Selasa, 1 Mei 2012

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Saingan sengit antara MIC dan Pakatan <b> - Malaysian Times

Posted: 20 Apr 2012 04:03 AM PDT

Oleh :A. Sham

KAPAR April 20 — Pakatan Rakyat (PR) dikatakan semakin tertekan dan lebih berhati – hati dalam meletakkan calonya di negeri Selangor dalam usaha untuk mempertahankan negeri tersebut. Fenomena tersebut dikatakan wujud di hampir kesemua 22 Parlimen di negeri itu termasuk di Parlimen Kapar yang mempunyai jumlah pengundi paling di Malaysia iaitu melebihi 125, 000 pengundi.

Pada pilihanraya umum 2008, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) , S. Manickavasagam menewaskan calon MIC Datin Paduka Komala Devi yang juga Ketua Wanita MIC dengan majoriti 12, 297. MIC menerima tamparan hebat pada PRU 2008 disebabkan pelbagai isu di Selangor termasuk kebangkitan suara Makkal Sakthi yang mengegarkan arena politik negara.

Justeru , tidak dinafikan penampilan buat julung kali Manickavasagam di Parlimen Kapar pada PRU 2008 sebagai calon "bukan pilihan" berjaya menyingkirkan Komala disebabkan pelbagai faktor dalaman politik negara. Malah wujud juga faktor yang tidak menyebelahi Komala termasuk prestasinya tidak begitu memuaskan walaupun dua penggal memimpin Parlimen tersebut bermula dari 1999 hingga 2008. Pada PRU 1999 Komala menewakan calon Pas Dr. Dzulkfly Ahmad dengan majoriti 2, 860 undi.

SAINGAN SENGIT

Pemerhati politik berpandangan Pakatan dijangka akan melalui saingan sengit pada PRU ke 13 dan besar kemungkinan pertandingan tiga penjuru. The Malaysian Times juga difahamkan suasana politik di Kapar tidak lagi seperti tahun 2008 . Ahli Parlimen Kapar S.Manickavagam pula dikatakan tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga wujud pelbagai usaha untuk menyingkirkanya dari Kapar ke kawasan lain.

Walaupun prestasi Manickavasagam dilihat cukup baik tetapi penduduk Kapar merasakan nasib mereka lebih terjamin sekiranya kawasan tersebut dipimpin oleh seorang pemimpin yang mendapat perhatian daripada kerajaan pusat disebabkan kepadatan penduduk semakin tinggi.Apa yang pasti, dari skop Parlimen, penduduk merasakan kuasa Manickvasagam terlalu terbatas disebabkan banyak faktor politik dalaman di PKR dan kerajaan negeri Selangor. Selain isu seharian, penduduk Kapar juga merasakan nasib mereka perlu terbela dan mendapat perhatian melalui perancangan jangka panjang.

MANICKAVASAGAM DI CALONKAN SEMULA?

Namun sekiranya Manickavasagam di kekalkan di Kapar, calon MIC bakal berdepan dengan laluan yang cukup sengit disebabkan undi masyarakat India akan berpecah. Antara calon PKR yang disebut yang bakal bertanding di Kapar ialah Dr. Nedunchellian yang telah kembali menyertai PKR baru – baru ini selepas meninggalkan parti tersebut dan menyertai MCLM(Malaysian Civil Liberties) – sebuah barisan rakyat yang dianggotai calon bebas untuk PRU ke 13.

Dr. Nedunchellian yang juga seorang Doktor gigi dilihat seorang pemimpin yang berpengaruh di Kapar dimana hampir 20 tahun berkecimpung dalam aktiviti masyarakat khususnya dikalangan masyarakat India. Walaupun Manickavasagam dan Nedunchellian dikatakan tidak sehaluan sebelum ini, namun kesediaan Manickacasagam untuk menerima dan menyokong permohonanya untuk kembali ke PKR dilihat satu "klimaks" politik yang cukup menarik di Kapar baru – baru ini.

Selain itu, Exco kerajaan negeri Selangor Dr. Xavier Jayakumar juga dikatakan antara calon popular yang bakal dicalonkan di Kapar. The Malaysian Times juga mendengar spekulasi Manickavasagam berkemungkinan besar berpindah dari Parlimen ke Dewan Undangan Negeri, sama ada Batu Caves ataupun Sri Andalas. Kedua – dua DUN tersebut merupakan kerusi MIC.

SIAPA CALON MIC ?

Sementara itu, MIC pula semakin yakin dapat merampas semula kerusi tersebut berdasarkan perkembangan positif yang diterima daripada masyarakat setempat dalam tempoh setahun ini. Faktor Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel turut memainkan peranan yang penting dikalangan pengundi Kapar sejak Najib menghadiri sambutan Ponggal di Kapar baru – baru ini yang dianjurkan oleh MIC pusat dengan kerjasama MIC Bahagian Kapar ,komponen BN dan badan – badan bukan kerajaan dari seluruh Kapar. Hampir 15 ribu orang meghadiri majlis tersebut.

Presiden MIC G.Palanivel telah melantik dua Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti sebagai Koordinator dari MIC untuk memperkuatkan lagi jentera parti dan BN iaitu Ketua MIC Puchong A. Sakthivel dan Madhu Marimutthu. Manakala Ketua MIC Bahagian Kapar T. Ganesan merupakan Penyelaras BN untuk Parlimen Kapar.

Mereka bertiga dikatakan mempunyai peluang yang baik untuk dicalonkan di Kapar, namun diatas kertas peluang A.Saktivel dikatakan amat cerah berdasarkan "kredibilitinya " amat baik.

Apa yang pasti MIC dikatakan mampu merampas semula Parlimen tersebut sekiranya semua pihak dapat menerima sebarang calon yang bakal dicalonkan mahupun calon luar ataupun anak tempatan demi masa depan parti. Peluang memang terbuka untuk MIC kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads