Rabu, 14 Mac 2012

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Taklimat Pemulihan Sungai <b>Klang</b> Bersama Wakil Masyarakat

Posted: 16 Jan 2012 09:06 PM PST

0

Hulu Kelang, 17 Januari 2012 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah menganjurkan satu sesi taklimat kepada wakil-wakil masyarakat Ulu Klang berkenaan projek pemulihan sungai Klang. Objektif taklimat in adalah bertujuan memberikan gambaran kepada masyarakat tujuan, matlamat dan kerja-kerja pemulihan Sungai Klang yang bermula di Ulu Klang.

Projek ini melibatkan Sungai Kemensah, Sungai Sering, Sungai Gisir dan Empangan Klang Gate yang menjadi punca Sungai Klang sepanjang 7.8 km. Projek yang bernilai RM72 juta ini dilaksanakan oleh  JPS Malaysia melibatkan kerja-kerja pemulihan kuantiti dan kualiti air di sepanjang 7.8 km sungai Klang di Ulu Klang.

Taklimat dipengerusikan oleh pengurus projek, En. Abdull Halim dari JPS Malaysia

Di antara skop kerja projek ini adalah pelebaran sungai menggunakan VSME Wall, memasang 117 Gross Pollutant Traps (GTP), membina River Water Treatment Plant, pemulihan sungai melalui Eco Green Zone, membina Erosion and Sediment Control Plant, menguji kebersihan air menggunakan SCADA System.

Sebahagian daripada wakil penduduk yang hadir

Saari membangkitkan beberapa perkara untuk diambil perhatian oleh pihak pengurusan projek. Antaranya

  1. Adakah masalah banjir di beberapa lokasi di Hulu Klang dapat dikurangkan melalui projek ini?
  2. Bilangan perangkap sampah yang terlalu banyak, adakah JPS mempunyai kaedah penyelenggaran yang baik?
  3. Adakah berlaku pengorekan dan pemindahan pasir sungai? jika ya, ia melibatkan kebenaran kerajaan negeri.
  4. JPS harus sentiasa peka dan selaras sebarang masalah bersama semua agensi kerajaan yang terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads