Rabu, 14 Mac 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


EXCO Baharu Negeri Selangor Adakan <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 26 Feb 2012 10:10 PM PST

27 02 2012

Tanjong Karang, 27 Feb    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Khairi, telah mengadakan dialog dan ramah mesra bersama dengan pimpinan masyarakat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong.

Dr Ahmad Yunus, dalam ucapannya, mengharapkan supaya dapat diadakan program kerjasama yang melibatkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dibawah Majlis Daerah Kuala Selangor dengan PKM DUN dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam masa yang terdekat.

Ini secara tidak langsung, katanya, dapat menggembling tenaga dan dapat menarik golongan belia untuk menyertai program yang dirancang serta menjimatkan kos.

Dr Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sijangkang, juga berkata, Peranan pemuda dan Nisa' sangat penting untuk menggerakkkan program untuk belia dan wanita muda kerana merekalah yang paling rapat dengan golongan tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Abd Malek Abdul Majid, Sharan Mohd Salleh dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Sungai Burong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads