Khamis, 17 Mei 2012

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


MatKilau Penang: SOALAN MP <b>KELANA JAYA</b> ADA <b>DI</b> HIMPUNAN <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 05:00 PM PDT


Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Menterinya, DS Ahmad Shabery Cheek di Parlimen baru-baru ini diajukan soalan oleh seorang YB daripada Pakatan Pembangkang, YB Kelana Jaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh KBS untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.
Kita tidak pasti adakah soalan sebegitu tidak berapa penting untuk ditanya oleh seorang YB di dalam dewan yang mulia. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dipersoalkan. Tiada kepentingan yang kita nampak melainkan salah satu cara pihak pembangkang untuk mencipta keraguan. Namun, jawapan yang diberikan oleh DS Ahmad Shabery adalah sangat bernas dan sudah pastinya mampu mematikan segala keraguan yang hendak ditimbulkan.
Menurut DS Shabery, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.
Namun begitu, beliau menambah bahawa tidak mungkin mana-mana kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.
Menerusi jawapan beliau, DS Shabery percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya. Kita sedia maklum individu yang dimaksudkan oleh YB Kelana Jaya tentulah Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum P"Gay"R ini ternyata mampu mempengaruhi ramai belia terutama mereka yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kental. Contoh paling mudah adalah seperti golongan mahasiswa yang mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Oleh itu, belia janganlah mudah terpengaruh. Marilah kita bersama-sama menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah di Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, 23 hingga 27 Mei 2012. Banyak acara-acara menarik yang akan disediakan. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!
SUMBER: CUCU YOK SELAMPIT BLOG

kathyjem: First Time Checkup <b>Di</b> Klinik Kesihatan <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 02 May 2012 12:18 AM PDT

Demi buku merah ini ku sanggup berjam-jam lamanye di Klinik Kesihatan Kelana Jaya.. pufff~~

Owh di fb aku tulis Hospital Kesihatan Kelana Jaya kan.. Tapi sebenarnya di Klinik Kesihatan KJ yek.. hehehe Silap di situ yer.. =D


Ko dari pukul 8.15 aku kat sepital gomen ni sampai kol 1.00 tgh ari baru settel.. rase nak nangis jer masa tunggu kat sepital KK ni tau.. Siap cakap kat Affan.. ** hey b macam ni ker kite nak pegi second checkup.. Tunggu punye lama ni.......

Tapi dah tau dah klinik KKJ ni memang ko akan tunggu berjinggut di situ.. Sajer nak nak buat buku merah ni sebab takut kalo ada kes berat2, Hospital Umra akan refer Hospital Kerajaan gak.. So untuk langkah berjaga aku di nasihatkan untuk check kat Klinik Kesihatan.. Nasib ada Klinik Kesihatan Kelana Jaya ni dekat sikit ngan rumah..

Tapi dari segi checkup KK ni bagus.. Dieorang check detail.. Sebelum ni aku pergi klinik swasta dieorang just check perut jer..

Ada la jugak bagus Klinik Kesihatan ngan Klinik Swasta.. Yang best klinik swasta ko takyah tunggu lama.. Sampai2 terus jumpe doktor.. Kalo KK ko kena register pastu die akan check satu badan ko.. Pastu next appointment baru leh jumpe doktor.. haaa gitew...

Pagi tadi sampai2 jer ambik nombor.. pastu check berat badan.. Dah ambik masa 1 jam.. Pastu ambik ujian HIV.. Dh 1 jam  menunggu.. Pastu ujian darah.. Tunggu nak ambik ujian darah ni la yang paling lama aku rase.. Pastu tunggu untuk check breast.. bla bla bla.. tunggu ambik ubat.. Done.. Lama kan proses die.. Setiap checkup adalah memakan 1 jam lebih yer... senyum skitttttt... =)

Second checkup ni tak tau nak pegi ke tak Klinik Kesihatan ni.. Tapi dieorang suruh datang gak sebab nak check ngan doktor.. Tadi tak jumpe doktor pon.. tapi aku cakap ngan dieorang yang aku hujung bulan ni nak check terus kat Hospital Umra tempat aku bersalin..

Tapi dieorang suruh gak aku datang second checkup.. hurrmmm tak tau nak pergi ke tak... bukan apa tak tahan nak menunggu sebenarnya.. Dah la klinik kerajaan susah nak bagi mc.. Kat SYABAS ni pulak kalo ambik timeoff lebih 2 jam dieorang akan tolak terus cuti tahunan.. Sayangla kan cuti kena tolak.. =(

piece : kathyjem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads