12 di sabak bernam - Google Blog Search |
Indeks Jenayah <b>Di Sabak Bernam</b> Turun 10 Peratus - SelangorKini <b>...</b> Posted: 28 Sep 2011 07:26 PM PDT BATU 38, 29 SEPTEMBER – Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Sabak Bernam mengakui, kepolisian masyarakat yang digerakkan di daerah itu banyak menyumbang kepada penurunan kadar jenayah. Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sehingga semalam, indeks jenayah di Sabak Bernam mengalami penurunan sehingga 36 kes dengan 10.2 peratus. Menurutnya, komitmen seratus peratus daripada jawatankuasa kepolisian masyarakat terutamanya melibatkan kepimpinan peringkat kampung berada pada tahap membanggakan dengan menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu masalah di kawasan masing-masing. "Masyarakat di kawasan ini semakin sedar terhadap tanggungjawab mereka untuk membantu polis bagi memastikan tiada sebarang jenis jenayah berlaku. "Selain mewujudkan badan sukarela untuk membuat rondaan dan pemantauan terhadap kawasan masing-masing, mereka turut berperanan menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat mengenai sebarang kejadian jenayah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kepolisian Masyarakat Daerah Sabak Bernam, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Kepolisian Masyarakat Kawasan Sabak Bernam, Datuk Dzulkifli Ismail. Dalam perkembangan sama, Noor Mushar berkata, penurunan kadar jenayah di daerah itu turut dibantu Ops Payung yang diletakkan di tiga lokasi iaitu di Pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Jelas beliau, dengan adanya Ops Payung di kawasan pekan, kadar jenayah di kawasan itu dapat dikurangkan, bagaimanapun, apabila tumpuan diberikan di kawasan pekan, trend jenayah beralih ke kawasan kampung. "Kita nasihatkan penduduk di kawasan kampung agar lebih berwaspada dengan mengelak menjadi mangsa jenayah terutamanya curi motosikal dan pecah rumah. "Tentukan tahap keselamatan motosikal dengan menguncinya sebaik mungkin, begitu juga dengan rumah, kunci, pasang selak pintu bahagian atas dan bawah juga pemasangan jeriji besi pada pintu dan tingkap untuk mengurangkan risiko jenayah," katanya. Noor Mushar juga menasihatkan pemilik rumah yang berada jauh dari kawasan kejiranan memasang lampu di sekitar rumah. Menurutnya, keadaan sekitar rumah yang gelap hanya akan memudahkan aktiviti jenayah dilakukan. "Sekiranya mempunyai sebarang masalah, hubung bilik gerakan kita di talian 03-322 45963 dan kita akan bantu dengan segera, pastikan juga nombor bilik gerakan kita ini tertera di rumah masing-masing supaya mudah untuk dihubungi sekiranya diperlukan," katanya. Dalam majlis itu, turut diraikan anak yatim daripada keluarga bekas polis daerah Sabak Bernam dan bakal haji. -Sinar Harian- |
Padi SRI Selangor : Latihan SRI <b>di Sabak Bernam</b> Tengah (21 Sep <b>...</b> Posted: 24 Sep 2011 06:58 PM PDT Pasi SRI Selangor : Latihan SRI di Sabak Bernam Tengah (21 Sep, 2011) Lihatlah wajah mereka yang bakal menjadi pengguna produk SRI. Semoga mendapat manfaat penjimatan kos dan peningkatan hasil. Apa pun, pihak Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor sudah kena mengorak langkah membuat banyak sessi penerangan dan demonstrasi pembuatan baja/penghindar perosak dan penyakit SRI untuk petani. Baru akan ada impaknya di lapangan. Ayoh rakan-rakan pertanian, ingatlah firman Allah swt dalam surah Az-Zalzalah ayat 7-8. Semoga dengan menyampaikan ilmu kepada petani kita kan menerima balasan baik. Semoga dengan mengembalikan hak berbillion mikrob melaksanakan tugas yang difitrahkan, semua kita dapat menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin.. .
|
You are subscribed to email updates from di sabak bernam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan