Ahad, 25 September 2011

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Ismail Mina : Tarik Balik Sokongan, Apabila Terbukti Anwar Anut <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 09:06 AM PDT

Ustaz Ismail Mina : Saya nak sebut bahawa, sebenarnya ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang sah beliau berfahaman Pluralisme Agama.

AIDCNews – 26/09/11 – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya menarik balik sokongannya kepadanya selepas Mac tahun lepas apabila terbukti Ketua Umum PKR itu menganut fahaman Liberalisme Agama yang diistilahkan sebagai Pluralisme Agama.

Pluralime Agama dalam bahasa mudahnya adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama. Tidak ada agama yang lebih benar daripada agama lain. Semua agama adalah benar.

"Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.

"Dan semua orang tahu, Nurcholish Madjid. Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.

"Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, beliau faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid", kata Ustaz Ismail Mina ketika ditemui di Hulu Klang pada 16 September lalu.

Nurcholish Madjid adalah seorang tokoh pelopor Islam Liberal Indonesia yang ditolak pemikirannya di negaranya kerana berusaha mengembangkan pemikiran sonsang Islam, Pluralisme Agama.

"Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu", katanya yang merujuk kepada ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010.

Ismail Mina : Beliau quote daripada Jalaluddin Rumi, quotation itu salah. Sebenarnya, apa yang beliau quote itu tidak ada di dalam tulisan (Jalaluddin Rumi), tidak ada dalam Masnawi Matnawi, tidak ada. Beliau hanya ambil daripada John Hicks dan Hicks ambil daripada orang lain.

Menurutnya, ucapan Anwar di LSE bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World" sebagai bukti sah, bekas Presiden ABIM menganut fahaman tersebut.

"Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

"Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap", katanya.

Katanya, pengesahan Anwar menganut fahaman tersebut bukan disahkan berdasarkan kaca mata dirinya sendiri, malah turut dibahaskan dengan serius di kalangan sahabat-sahabatnya.

Sebagai pengesahan selanjutnya, mereka turut meminta pandangan Ustaz Uthman el-Muhammady untuk meneliti satu persatu ucapan Anwar di LSE itu.

"Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan", katanya.

Ustaz Uthman, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam penelitian mendapati sekurang-kurang 12 hujah Anwar dalam ucapan itu yang bercanggah dengan Islam.

Menyedari pemikiran Anwar telah terpesong, Ustaz Ismail Mina melalui pertubuhan MUAFAKAT telah menganjurkan wacana bertemakan 'Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah' di UIA (Universiti Islam Antarabangsa), Masjid Wilayah Persekutuan dan UMT (Universiti Malaysia Terengganu) sebagai satu teguran kepada Anwar untuk menghentikan fahaman tersebut.

"Maudu' penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar.

"Memang khusus kita bincang.

"Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah", katanya.

Teguran sahabat-sahabat itu telah sampai ke telinga Anwar menyebabkan satu pertemuan diaturkan di rumah Profesor Osman Bakar pada 2 Januari 2011 untuk bermuhasabah secara bersemuka.

"Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.

"Ya, saya difahamkan begitu.

"Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.

"Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar", katanya.

Ismai Mina : Beliau ada sebut pada malam itu, katanya ada sedikit longgar, beliau kata nak edit. jadi, beliau sendiri percaya benda itu salah..Jadi, sebab itu beliau kata ada sedikit apologetik..ada sedikit lembut katanya dan berjanji akan edit balik sebab berdepan dengan kami… Tetapi, di luar daripada kami, tidak begitu..

Menurutnya kedatangannya bersama beberapa sahabat yang lain dari MUAFAKAT adalah untuk bersemuka dan bertanya sendiri dengan Anwar berkenaan dengan ucapannya di LSE.

"Memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.

"Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya.

"Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework. Tapi tidak jadi sebegitu", katanya.

Tetapi, pertemuan bersemuka dengan Anwar pada malam itu disifatkan sebagai gagal, kerana Anwar tidak bersedia menjawab secara ilmiah tentang ucapannya di LSE, sebaliknya berusaha untuk mengalih kepada topik lain.

"Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralisme agama.

"Tapi Datuk Seri kata, 'tak..tak..(perkara itu) relevan'.

"Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralisme agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.

"Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE", katanya.

Menurutnya, walaupun ditegur keras kepada Anwar dalam pertemuan malam itu, namun beliau masih belum mengakui kesilapannya, malahan masih meneruskan dakyahnya itu.

"Selepas perjumpaan malam itu, beliau ada satu ceramah politik di Melawati, dia mengulangi perkara itu lagi.

"Malah, ditambah lagi tokoh-tokoh yang pada malam itu saya tidak sebut.. Ditambah lagi tokoh-tokoh (untuk sokong pendapatnya).

"Jadi ini menunjukkan memang beliau yakin betul. Bukan strategi politik sangat, tetapi sudah menjadi akidahnya. Kepercayaannya", katanya.

Ikutilah wawancara lengkap bersama Ustaz Ismail Mina, sila klik di sini

Pertemuan Tertutup ABIM Serlah Wajah Sebenar Anwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads