuk pusingan pertama bagi DUN Sungai Burong kali ini. Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, berkata, Melalui program 'Jom Shopping' ini, setiap warga emas akan diberikan baucar membeli belah bernilai RM100, walaupun ia dilihat kecil, namun ia sangat berharga kepada golongan warga emas yang kurang berkemampuan. Rakyat negeri Selangor seharusnya bersyukur kerana telah ditadbir oleh Kerajaan yang benar-benar prihatin dengan masalah dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat. Dengan baucar bernilai RM100.00 ini, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan harian dirumah masing-masing, katanya lagi. 'Jom Shopping' telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Khalid Ibrahim, pada 15 Julai 2011 yang lalu. Sementara itu seorang warga emas yang ditemui, Haji Rusman Saiman, 71, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sumbangan yang diberikan kepada warga emas pada hari ini. seluruh rakyat seharusnya menyokong langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, katanya. Kita menyedari, katanya, pada waktu ini, rakyat banyak terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, oleh itu, melalui program ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan, katanya yang merupakan seorang pesara guru sewaktu ditemui dalam program tersebut. Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Block AGH, Arbany Katimin, Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN, Norsidah Samat dan kakitangan. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan