Khamis, 29 September 2011

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Konvoi Kembara 1Malaysia <b>Di</b> Pantai Peranginan <b>Teluk</b> Batik <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 10:31 AM PDT

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Datuk Siti Nurhaliza Raikan Peserta Konvoi Kembara 1Malaysia Di Pantai Peranginan Teluk Batik

Seramai 350 orang peserta Konvoi Kembara 1Malaysia diraikan dalam satu majlis penuh meriah di Dataran Hadhari, Pantai Peranginan Teluk Batik dekat Lumut malam kelmarin.

Peserta konvoi yang menaiki 254 motosikal berkuasa tinggi tersebut diraikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor dalam satu majlis makan malam.

Hadir sama memeriahkan majlis meraikan peserta-peserta konvoi tersebut ialah penyanyi tersohor tanahair, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Konvoi Kembara 1Malaysia yang diketuai oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan perjalanan menuju ke utara yang berlangsung selama enam hari sebelum ke negeri-negeri Pantai Timur, Selatan dan berakhir di Kuala Lumpur.

Program Kembara 1Malaysia tersebut dianjurkan oleh Persatuan Superbikes Malaysia (SAM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dijangka berakhir pada 22 September depan.

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah kira-kira 2,000 tetamu dan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang meraikan para peserta konvoi termasuk bertemu dengan penyanyi pujaan mereka, Datuk Siti Nurhaliza.

Pada majlis yang sama Dr. Zambry dan  Zahid Hamidi  turut menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada pelajar kurang bernasib baik dari kawasan Parlimen Lumut. – Nooraini Mahamad.

Nombor tertuduh <b>di</b> beberapa lokasi : N9 Kini

Posted: 23 Sep 2011 09:11 PM PDT

SHAH ALAM: 24 Sept – Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama firma guaman N Pathmanabhan, digunakan di beberapa lokasi di Banting dan Subang Jaya, pada 30 Ogos 2010.

Saksi Pendakwaan ke-46, Pakar Teknologi syarikat telekomunikasi Maxis Mobile Sdn Bhd, Ahmad Safuan Shaharani, 32, berkata talian telefon bernombor 012-2051243 digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa nombor dan semua transaksi itu dibuat di Pekan Telok Datok dan Batu Laut di Banting serta di beberapa lokasi di Subang Jaya, Selangor.

Ahmad Safuan berkata, nombor sama turut menerima satu panggilan telefon jam 10.26 malam pada hari sama, daripada nombor 019-2689282 selama 18 saat.

Pada 30 Ogos 2010, jam 1.33 petang, nombor 012-2051243 ada membuat panggilan ke nombor 019-3124041. Panggilan itu berjaya dan berjumlah RM12.

Pemanggil berada di pekan Telok Datok, Banting, katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nur Amizul Azami pada pemeriksaan utama, semalam.

Ahmad Safuan berkata, 012-2051243 juga ada menghantar SMS kepada 019-2295153 yang didaftarkan atas nama Datuk Sosilawati Lawiya dan direkodkan di stesen pemancar Maxis Mobile di Batu Laut, Banting.

Katanya, satu panggilan juga dibuat nombor sama ke 019-2689282 pada jam 8.29 malam dari pemancar di Batu Laut 2.
Pada jam 9.55, 30 Ogos 2010, 012-2051243 ada membuat panggilan kepada 016-2123642 dan 012-2051243 berada di Subang Jaya.

Pada jam 10.13 malam, 012-2051243 ada menghubungi nombor 121 iaitu peti simpanan suara dan panggilan itu berjaya kerana ada caj 20 sen. Ketika itu, 012-2051343 berada di SS12, Subang Jaya.

Pada jam 11.12 malam, 012-2051243 ada menghubungi 016-2123641 dan pemanggil ketika itu berada SS15 di Subang Jaya dan pada jam 11.19 malam, ada satu panggilan ke 019-2689282 dan pemanggil berada di SS17 Subang Jaya, katanya.
Panggilan terakhir 012-2051243 ialah pada jam 11.46 malam ketika berada di SS12 Subang Jaya iaitu kepada 019-2689282 dan panggilan itu dicaj 5 sen dan semua panggilan itu dianggap berjaya berikutan ada caj yang dikenakan.

Ahmad Safuan turut mengakui lokasi diperoleh pada dokumen transaksi belum dibil dan bil terperinci bukan menunjukkan lokasi sebenar, sebaliknya merujuk kepada lokasi pemancar yang terbabit dalam transaksi itu.

Perbicaraan bersambung lusa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads