Sabtu, 4 Februari 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


BakauGruv Kampung Resort @ <b>Tanjung Sepat</b> | Penyubiru&#39;s Blog

Posted: 20 Oct 2011 08:39 PM PDT

BakauGruv Kampung Resort. Aku percaya ramai yang baru pertama kali dengar nama ini sebab aku pun baru pertama kali dengar sebelum ini. ehehee.. :P

Minggu lepas, wife aku sekali lagi ada kursus di kawasan Morib. Minggu sebelum itu kursus di Morib jugak. Cuma kali ni tempat kursus tu atas sikit iaitu di Tanjung Sepat atau lebih tepat lagi di BakauGruv Kampung Resort. Lebih kurang 13km dari Hotel Impian Morib.

BakauGruv Kampung Resort

Papan tanda masuk ke BakauGruv Kampung Resort. Kalau dari Morib, kawasan ni terletak di sebelah kanan.

BakauGruv Kampung Resort

Selepas parking kereta, ini adalah laluan penjalan kaki ke BakauGruv. Cantikkan susunan pokok kelapa di tepi kolam buatan tu. Membangkitkan suasana kampung.

BakauGruv Kampung Resort

Pintu gerbang dan jambatan masuk ke kawasan utama.

BakauGruv Kampung Resort

Dari jambatan tadi, terus sampai ke kawasan utama yang terletaknya pejabat, kafe, kedai cenderahati.

BakauGruv Kampung Resort

Bangku buatan sendiri ini menarik perhatianku. Diperbuat dari dahan-dahan dan batang pokok yang aku rasa bahan mentah tersebut diperolehi sekitar tempat tersebut.

BakauGruv Kampung Resort

Terdapat tali kapal yang digantung menjadi buaian. Apalagi, anak-anak aku memang suka aa main buaian ni.

BakauGruv Kampung Resort

Aku percaya ini adalah kafe tempat makan. Tak syak lagi.

BakauGruv Kampung Resort

Kedai kraftangan dan cenderahati untuk mereka yang bercadang nak bawa pulang ole-ole.

BakauGruv Kampung Resort

Jalan menuju ke hutan paya bakau. Agak scary kan..

BakauGruv Kampung Resort

Aku dan anak-anak aku berjalan sampai kat kawasan masuk jer. Tak berani nak berjalan sampai ke hujung sana. Nampak macam menakutkan. Lagipun waktu tu semua orang berada di dalam dewan. Kalau ada ramai orang, beranilah jugak aku nak jejalan kan.

Difahamkan, laluan tersebut menuju ke pantai paya bakau. Anda boleh menjalankan aktiviti menjala ikan di situ.

BakauGruv Kampung Resort

Antara chalet yang disediakan. Ada aircond tu. Aku difahamkan, ada beberapa jenis lagi bilik penginapan selain chalet iaitu dangau dan dorm (bilik asrama kut).

BakauGruv Kampung Resort

Walaupun kami tak bermalam di sana, tapi kami dapat sebuah bilik chalet. Harga chalet adalah RM100 sehari semalam.

BakauGruv Kampung Resort

Ini kunci bilik chalet. Simple jer…tak payah access card bagai…keychain pun buatan sendiri..

Ok. Macam biasa, aku suka review bilik.

BakauGruv Kampung Resort

Macam nilah rupa keadaan (interior) bilik chalet tersebut. Dah nama pun kampung resort, so rupa bilik pun tentulah ala-ala bilik kampung kan.

BakauGruv Kampung Resort

Ada aircond tu…

BakauGruv Kampung Resort

BakauGruv Kampung Resort

Bilik air agak sempit.

Menurut rakan ofis wife aku yang bermalam di situ, waktu malam banyak nyamuk. No wonder la kan. Tapi pihak resort ada menyediakan ubat nyamuk jenis lingkaran. Tapi ubat nyamuk jenis lingkaran ni, kesannya sama seperti anda menghisap 100 batang rokok tau.

Aku dah tak tahu nak tulis apa dah. Korang layan je la gambar-gambar di bawah yer..

BakauGruv Kampung Resort

BakauGruv Kampung Resort

Antara menu yang disediakan. Bagi aku harganya berpatutan.

BakauGruv Kampung Resort

Kat kafe tu ada sudut bacaan. Memang banyak buku-buku yang disusun di rak di sudut tersebut. Rata-rata aku lihat semua buku tersebut dalam bahasa english. Aku sempat belek beberapa buku tersebut termasuk buku ini. Belek belek jer tapi tak baca pun. Just ambik gambar jer. hehe..

Aku difahamkan, pemilik resort ni adalah seorang profesor. So no wonderlah terdapat banyak bahan bacaan di situ.

BakauGruv Kampung Resort

Aku percaya ini adalah beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak resort.

BakauGruv Kampung Resort

Pandai diorang letak peti ais krim di depan pintu masuk kafe. So, memang kena pau aaa..dengan ini budak.

Aktiviti seterusnya sementara menunggu wife aku habis kerja adalah bermain buai sambil nyanyi lagu ala-ala bawang putih bawang merah "buai laju laju…aku nak kahwin dengan anak raja…"

BakauGruv Kampung Resort

BakauGruv Kampung Resort

Bagi mereka yang sukakan suasana kampung di paya bakau , suka memancing atau mahu merasai pengalaman menjala ikan,  tempat ni memang sesuai untuk anda.

Nota : Semua gambar di atas diambil menggunakan BlackBerry Bold 9900

Dilihat sebanyak : 1451 Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads