Ahad, 4 September 2011

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Ceramah KEADILAN <b>di Subang Jaya</b> -- niknazmi.com

Posted: 14 May 2011 03:44 AM PDT

ceramahsj1

Saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ceramah KEADILAN di Subang Jaya awal bulan lalu. Ceramah anjuran KEADILAN Cabang Kelana Jaya ini berlangsung di Stadium Mini Kompleks 3K SS13 Subang Jaya. Rancangan awal sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir tetapi beliau terpaksa berada di Sarawak kerana kempen pilihan raya. Begitu juga penggantinya YB Azmin Ali yang terpaksa membatalkan kehadiran di saat-saat akhir kerana menyelesaikan isu rundingan kerusi di Sarawak.

Penceramah lain merupakan Haji Mohamed Sabu daripada PAS, YB Ng Suee Lim daripada DAP, YB Dr. Xavier Jayakumar, Sdr Syed Shahir Mohamud, Sdr Keshminder Singh dan saya sendiri. Meskipun ketiadaan bintang utama, namun kira-kira 5000 orang pelbagai kaum terus setia berada di tapak ceramah selepas saya mengumumkan Anwar dan Azmin tidak dapat hadir bersama.

ceramahsj2

ceramahsj3

Dalam ceramah saya, saya mengingatkan orang ramai bagaimana tiga orang muda yang tidak diberi peluang untuk menang pada Pilihan Raya Umum 2008 di Kelana Jaya – saya, YB Hannah Yeoh (yang turut hadir walaupun sarat mengandung pada malam tersebut) dan YB Gwo-Burne Loh mampu membuat kejutan dengan sokongan rakyat.

Saya turut berkongsi pengalaman saya masuk politik – satu cerita yang jarang-jarang saya kongsikan dalam ceramah sebegini – dan menegaskan keputusan ini berdasarkan keyakinan bahawa kita mampu membuat pembaharuan di sebalik segala politik fitnah dan kotor Barisan Nasional.

ceramahsj4

ceramahsj5

Ramai yang kagum dengan kepetahan YB Ng Suee Lim, ADUN DAP dari Sekinchan yang menyampaikan ceramahnya di dalam Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien dan Jawa. Mungkin mereka pertama kali mendengarnya – kami yang sudah mengenalinya di DUN Selangor memang sentiasa menunggu ucapannya. Malah penceramah lain di pentas pun turut terhibur dengan ceramahnya!

Penceramah yang dinanti-nantikan pada malam tersebut sudah tentulah Haji Mohamed Sabu yang menyerang habis-habisan politik fitnah dan pecah-perintah yang dibawa UMNO-BN.

Tayangan video 'Hitler' turut mendapat perhatian bukan sahaja orang ramai yang hadir malah pihak wartawan yang membuat liputan.

Kutipan Tabung Pilihan Raya yang dibuat pada malam itu mencecah RM10,000 – jumlah tertinggi bagi mana-mana ceramah KEADILAN di Kelana Jaya.

ceramahsj6

ceramahsj7

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads