12 di klang - Google Blog Search |
Beraya <b>di</b> Kapar <b>Klang</b> Rumah Tn. Zamri | Cinta Hatiku Sampai Ke <b>...</b> Posted: 10 Sep 2011 07:15 PM PDT Salam semua, Semoga hari ini semua rakan-rakan pembaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Musim-musim cuti ni pastinya ramai yang dapat undangan rumah terbuka rakan-rakan sekerja atau kenalan-kenalan. Sama macam aku semalam sempat hadiri 4 undangan rumah terbuka di sekitar klang.. memang pendek kata balik terus terbongkang kekenyangan. Kunjungan pertama di rumah Tn.Zamri (sepupu aku ni).. kebetulan sepupu aku ni baru pindah rumah baru so kita orang bercadang nak gi berayalah sambil tengok rumah baru beliau.. biasalah rumah baru mesti cantikkan.. sampai-sampai je terus belasah kuih raya dia.. hehehe.. Semoga Tn. zamri terus dimurahkan rezeki amin.. Cantik design rumah yang baru dibeli ni.. siap ada beranda tempat lepak2 lagi. yang ni pulak anak saudara aku… anak kepada tn. zamri.. macam-macam gelagat dia buat.. seronok dia kita orang datang.. siap nak main sorok-sorok tu.. hehehe.. Zakuan bila nak dapat adik ni.. hehehe
Lepas makan kuih je.. tn.rumah terus ajak masuk dapur..katanya ada masak special untuk kita orang… wahhh memang betullah dia masak masakan kegemaran aku.. Mee Bandung Muar.. memang terbaik…. nak kena minta resepi ni.. macam biasalah aku dengan cik malarang memang kaki makan so kami berdua tambah 2 kali lagi mee bandung ni.. hahaha.. adik aku dengan wife dia macam biasalah diet katanya… hehehe Bukan setakat mee bandung je.. lemang moden, rendang dan ayam golek bro pon ada…. semuanya sedap-sedap belaka. gelagat zakuan naik kambing biru… geram pulak aku tengok kambing dia tu.. macam nak naik juga je.. hahaha.. anak adik aku perhati je kambing tu.. sat lagi berebut nak naik.. hahaaha. Habis je makan-makan dengan sembang2 dengan sepupu aku .. kita orang terus g umah staff adik aku pulak.. dah tu g umah rakan sekerja cik malarang pulak.. dan last sekali baru singgah umah adik aku sekejab sebelum kita orang gerak balik. Apa pon yang penting sepanjang korang gi beraya kalau boleh sentiasalah berhati2 di jalan raya.. lagi satu makan tu berpada-padalah ye..hehehe. Hari ini ada lagi satu jemputan.. ingat lepas balik koje baru gi.. rezeki.. rezeki… |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan