Ahad, 25 September 2011

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


<b>Sungai</b> Terpanjang <b>Di</b> Dunia ::

Posted: 29 Aug 2011 10:21 AM PDT

          Haaa... korang semua tau tak sungai yang terpanjang di dunia adalah Sungai Nil...? Hmm.. mungkin ada antara kita tak tau lagi fakta ni.. tapi, dengan kepanjangan lebih kurang 6,650 km, sungai ini menjadi sungai yang terpanjang di dunia. Entry kali ni bukan je nak bagitau pasal sungai Nil, tapi nk share2 dgn korang Top 10 sungai terpanjang di dunia.

10. Sungai Lena

  • Sungai Lena mempunyai panjang 4400 km, berhulu di Tasik Baikal yang terletak di sebelah barat pergunungan Siberia. 
  • Sungai ini mengalir ke utara merentasi Rusia dan bermuara di Laut Artik. 
  • Disebabkan daerah Artik merupakan tempat yg sejuk, Sungai Lena membeku lebih kurang selama 7 bulan setiap tahun semasa musim sejuk dan boleh mencapai ketebalan lebih dari 30 kaki, sekitar 90 - 100 cm.
  • Daerah aliran Sungai Lena kaya dgn mineral sehingga banyak syarikat perlombongan beroperasi di kawasan tersebut.

9. Sungai Amur

  • Di tangga ke-9 dengan panjang 4444 km, Sungai Amur juga dikenali sebagai Heilong Jiang dan mempunyai hulu di Mongolia yang memasuki wilayah China (di sebelah utara China terdapat republik Mongolia). 
  • Sungai amur mengalir dari sempada Rusia-China ke Siberia, kemudian menyusuri wilayah Timur Laut Rusia dan bermuara di Selat Tatar.
  • Dalam bahasa Inggeris, Heilong Jiang disebut Black Dragon River dan di Rusia disebut Amur.
  • Penamaan Heilong Jiang dilakukan oleh penguasa Chinadari Dinasti Qing yang berkuasa pada tahun 1644-1911.
  • Sungai amur merupakan simbol dan faktor geopolitik penting dalam hubungan China-Rusia dan sangat penting semasatempoh perpecahan Sino-Soviet pada tahun 1960-an.

8. Sungai Kongo

  • Sungai Kongo juga dikenali sebagai Sungai Zaïre dan merupakan sungai terbesar di bahagian barat Afrika Tengah dengan panjang 4700 km.
  • Sungai Kongo berhulu di Zambia dan di tempat asalnya sungai ini bernama Sungai Chambeshi. Sungai ini juga bermuara di Lautan Atlantik setelah melalui wilayah Kongo. 
  • Fakta daripada  United States Geological Survey (USGS) mengatakan bahawa isipadu Sungai Kongo adalah  10 kali lebih besar berbanding Niagara Falls (air terjun Niagara).
  • Fakta ini menjadikan Sungai Kongo adalah sungai terdalam di dunia dengan mencapai kedalaman 755 kaki (230 m).
  • untuk pengetahuan semua, lebih dari 700 spesies ikan yang masih tidak diketahui umum tinggal di Sungai Kongo.
  • Salah satunya adalah spesis "raksasa" ikan air tawar bertaring seperti Goliath Tiger Fish.

7. Sungai Ob-Irtysh

  • Sungai Ob - Irtysh adalah salah satu sungai yang terletak di Rusia bahagian selatan dan mempunyai kepanjangan 5410 km. 
  • Sungai ini mengalir merentasi  Benua Eropah dan Asia dan berhulu di Pegunungan Altai.
  • Bermuara di tiga negara seperti RRC, Kazakhstan dan Rusia, sungai ini merupakan sumber air bersih di negara tersebut.
  • Sungai ini membeku pada bulan November hingga March.

6. Sungai Huang-Ho

  • Sungai Huang-ho atau Sungai Kuning terletak di wilayah China.
  • Sungai sepanjang 5464 km ini dinamakan Sungai Kuning kerana endapan sedimen yang dibawanya membuatkan sungai keruh kekuningan. 
  • Sungai ini menjadi salah satu pusat peradaban dan kebudayaan tertua di China. Tembok Besar Cina adalah salah satu karya monumental yang lahir daripada kebudayaan Sungai Kuning.
  • Namun disebalik gelaran sebagai salah satu sungai terpanjang didunia, Sungai Kuning juga memiliki gelar " China's Sorrow " atau "Petaka China" kerana sungai ini sering menjadi penyebab banjir besar yang meragut banyak nyawa dan harta benda. 

5. Sungai Yenisei-Angara-Selenga

  • Sungai yang mempunyai kepanjangan 5539 km ini  merupakan sistem sungai terbesar yang mengalir ke Lautan Artik. 
  • Ia adalah pusat tiga sungai yang besar di Siberia yang mengalir ke Lautan Artik (dua yang lain adalah Sungai Ob dan Sungai Lena).

4. Sungai Mississippi

  • Sungai sepanjang 6275 km ini terletak di Amerika Syarikat.
  • Perkataan Mississippi bererti Bapa Air diambil dari bahasa penduduk asli Amerika. 
  • Mata air Mississippi ialah di negara Minnesota, dekat dengan Kanada. Mississippi mengalir dari selatan melintasi tengah AS dan melewati negara bahagian Wisconsin, IowaIllinois, Missouri, Kentucky, Tennessee, Arkansas, dan Mississippi.
  • Muara Mississippi ialah di negara bahagian Louisiana, selatan kota New Orleans di Teluk Mexico.
  • Mississippi memiliki banyak anak sungai besar seperti Sungai Missouri, Sungai Illinois, dan lain-lain. Boleh dikatakan Sungai Mississippi dan sistem anak sungainya mendominasi kehidupan negara Amerika Syarikat.

3. Sungai Yangtze

  • Sungai Panjang atau Sungai Yangtze adalah sungai terpanjang di China dan di Asia. Panjang sungai ini adalah 6300 km.
  • Sungai ke-3 terpanjang di dunia ini menjadi batas selatan kebudayaan kuno China yang berada di antara Sungai Kuning di utara dan Sungai Panjang/Yangtze di selatan.
  • Nama Sungai Yangtze pada mulanya hanya merujuk kepada bagian hilir Sungai Panjang. Namun kerana nama ini yang pertama didengar oleh orang Barat, maka nama Sungai Yangtze digunakan untuk mewakili seluruh Sungai Panjang.

2. Sungai Amazon

  • Sungai Amazon adalah sungai di Amerika Selatan yang merupakan sungai ke-2 terpanjang di dunia dengan panjangnya 6400 km.
  • Walaupun Sunga Nil adalah sungai terpanjang di dunia, namun Sungai Amazon dianggap sungai "terkuat" di  dunia jika dilihat dari aliran air per saat.
  • Jumlah air tawar yg mengalir ke Lautan Atlantik sangat besar, iaitu sekitar 184,000 m³ per saat ketika musim hujan.
  • Aliran Sungai Amazon merupakan 1/5 dari jumlah seluruh air tawar yang masuk ke laut di seluruh dunia.
  • Oleh sebab itu air laut yang berada dekat dengan muara sungai ini memiliki kadar garam yang rendah sehingga beratus mil jauhnya.

1. Sungai Nil

  • Sebut sahaja Sungai Nil,mesti ramai yang membayangkan Mesir. Namun, sungai terpanjang di dunia ini (6690 km) berhulu di Gunung Kilimanjaro, Tanzania.
  • Sungai ini menyara jutaan manusia dari berbagai wilayah, peradaban dan masa.
  • Di tanah Afrika yang tandus, kewujudan sungai ini memang sangat diperlukan. Itulah sebabnya beberapa negara di Afrika merebut hak pengurusan sungai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads