12 di bangi - Google Blog Search |
- GERAKAN ANTI PKR: CERAMAH HASAN ALI <b>DI BANGI</b> PENUH <b>...</b>
- Darussyifa` Pengubatan Islam Terkenal <b>Di Bangi</b>: Kurnia Ijazah Ke 23
- Dr Shafie Abu Bakar: Genderang Perang Pilihanraya <b>Di Bangi</b> <b>...</b>
GERAKAN ANTI PKR: CERAMAH HASAN ALI <b>DI BANGI</b> PENUH <b>...</b> Posted: 31 Jan 2012 07:19 AM PST kerana anwar, pas sudah berada di dalam keadaan krisis yang paling parah ! ceramah hasan ali yang balun anwar ,dap dan parasit pas penuh sesak di bangi. |
Darussyifa` Pengubatan Islam Terkenal <b>Di Bangi</b>: Kurnia Ijazah Ke 23 Posted: 08 Jan 2012 03:16 PM PST Institut Pendidikan Islam, Bangi, 14 Safar 1433 = 08 Januari, 2012 (Ahad): ![]() Sebelum pengurniaan Ijazah, majlis dimulai dengan pembacaan Al-Qur`an oleh pelajar Darussyifa`paling muda iaitu Ustaz Muhammad bin Ahmad Zahid yang juga seorang Hafiz. Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam (PKPI) memaklumkan bahawa graduan perlu menjalankan latihan di Pusat-Pusat Pengubatan Islam di mana-mana pusat di Selangor atau di luar Selangor yang sudah berjumlah 12 tempat, iaitu seperti di Kg. Baru, Kuala Lumpur, Teluk Panglima Garang, Jinjang, Rawang, Shah Alam, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Sabah, Sarawak, Brunei, Kedah, Perlis dan sebagainya. Beliau mengingatkan agar para graduan mematuhi Etika Perawat sebagai mematuhi Etika Pengajian. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli membeli barang-barang dari Koperasi bagi keseragaman.dan pelajar-pelajar diingatkan dengan pesanan Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din keperluan::
Tuan Guru Dato` Dr. Harun Din dalam menyampaikan Taklimat menyatakan bahawa, ``Transformasi ilmu adalah detik yang penting dalam kehidupan seseorang pelajar.`` Tambahnya, `` Ilmu adalah dari Allah yang mengangkat seseorang di sisiNya. Jibrail datang menyampaikan ilmu kepada Rasulullah.`` Kata Tuan Guru, ``Setahun para graduan bertalaqqi musyafahah, setiap pelajar dikehendaki membaca satu persatu, tasmi`dan membaca melalui Talaqqi Jama`i Musyafahah dengan bersungguh-sungguh secara ingatan. Perlu memahami 33 asas – pra syarat dan syarat-syarat keperluan.`` Tuan Guru menyebut, ``Pelajar-pelajar di Bangi bernasib baik, kerana Ilmu Ruqyah Syar`iyyah diterima di Darussyifa` 95% adalah dari saya, manakala di negeri-negeri menerima secara talaqqi dari saya hanya 2 kali, iaitu bagi pembukaan dan penutup.`` Tuan Guru memberi penilaian grade kepada graduan-graduan pada kali ini pada tahaf mumtaz. Berikutnya tiga pelajar memimpin pembacaan Ruqyah Asas Pengubatan Islam dari awal hingga akhir diikuti oleh yang lain secara ramai-ramai. Pada peringkat puncaknya ialah seorang demi seorang naik ke pentas dikurniai Ijazah oleh Tuan Guru dengan lafaz: ``Saya ijazah kepadamu Perubatan Islam.`` Manakala yang menerima (qabul) mengucap: ``Saya terima Ijazah Perubatan Islam.`` Dengan saksi ialah hadirin. Kemdian Tuan Guru mendoakan: ``Barakallahu fi ma a`taituka (Lelaki) bagi perempuan hujungan (A`taituki). Bermaksud, ``Allah memberkati dengan apa yang saya beri kepada engkau.`` Bagi lelaki Tuan Guru berjabat tangan, tetapi bagi perempuan dengan menekankan ubun-ubun atas kepala dengan tangan, sambil membaca doa di atas. Selepas penyampaian ijazah, semua pelajar berdiri dan menyampaikan ikrar dengan mengikuti apa yang dibaca oleh pembaca teks ikrar yang disediakan secara mengangkat tangan bagaikan bersumpah. Pada bahagian akhir ialah Penyampaian Amanat oleh Tuan Guru: Antara point-point yang disampaikan:
Sementara itu dalam perbualan penulis dengan Ustaz Rashid Guru di Darussyifa beberapa perkara diperbincangkan antaranya, kekurangan tempat di Darussyifa`dengan pertambahan pelajar. Perlu kepada kawasan yang lebih luas. Perlu ada semacam ward bagi pesakit-pesakit yang perlu tinggal untuk dirawat. Perlu kepada kepakaran dan kerjasama dengan pengajian tinggi dan lulusannya bagi meluaskan penyelidikan. Perlu kepada kawasan herba sebagai sumber perubatan. Perlu kombinasi perubatan yang melibatkan fizikal, mental dan jiwa. Perubatan Darussyifa dengan identitinya perlu diperluaskan, bukan setakat di Bangi, tetapi menjangkau pada peringkat nasional dan internasional. Perlu diwujudkan dana di bawah Lembaga Amanah bagi memperkembangkan Darussyifa` - koperasi yang ada asas bagi kerjasama ekonomi secara jamaah dan kursus yang bersifat perubatan biasanya memakan masa yang panjang, masa setahun terlampau minimum. Majlis diakhiri dengan bergambar. Sekian. |
Dr Shafie Abu Bakar: Genderang Perang Pilihanraya <b>Di Bangi</b> <b>...</b> Posted: 03 Jan 2012 03:40 PM PST Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB, 07 Safar 1433 = 01 Januari 2012 Tahun baru datang, masing-masing memasang azam, bagi orang politik, melangkah ke tahun baru 2012 bererti melangkah ke ambang pilihanraya umum ke 13 yang dijangka akan berlaku di dalam beberapa bulan akan datang, jika pun lewat, dijangka kemungkinan berlaku pada pertengahan tahun ini. Ini bererti agenda orang politik yang dipasang mulai awal tahun ialah persiapan bagi menghadapi, bahkan memenangi pilihanraya PRU berkenaan. Sebenarnya serang menyerang, tembak menembak di langit politik mengenai isu-isu yang ditimbulkan oleh kedua pihak makin rancak dan makin hangat tanpa berlaku perisytiharan perang atau gencatan.
YB Teoh Nie Ching membangkitkan soal rasuah. Menurutnya, ``Pada zaman Pak Lah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, index Rasuah Malaysia berkedudukan ke 36 dari 200 negara yang di survey, manakala pada zaman Najib Malaysia jatuh ke kedudukan 60 (2011). Beliau membawa contoh rasuah mengenai pembekalan kumputer yang sepatut harganya tidak sampai RM2,000, tetapi melalui tender tertutup, harga satu computer di dalam Laporan Audit meningkat kepada RM56,000. Beliau juga membangkitkan ketidakadilan terhadap Teo Beng Hock yang keputusan dipersoalkan.
Adun Bangi juga menyatakan bahawa, wakil-wakil Rakyat dari Pakatan mereka yang setia menghadiri sidang Dewan, tetapi pihak pembangkang dari BN, separuh kedua hari persidangan mereka meninggalkan dewan, kadang-kadang tinggal seorang dua daripada mereka. Mutu percakapan dan perbahasan jauh lebih tinggi dari kalangan Pakatan berbanding dengan BN. Biasanya untuk mendapat publisiti mereka sengaja melanggar aturan-aturan Dewan dan apabila mereka dihalau keluar, keesokan mereka mendapat publisiti murahan dalam akhbar-akhbar, bukan atas dasar prinsip dan kebenaran yang dipertahankan. Sidang Dewan semasa di bawah Kerajaan Pakatan diberi masa secukupnya untuk perbahasan, tetapi pada masa BN memerintah pembangkang disekat bercakap sekadar 10 minit sahaja dan tempoh sidang juga pendek. Untuk melihat kualiti dan integriti kepimpinan BN, khususnya lihatlah apa yang terjadi pada Jamil Khir yang dikatakan mengguna wang zakat bagi belanja guamannya, Awang Adik memasukkan wang awam ke dalam akaunnya dan di Selangor kes Khir Toyo dengan rasuahnya, sedangkan kes pecah amanah dan rasuah belum pernah terjadi kepada wakil-wakil rakyat dari Pakatan. Adun Bangi meminta hadirin membanding dan mengadili tentang mutu dan integriti kepimpinan dalam Pakatan. Keadaan sedemikian akan terus diperbaiki dan ditingkatkan mutu sekiranya Pakatan Rakyat terus diberi manadat. Sebelum daripada itu YDP Pas Serdang Ustaz Shafie Ngah melalui ungkapan pantunnya secara ringkas mengucapkan terima kasih kepada hadirin kerana memberi respond yang baik. Beliau menegaskan ceramah bertujuan memungut derma. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sebagai pernyataan sokongan yang tidak senang melihat perkembangan politik mutakhir yang jelas menjengkelkan dari rasuah, anti golongan pelajar dan penyelewengan di dalam menggunakan media dan merasuah rakyat dengan pemberian wang rakyat demi mendapat undi. Beliau menyeru agar rakyat menghukum BN dengan lebih teruk dan membuka jalan selamat kepada Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Sekian. |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan