Rabu, 21 September 2011

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Gembirakan Masyarakat Menjelang Hari Raya « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 23 Aug 2011 04:06 PM PDT

Tanjong Karang, 24 Ogo    : Prihatin dengan nasib rakyat yang kurang bernasib baik dan tidak sihat dan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pasukan beruniform menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong hari ini telah mengadakan lawatan dan penyampaian sumbangan di Hospital Tanjong Karang, Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan Tanjong Karang serta Balai Polis dan Bomba.

Kami sangat bersimpati dengan nasib mereka, ketika Umat Islam sedang bergembira dalam menyambut Hari Raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, tetapi mereka terpaksa tinggal di hospital untuk menerima rawatan, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman.

Sebanyak lebih 300 hamper telah disediakan untuk diserahkan kepada pesakit dan anggota beruniform, semoga dengan adanya sedikit sumbangan tersebut akan dapat meringankan penderitaan yang ditanggung oleh mereka dan dapat menggembirakan mereka menjelang hari lebaran, katanya lagi yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.

Sementara itu, YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Jasa dan pengorbanan anggota beruniform seperti jururawat, pasukan bomba dan polis, termasuk juga Doktor yang telah banyak berkorban demi keselesaan dan keselamatan rakyat adalah sangat-sangat dihargai terutamanya di hari lebaran ini.

Kita memahami perasaan mereka, yang terpaksa mengorbankan waktu cutinya dihari lebaran demi untuk rakyat, oleh sebab itu, kami juga turut melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka, tanpa pengorbanan daripada mereka, masyarakat akan menghadapai kesukaran, katanya sewaktu menyerahkan hamper Klinik Pergigian Sungai Kajang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Dewan  Pemuda dan Muslimat (DPP & DMP) Kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Haji Mohd Maskuri Mardzuki dan Pengerusi JKKK Sungai Terap, Haji Miskon Misani dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Dewan Pemuda (DPP) dan Muslimat (DMP) Kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads