Selasa, 1 Mei 2012

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Kes Bunuh Pensyarah Dan Bapanya <b>Di Puchong</b>, Dah Ada Petunjuk!

Posted: 16 Mar 2012 04:56 AM PDT

SHAH ALAM - Polis menemui beberapa petunjuk termasuk penemuan barang kemas bernilai RM100,000 yang dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan dua beranak di Puchong Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata penemuan turut berupa kenderaan milik mangsa, telefon bimbit serta maklumat spesifik yang diperolehi daripada orang ramai.

"Polis sedang mengumpul semua bukti dari segala sudut penyiasatan kes yang dipercayai bermotifkan masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek.

"Sehingga hari ini, polis telah menahan enam suspek di mana seorang daripadanya dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang mangsa iaitu si anak.

"Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Ampang dan Cheras. Dua daripada mereka ditahan pada 12 Mac dan empat lagi semalam," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Mohd Bakri berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 19 dan 23 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di tempat mangsa mengajar.

Pembunuhan itu berlaku pada 11 Mac lalu dengan mayat pensyarah tersebut, Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di rumah mereka di Taman Kinrara.

Zara Eleena ditemui mati di atas lantai di dalam sebuah bilik manakala bapanya ditemui terlentang di atas katil di dalam bilik utama rumah teres setingkat itu.

Semua suspek kini ditahan reman sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads