Selasa, 1 Mei 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


@NajibRazak dan @anwaribrahim harus waspada: sudah ada <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 12:55 AM PDT


Oleh: GreenHood

Dalam pada 'warlords' BN mahupun pakatan sibuk bergelut mencari ruang untuk dinamakan sebagai calon bagi parti masing-masing menjelang PRU13, nampaknya ada individu tertentu nekad untuk menjadi 'calon bebas' kerana bosan dengan situasi politik negara.

Antara yang dikenal-pasti telah pun giat menjalankan kempennya adalah seorang peniaga makanan di Telok Datok, Kuala Langat.

Dimaklumkan bahawa Hamzah bin Abu Bakar, bekas kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat telah giat mengedarkan flyers mahupun banners kepada orang ramai bagi tujuan promosi dirinya selaku calon untuk kerusi N.52 Telok Datok.



Kerusi N.52 Telok Datok kini disandang oleh YB Phillip Tan Choon Swee dari parti DAP.

YB Phillip Tan telah lama dianggap gagal menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat kepada penduduk dalam kawasan N.52 tersebut.

Mengikut pecahan pengundi setakat yang diwartakan pada 29 November 2011, N.52 mempunyai pecahan pengundinya seperti yang berikut:-

Melayu   7,016 (31.21%)
Cina       9,997 (44.48%)
India      4,521 (20.11%)
Asli            836 (3.72%)
Sabah         22 (0.10%)
Sarawak       9 (0.04%)
Lain-lain      76 (0.34%)

N.52 Telok Datok telah sekian lama menjadi kuota tetap kepada MCA bagi BN dalam mencalonkan nama manakala DAP sentiasa menjadi seteru utama BN pada pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.


Phillip Tan menang menewaskan Dato' Ee Kim Hock pada PRU12 yang lalu kerana faktor 'tsunami politik negara'. Namun Phillip tidak dianggap popular terutama setelah kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP negeri Selangor kerana tidak sehaluan dengan YB Teresa Kok.

Baru-baru ini, Kuala Langat telah dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Langat, David Cheong. David Cheong sememangnya mempunyai masalah dengan Ahli Parlimen Kuala Langat (PKR), YB Abdullah Sani.

Ini berikutan pertandingan merebut kerusi Ketua Cabang PKR tidak lama dahulu yang dimenangi oleh David. David telah meletakkan jawatan serta membubarkan 23 cawangan PKR yang lain mengakibatkan PKR lumpuh secara langsung di Kuala Langat.

Dari sumber yang diperolehi, perletakkan jawatan David Cheong berlaku kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan utama PKR yang berusaha menamakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin bagi menggantikan tempat YB Abdullah Sani, untuk kerusi parlimen atau P.112 pada PRU13 nanti.


Abdullah Sani pula yang menyandang jawatan Ahli Parlimen Kuala Langat turut menerima kesan dari masyarakat setempat yang tidak gemar 'orang luar' menjadi wakil mereka dan kemenangan Abdullah Sani yang berasal dari Perak pada PRU12 dahulu lebih kepada sifat 'bernasib-baik' dan ditambah faktor kemuakkan pengundi Kuala Langat terhadap pergeseran dalaman UMNO-BN.

Ura-ura menyebut bahawa kemungkinan PAS Kuala Langat turut akan mengambil kesempatan atas kelemahan PKR untuk meletakkan calon mereka bagi kerusi parlimen P.112 ini. Ini berikutan Faekah dianggap tidak menjadi calon 'favorite' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cenderung memihak kepada Abdullah Sani namun memahami bahawa Abdullah Sani bukan lagi menjadi 'favorite' rakyat Kuala Langat dan kemungkinan 'swap' kerusi parlimen tersebut dengan PAS Kuala Langat akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads