Isnin, 13 Februari 2012

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Detikdaily - Najib <b>di Batu Caves</b>: NGO, PAS mahu fatwa jelas

Posted: 11 Feb 2012 09:30 PM PST

Terbaru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (kanan) meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu.

"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," katanya yang dipetik Harakahdaily.

Sehubungan itu, Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam.

"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Jumaat lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap perdana menteri yang didakwa "menggadai akidah" dengan hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Menurut Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Najib seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

najib thaipusam batu caves 070212"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya dipetik portal The Malaysian Insider.

Agama digadaikan

Turut membidas Najib dan Rosmah adalah kumpulan NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah Najib tidak merasa bahawa tidak perlu dipedulikan sema ada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
 
"Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.

"TERAS menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama," kata Mohd Azmi (pertama dari kiri, bersama Harussani, Hasan Ali) dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, menghadirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak boleh diterima malah umat diingatkan menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.

Gambar sebesar patung berhala

"Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi.

Harussani juga dilapor membidas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan penasihat agama perdana menteri kerana gagal menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

najib thaipusam 2011Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Pada acara tahun ini, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves dan pasangan itu dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

KEHADIRAN NAJIB <b>DI BATU CAVES</b> : PARA MUFTI PERLU <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 09:01 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani menyatakan kebenaran dengan membantah kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam pada hari Selasa. Dalam satu kenyataan, beliau melahirkan rasa terkilan kerana Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup 'menggadai akidah' apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves.

DPPM melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya. Soal aqidah umat mesti menjadi keutamaan dan para ulama' tidak harus berdiam diri apabila melihat aqidah umat rapuh atau runtuh.

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam sememangnya mengundang kegelisahan umat Islam di negara ini. Meskipun Datuk Seri Najib hadir atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada penganut agama Hindu, disisi Islam perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan. Walaupun agama Islam tidak pernah melarang penganut agama lain merayakan perayaan masing-masing, namun Islam tetap mengharamkan umatnya menyambut perayaan agama lain kerana ia boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Kehadiran Datuk Seri Najib dikhuatiri akan merosakkan aqidah beliau dan umat Islam yang lain memandangkan beliau adalah Perdana Menteri di negara ini, dan tindakan beliau pasti akan diikuti oleh rakyat jelata. Perdana Menteri tidak perlu hadir ke Batu Caves hanya untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan atau menyerahkan kepada pemimpin MIC untuk mengucapkan selamat menyambutnya.

Tindakan Perdana Menteri itu menunjukkan beliau amat kemaruk untuk mendapatkan pengaruh dan populariti bagi mengekalkan kuasa beliau sehingga sanggup melanggar syariat dan aqidah. DPPM hairan mengapa penasihat agama beliau termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tidak tampil lebih awal memberikan nasihat supaya beliau tidak hadir ke Batu Caves bagi mengelakkan kritikan rakyat.

Oleh itu, DPPM meminta lebih ramai para mufti, para ulama' dan agamawan di negara ini bersuara bagi menyatakan kebenaran di sebalik isu ini. Bagi DPPM, apa juga pandangan ulama' perlu diambil kira biarpun hasilnya pahit untuk ditelan. Demi aqidah umat, tiada siapa harus berdiam diri atau menyembunyikan kebenaran!

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads