Isnin, 16 April 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Jom Mohon Latihan Industri <b>di</b> SONY <b>Bangi</b> | Blog, Remaja dan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 07:35 AM PDT

Soalan retis: Apa perkembangan terbaru Cik Izra ?
Izra: Wow, soalan yang mengghairahkan. . Hmm tolak tawaran kemasukan degree bulan 2.. Masih cari kerja yang sesuai.. Baru beli toycamera model baru.. Layan Facebook macam nak tak nak je.. Dalam proses upgrade mini studio supaya lebih ceria.. Masih lagi praktis main seruling buluh.. Kadang2 layan Twitter sama si Venice :P …..
K, entri kalini tak leh banyak merepek sebab ini entri serius mahu tolong kamu :) Entri akan datang baru boleh merepek manja sama kamu ~ ~ ,
Aku adalah pelajar diploma mekanikal (loji) di UTHM yang wajib mengambil latihan industri sebagai syarat untuk penutup pelajaran ataupon layak untuk graduasi. So maknanya sekarang aku dah habis latihan industri dan sedang menunggu giliran graduasi bulan 10 nanti.
Aku tinggal di Kajang bersama family tercinta dan yang menguntungkan kerana Kajang berdekatan dengan Bangi yang merupakan kawasan perindustrian yang mashur?? Makanya perlulah aku mohon praktikal di Bangi :)
Di Bangi banyak jugak la kilang2 syarikat besar seperti Sony, Carrier, Toshiba, F&N, Denso, Utusan dan banyak lagi. Masa aku nak apply syarikat untuk aku berpraktikal (ataupon cari aweks, hahaa), aku target kilang Utusan sebab aku pernah pergi lawatan kilang tersebut, banyak unsur mekanikal di situ yang membuatkan aku teruja. Target kedua lak kilang Sony sebab masa tu aku ingat kilang tu ada buat DSLR. So aku hantar resume dan tunggu result dari syarikat berkenaan. Akhirnya wakil syarikat Sony call suh aku datang daftar pada tarikh sekian2. Agak bangga masa tu sebab dapat kerja kat Sony, hahaa.
Tidak mahu panjangkan penceritaan, disebabkan aku dapat praktikal di sony ayuh aku kongsikan cara nak apply praktikal di Sony ikut style aku, heh . .

Sediakan resume yang kacak lagi bergaya
- taip segala macam pasal kamu tapi secara ringkas dan mudah difahami serta menarik kemudian print. Antara kandungan aku sertakan dalam resume aku: * seeloknya taip dalam English*
  • personal information (ada gambar kamu saiz passport)
  • contact information
  • personal traits
  • personal skills
  • interested area of work
  • education background
  • relevant courses taken (senaraikan matapelajaran kamu ambil)
  • references (alamat kamu belajar)
- sertakan sekali surat dari tempat kamu belajar yang menyatakan kamu akan menjalani latihan industri.
-masukkan resume serta surat tersebut kedalam sampul surat bersertakan setem dan hantar ke:
SONY (EMCS) MALAYSIA SDN. BHD.
-kalau nak telefon bertanyakan ada kekosongan untuk praktikal, boleh call 03-89297230 (Pn Hanis) *aku tak telefon pon, terus hantar resume
Major course yang berpontensi besar untuk kamu dapat praktikal di Sony Bangi adalah:
  • Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik atau Mekatronik dan segala macam elektrik sebagai kursus utama kamu belajar. ----- 95% potensi untuk kamu dapat
  • Kejuruteraan Mekanikal (yang bersesuaian) ----- 90% potensi untuk kamu dapat
  • Designer (mahir menggunakan autodesk, autocad, solidwork ) ----- 30% potensi untuk kamu dapat
  • pelajar ipta, ipts, sijil kemahiran, insep
*aku sarankan elektrik dan mekanikal patut mohon
Kelebihan praktikal di Sony Bangi:
  • kerja dalam kawasan aircond sepenuhnya
  • kemudahan seperti tandas, 2 kantin (kantin B syok), surau, atm mesin, kawasan merokok, parkir kenderaan yang luas dan selamat, bas percuma untuk sembahyang jumaat.
  • kerja tak tension sangat (mungkin)
elaun + ot yang boleh tahan banyak, lagi2 kalau dapat shift 12 jam.
  •  sijil: RM 350 (tak termasuk ot)
  • - diploma: RM400 (tak termasuk ot)
  • - degree: RM500 (tak termasuk ot)
Produk keluaran utama Sony Bangi just buat LCD TV, Blue-Ray player, DVD player, system board dan aku tak ingat, hahaa. Banyak department kat situ, awalnya aku dapat department TV JRD, sebulan kemudian aku naik pangkat pindah ke deparment TV ME sampai habis tempoh praktikal. Secara keseluruhannya praktikal di Sony memang best dan mencabar.
Semoga entri ini dapat membantu kamu untuk mencari tempat praktikal. Aku sertakan sekali kilang lain yang mungkin kamu boleh cuba mohon:
Carrier Internasional Sdn Bhd
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Kursus: Elektrik/Mekanikal
Hitachi Air Conditioning Products (M) Sdn Bhd
Kursus: Mekanikal/Elektrik
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Kawasan Perusahaan Bangi,
43650 Bamdar Baru Bangi, Selangor
Semoga Berjaya. K bye . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads