Khamis, 17 Mei 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Putih Hitam: Rezeki <b>di Kajang</b>

Posted: 04 May 2012 02:28 AM PDT

Saya pernah memberitahu bahawa saya ini kurang keyakinan diri. Ditambah lagi apabila melihat keputusan peperiksaan semester yang hanya cukup-cukup makan. Sekiranya sesiapa berada di tempat saya yang dahulunya adalah seorang pelajar cemerlang, kemudian menerima keputusan yang sama sekali bertentangan dengan yang dahulunya, apa ya perasaannya? Saya juga sebenarnya mengundang keputusan yang seperti itu, terkadang rasa malas untuk mengulangkaji pelajaran. Ya, saya yang bersalah dalam hal ini.
Okay, cukup! Maka, apabila saya membayangkan diri berada di dalam bilik, untuk ditemuduga oleh senior engineer dan Ketua Jabatan HR, membuatkan dada saya gemuruh dan hilang keyakinan diri. Sekiranya begitu, bagaimana saya mahu menghadiri temu duga kerja sebagai jurutera? 
Saya mempunyai pengalaman ditemuduga secara serius dan separa serius. Separa serius adalah ketika saya ditemuduga untuk bekerja di kedai buku Popular (sekarang ini, kalau saya mahu buat part-time, bila-bila masa sahaja boleh) dan sebagai student helper di perpustakaan Monash University. Pengalaman ditemuduga secara serius adalah ketika mahu menjadi editor sambilan di PTS dan di Senawang semasa mahu buat latihan praktikal. Teringat soalan cepu emas editor PTS, Tuan Zaki Zainol semasa ditemuduga. 'Kalau diberi gajah, nak buat apa dengan gajah itu?'
Baru semalam saya menghadiri temu duga yang serius di Kajang untuk kehidupan selepas tamat belajar. Kali ini amat serius dan saya cuak juga walaupun saya agak arif dalam bidang ini. Sesi selama hampir 40 minit itu berakhir dengan jayanya.

Saya dapat surat tawaran dan akan memulakan perkhidmatan pada 1 Julai 2012.

Alhamdulillah.

Mari berjalan-jalan mencari rumah di sekitar Kajang atau Bandar Baru Bangi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads