Isnin, 13 Februari 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


AMK kecam samseng upahan <b>di Klang</b> - KeadilanDaily.com <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 08:36 PM PST

SHAH ALAM 13 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam tindakan samseng upahan  yang menggangu majlis ceramah mengenai kebebasan akademik anjuran mahasiswa di Klang, kelmarin.

Timbalan Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, beliau kesal ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap mengenai soal transformasi, ancaman seumpama itu masih berlaku di negara ini.

Kereta mahasiswa yang rosak teruk akibat perbuatan samseng (Gambar Malaysiakini)

"Ia sangat menyedihkan apabila hak untuk kita bercakap bukan setakat dinafikan, tetapi juga telah diancam dengan perbuatan sehingga menjejaskan keselamatan rakyat.

"Selepas kita melalui era 2008 di mana lanskap baru politik Malaysia terbina, kita lihat keadaan seperti ini berlaku. Ia tidak boleh diterima dan kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali," jelasnya.

Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi percaya samseng berkenaan diupah pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

"Majlis itu dianjurkan oleh mahasiswa yang datang untuk memberi penjelasan kepada rakyat, sudah tentulah kita 'assume' pihak sebelah sana yang melakukannya,"

"Jadi kita nak beritahu Najib selaku pengerusi perhubungan Umno Selangor dan Datuk Seri Noh Omar selaku timbalan pengerusi supaya hentikan kerja yang  membodohkan rakyat. Sedihnya anak-anak muda dipergunakan, kita yakin mereka dapat upah tidak seberapa oleh pihak yang kita pasti ada banyak kepentingan," ujarnya.

Pada kejadian yang berlaku di kampung Idaman, Klang itu, samseng berkenaan memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna sebelum ceramah bermula.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab dilapor berkata, samseng berkenaan turut mengepung dan mengekori mereka sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Pandamaran.

Samseng berkenaan turut membaling batu dan memukul kereta mereka dengan kayu mengakibatkan kereta Timbalan
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Mohd Ismath kemek teruk.

Kejadian ini, adalah kali kedua selepas  ceramah Asalkan Bukan Umno baru-baru ini turut diganggu dan diserang remaja bermotosikal.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26468

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads