Khamis, 31 Mei 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Pusat Siber <b>Di Semenyih</b> Membimbangkan <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 03:40 AM PDT


SEMENYIH : Kewujudan pusat siber dan permainan video termasuk snuker yang dipercayai beroperasi tanpa lesen kini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih di sini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Biro Publisiti Dun Semenyih, Wan Zahari Majid berkata, pihaknya menyedari masalah itu berikutan rungutan orang ramai yang sering memberikan respon mengenainya dan berharap perkara itu mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, bagi membendung masalah itu, pihaknya sering mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis perniagaan itu kerana ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

"Kita sering mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya menjauhi premis perniagaan seperti itu kerana ia tidak membawa kebaikan dalam kehidupan. Malah ia lebih banyak membawa keburukan termasuk masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat.

"Gejala ini perlu dibendung segera kerana apa yang kita lihat pusat dipercayai beroperasi tanpa lesen ini masih banyak terdapat di kawasan ini khususnya di bandar," katanya.

Wan Zahari berkata, Pusat Khidmat Dun Semenyih memberi perhatian di dalam perkara ini dan pihaknya membuat pemantauan berterusan mengenainya.

Beliau berkata, setakat ini penerangan kepada orang ramai giat dilakukan di kawasan penempatan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar.

Tambahnya, sesi motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran khususnya kepada golongan muda supaya tidak mengunjungi pusat siber dan permainan video tanpa lesen itu.

"Kita sering mengingatkan orang ramai supaya memilih premis berlesen yang sah dan mengunjungi premis tersebut dengan tujuan yang baik serta berfaedah.

"Masalah premis tanpa lesen ini sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa bagi menanganinya segera. Ia banyak membawa kesan negatif di dalam kehidupan masyarakat kerana ia membuang masa dan melekakan," katanya.



Sementara itu Penolong Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung, Ariffin Mohammad menjelaskan perkara itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk di kawasan ini.

Menurutnya, diharapkan masalah itu diatasi segera dan dapat dikawal supaya bilangannya tidak bertambah pada masa akan datang.

pecah 4x4 adventure team: cerita lama <b>di semenyih</b> trek bukit tokong.

Posted: 16 May 2012 09:47 PM PDT

trek bukit tokong  ni terletak kira 5-7 kilometer dari pekan semenyih.trek dikategorikan sbagai trek hardcore bagi pillot2 4w yg pernah sampai ke sini... trek sepanjang kirakira 4-6 kilometer ini dahulunyer mengambil masa kira kira 7-12 jam utk sampai ke camp site terakhir, bergantung pada kelengkapan 4w dan jumlah 4w yg masuk.
 terdapat laluan titi balak, v drop @ v gali , river crossing, mud pool.. dan banyk lagi cabaran yg akan menanti pilot 4w di sini..
 persediaan yg cukup rapi dari segi kelengkapan, aksesori pada kenderaan pacuan 4 roda 4x4 juga persediaan mental dan fizikal. kerja sama amat di perlukan dengan crew yg mahir boleh mempercepatkan jarak masa..

















































BILE NAK REPEAT WEI.... LPS RAYA NI ON... HAHAHA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads