12 di ulu yam - Google Blog Search |
Penjaga Kebun Ditemui Mati <b>Di Ulu Yam</b> Lama Posted: 03 Sep 2011 10:57 PM PDT KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kebun ditemui mati dengan luka di bahagian mulut dan belakang kepala di kawasan sungai berhampiran jambatan gantung Ulu Yam Lama, Selangor, Sabtu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi dalam satu sistem pesanan ringkas (SMS) berkata mayat Lam Kong, 46 ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari. "Mayat dijumpai di sungai Ulu Yam Lama berdekatan dengan jambatan gantung Ulu Yam Lama, 500 meter dari jalan besar Ulu Yam," katanya. Beliau berkata mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang berhampiran tebing sungai dan pemeriksaan mendapati muka dan kedua belah tangan si mati menjadi hitam kerana berada di dalam air sungai. Katanya lelaki itu dipercayai mati dalam tempoh 36 jam sebelum ditemui. Norel berkata Lam berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur bekerja di sebuah kebun sayur yang tidak lagi diusahakan berdekatan dengan tanah perkuburan wakaf lama Batang Kali dan si mati tinggal seorang diri di pondok di dalam kebun itu. Mayat yang dikenal pasti oleh anak saudaranya yang juga majikannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat yang akan dijalankan Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA Related posts: |
Penjaga Kebun Ditemui Mati <b>Di Ulu Yam</b> Lama : N9 Kini Posted: 03 Sep 2011 09:01 PM PDT KUALA LUMPUR: 4 September – Seorang penjaga kebun ditemui mati dengan luka di bahagian mulut dan belakang kepala di kawasan sungai berhampiran jambatan gantung Ulu Yam Lama, Selangor, Sabtu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi dalam satu sistem pesanan ringkas (SMS) berkata mayat Lam Kong, 46 ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari. "Mayat dijumpai di sungai Ulu Yam Lama berdekatan dengan jambatan gantung Ulu Yam Lama, 500 meter dari jalan besar Ulu Yam," katanya. Beliau berkata mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang berhampiran tebing sungai dan pemeriksaan mendapati muka dan kedua belah tangan si mati menjadi hitam kerana berada di dalam air sungai. Katanya lelaki itu dipercayai mati dalam tempoh 36 jam sebelum ditemui. Norel berkata Lam berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur bekerja di sebuah kebun sayur yang tidak lagi diusahakan berdekatan dengan tanah perkuburan wakaf lama Batang Kali dan si mati tinggal seorang diri di pondok di dalam kebun itu. Mayat yang dikenal pasti oleh anak saudaranya yang juga majikannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat yang akan dijalankan Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di ulu yam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan