12 di klang - Google Blog Search |
Hasil 15 Serbuan <b>di</b> Lembah <b>Klang</b> dan P. Pinang - TV3 Posted: 14 May 2012 04:31 AM PDT 14/05/2012 19:31:00 Pil khayal Eramin 5 bernilai 43 juta ringgit dirampas polis hasil 15 serbuan di Lembah Klang dan Pulau Pinang, Sabtu lalu. Disifatkan rampasan terbesar setakat ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata sindiket yang menggunakan kepakaran warga asing itu tumpas dengan tertangkapnya 25 individu. Tambah Datuk Noor Rashid, serbuan dilakukan di dua makmal dan stor di Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu hasil kerjasama pihak berkuasa Taiwan dan Bukit Aman. Di Klang, lokasi serbuan berhampiran kawasan perindustrian ringan yang membawa kepada rampasan 88 ribu pil Eramin 5. Turut dirampas serbuk bahan kimia seberat 282.62 kilogram dan beberapa peralatan memproses dadah. Serbuk kimia itu boleh digunakan untuk menghasilkan 2.3 juta pil Eramin 5. DATUK NOOR RASHID IBRAHIM / PENGARAH JSJN BUKIT AMAN "Selain daripada itu kita juga menyita peralatan-peralatan yang digunakan untuk membentuk atau tukar dadah ini dari bentuk serbuk kepada bentuk pil, kalau kita mengambil kira anggaran dadah ini, harga dia berjumlah, mengambil kira satu pil berharga 15 ringgit". Tambah beliau, daripada 25 yang ditahan, enam adalah warga asing iaitu masing-masing tiga warga Taiwan dan Nepal. Sindiket itu sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan pil khayal itu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Anggota sindiket dikatakan menyamar sebagai ahli perniagaan bagi mengaburi pihak berkuasa. Pihaknya turut merampas wang tunai lebih RM 82,000 dan 12 kenderaan dipercayai diperolehi hasil jualan dadah. Kesemua suspek berusia 24 hingga 60 tahun direman sehingga 20 Mei bagi membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan