12 di klang - Google Blog Search |
Program Atasi Banjir <b>Di Klang</b> Positif « Charles Santiago Posted: 21 Dec 2011 07:41 PM PST |
Program Atasi Banjir <b>Di Klang</b> Positif - SelangorKini Online Posted: 20 Dec 2011 11:12 PM PST Oleh Afix Redzuan KLANG, 21 DISEMBER : Program mengatasi masalah banjir yang diperluaskan ke seluruh kawasan di Klang menunjukkan perkembangan positif. Masalah banjir di kawasan Klang ini sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu sehingga mengakibatkan kerugian yang besar. Kejadian banjir biasanya akan berlaku apabila hujan lebat sekitar 30 minit. Oleh itu, satu Jawatankuasa Bertindak Banjir Parlimen Klang ditubuhkan pada 4 Disember 2011. Terdiri daripada 10 orang ahli dan turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir, Yogasigamany a/l Krishnasamy berkata, perkara ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan yang sering mengalami masalah banjir seperti di Taman Petaling, Taman Bayu Perdana dan Taman Chi Liung. "Dalam jawatankuasa ini ada satu pakar pengurusan banjir yang membantu. Kita juga mengadakan beberapa mesyuarat dengan MPK dan kita telah memberikan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini. "Antara perkara yang dilakukan adalah melebar dan mendalamkan beberapa longkang dan kerja-kerja telah dibuat hampir sebulan yang lalu. Setakat ini kerja-kerja hampir 60 peratus siap," katanya. Perancangan jangka pendek yang dikemukakan oleh jawatankuasa bertindak ini adalah mendalamkan dan melebarkan longkang yang sedia ada memandangkan banyak sampah sarap yang terkumpul di situ. Mengenai langkah jangka panjang, pihak jawatankuasa mencadangkan pembinaan satu kawasan takungan air dan perkara ini masih dalam perbincangan memandangkan projek ini memerlukan peruntukan yang besar. Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyeru warga Klang supaya mengamalkan sistem pembuangan sampah yang tersusun dan bukan menjadikan longkang dan sungai sebagai tong sampah. Katanya, sebanyak 5,000 risalah kesedaran disebarkan untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat setempat. "Beberapa bulan kejadian banjir di hadapan pejabat saya. Saya membuat tinjauan di kawasan berhampiran mendapati terdapat kerusi sofa, pasu bunga selain botol-botol yang dibuang ke dalam longkang yang menjadi punca banjir. "Bukan sahaja rumah tangga, sebaliknya pengusaha restoran dan industri turut menjadikan longkang sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi menjadi masalah kepada masyarakat," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan