Rabu, 21 September 2011

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 17 Sep 2011 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di kawasan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air pada 27 dan 28 September ini.

Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan tersebut akan berlaku bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi pada 27 September.

"Gangguan bekalan air ini disebabkan kerja-kerja Penggantian Dua Unit Injap Kupu-Kupu Bersaiz 600mm Yang Rosak Di Jalan Klang, Kuala Selangor," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Abdul Halem berkata, gangguan itu akan berlaku di beberapa kawasan di Pekan Lama dan Bandar Baru Kuala Selangor, Assam Jawa, Pasir Tuntong, Sungai Buluh, Jeram, Sungai Sembilang, Sungai Janggut dan Kampung Suara.

Justeru, kata beliau, Syabas menasihatkan para pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Tambahnya, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

"Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas," katanya. – mynewshub.my

Related posts:

Lebih 200 ADUN BN berkampung <b>di Kuala Selangor</b> selama tiga <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 06:10 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

SHAH ALAM: Seramai 240 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara berkampung di Kuala Selangor selama tiga hari mulai semalam dalam usaha mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi mereka. Pengerusi Kelab ADUN BN Malaysia Datuk Nadzri Ismail berkata, ini adalah kali pertama program berkampungan itu diadakan di Selangor selepas Perak pada 2006 dan Pahang 2008.

Untuk kali ini, kelab itu tu-rut memperkenalkan program baru iaitu progam keluarga angkat di mana seramai 150 ADUN akan menyertainya yang melibatkan 45 daripada 56 kawasan DUN Selangor, katanya pada sidang berita di sini semalam.

Beliau berkata, antara mereka yang terlibat dalam program keluarga angkat ialah beberapa bekas menteri besar yang akan tinggal bersama dengan keluarga angkat.

Melalui program anak angkat ini, diharapkan para ADUN BN dapat menyelami masalah penduduk di kawa-san terbabit serta mengerat-kan lagi hubungan antara BN dengan rakyat.

Nadzri, ADUN Manjoi, Perak, berkata, antara program bersama keluarga angkat ialah program jamuan Aidilfitri di semua kawasan 45 DUN serta program ziarah-menziarahi dari rumah ke rumah di kawasan keluarga angkat masing-masing bagi melihat sendiri masalah yang masih belum dikenal pasti oleh ADUN BN di Selangor.

"Mungkin ada yang susah atau kesempitan hidup jadi kita akan ziarah rumah sebanyak mungkin dan tugas kita ialah untuk bantu dan buat penambahbaikan kepada rakyat," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan keluarga angkat, Nadzri berkata, setiap keluarga yang terlibat dipilih tanpa mengira fahaman politik masing-ma-sing dan terpulang kepada mereka sama ada untuk menyokong BN atau sebalik-nya kerana apa lebih penting ialah keikhlasan parti itu dalam membantu rakyat.

"Kita akan tempatkan dua atau tiga ADUN di setiap tempat kerana kita nak wakil rakyat dengan rakyat rapat dan boleh suarakan masalah," katanya.

"Pada masa yang sama, wakil rakyat ini akan terangkan kepada rakyat mengenai fakta sebenar isu-isu (yang dibangkitkan pembangkang) selain menerangkan dasar kerajaan BN kepada rakyat. Harap dengan cara itu rakyat akan lebih faham dengan jelas," katanya.

Beliau berkata, perhimpunan yang bertemakan '1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan pasar raya Tesco Bandar Kuala Selangor malam esok.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menutup perhimpunan tersebut di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Kapar, Klang pada Jumaat ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijadual memberi cera-mah mengenai peranan dan cabaran terkini wakil rakyat di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor petang esok, katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads