12 di shah alam - Google Blog Search |
Risalah memfitnah SMM sebar <b>di</b> Masjid <b>Shah Alam</b> Posted: 06 Apr 2012 02:01 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 April: Pada hari ini di Masjid Negeri Shah Alam telah disebar risalah-risalah fitnah kononnya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan melakukan satu demonstrasi pada hari ini bagi menentang Kerajaan Negeri Selangor. Setiausaha SMM, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan SMM mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mesra rakyat, telus, cekap dan beramanah. Tambahan lagi, ujarnya kerajaan negeri Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terawal menyahut seruan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dibawa oleh SMM dan isytihar bahawa Selangor negeri bebas AUKU. "SMM menafikan fitnah yang dilemparkan dan mengutuk tindakan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. "SMM menolak politik fitnah dan politik samseng yang semakin menjadi-jadi dalam negara," tegasnya dalam satu kenyataan. Tegasnya lagi, SMM yakin bahawa fitnah itu dibuat oleh pihak yang merasa tergugat dengan gerakan mahasiswa dan demonstrasi 14 April ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka jam 2 petang. "Walau apa fitnah dan tekanan ke atas SMM, demonstrasi 14 April ini tetap akan berjalan dan SMM komited untuk bersama Bersih 3.0 pada 28 April ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan