Khamis, 31 Mei 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


KESIMA JAYA: Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil <b>di Cheras</b>

Posted: 05 May 2012 04:54 PM PDT

Sabtu, 5/5/2012 - Satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kediaman Uda Cheras. Majlis bermula dengan solat Maghrib di Surau KIP dikuiti dengan bacaan Yaasin dan tahlil. Selepas solat Isyak, disusuli dengan solat Hajat memohon perlindungan daripada sebarang perlindungan daripada sebarang bala dan malapetaka dan keselamatan semua. Selesai solat hajat, jamuan makan di rumah.
Pengerusi KJ bersama Imam. Surau KIP..

ahmadmaslan.com: 300 pelajar <b>di Cheras</b> dapat komputer

Posted: 29 May 2012 07:26 PM PDT



Ahmad Maslan (berdiri lima dari kiri) dan Syed Ali Alhabshee (empat dari kiri) bersama sebahagian pelajar yang menerima komputer riba 1 Malaysia di Majlis Penyerahan Komputer Riba 1 Malaysia bagi Parlimen Cheras, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Para pelajar dinasihatkan agar menggunakan komputer dan perkhidmatan jalur lebar sebaik-baiknya kerana ia akan memberi kesan negatif sekiranya disalah guna.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gajet tersebut boleh menjadi 'racun' kepada pelajar jika mereka mengakses laman web yang tidak berfaedah.

"Komputer sebenarnya boleh menjadi 'ubat' kalau pelajar-pelajar memanfaatkannya sebagai gerbang ilmu untuk tujuan pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia bagi Parlimen Cheras di sini semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Tengah, Fadilah Mohd. Nor.

Penyerahan komputer riba fasa kedua itu membabitkan 300 pelajar dari 12 buah sekolah menengah sekitar Cheras.

Seorang penerima, R. Krishnaraja, 16, berkata, komputer pertama miliknya dan keluarga itu akan dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan pelajaran kerana ia membantu dalam mencari maklumat.

"Saya akan mengingati kata-kata Datuk Ahmad mengenai komputer boleh menjadi racun atau ubat dan berharap rakan-rakan turut sama berpegang kepada peringatan itu," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Miharja.

Pelajar SMK Yaakob Latif, Nurul Sahira Kasmawi, 15, berkata, penerimaan komputer riba itu memberi semangat kepadanya dalam persediaan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) nanti.

"Saya memang tiada perancangan untuk membeli komputer ketika ini kerana keluarga bukanlah orang senang. Jadi saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kerana memberi komputer ini," katanya.

Seorang lagi pelajar, Sun Sieh Mae, 16, berkata, komputer riba sangat praktikal kepada pelajar ketika ini kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja.

"Selepas ini, kalau mahu menyiapkan folio saya sudah tidak perlu ke kafe siber lagi kerana boleh dilakukan di sekolah bersama rakan-rakan,"' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads