Selasa, 15 Mei 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Sesi penerangan Aqsa Syarif <b>di</b> JAIS <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 12 May 2012 03:50 PM PDT


Alhamdulillah, pagi Jumaat, 11 Mei 2012 telah selamat diadakan majlis penerangan mengenai Aqsa Syarif di Pejabat JAIS Kuala Selangor. Program bermula pukul 8:00 pagi hingga 10:30 pagi dan bertempat di Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor. Aqsa Syarif diwakili oleh saya  sendiri dan GM, Akhi Munawer sementara JAIS diwakili oleh Ketua Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Nasrul Hadi bin Rohani serta kakitangan-kakitangan JAIS seramai 30-40 orang.


Tujuan utama majlis ini adalah untuk memberi penerangan secara dekat mengenai Aqsa Syarif (pengenalan, visi dan misi, profil Aqsa Syarif, barisan BOT, barisan management team, misi-misi bantuan kemanusiaan yang telah dilaksanakan dan lain-lain) serta projek-projek yang sedang dilaksanakan di Gaza. Melalui majlis penerangan ini adalah diharapkan insya Allah, JAIS daerah Kuala Selangor akan bersetuju untuk mengambil salah satu projek-projek di Gaza sebagai projek anak angkat mereka. Dicadangkan cara kutipan dana adalah dengan penyerahan kutipan Jumaat (pada setiap Jumaat minggu pertama) dari seluruh masjid di daerah Kuala Selangor dan diserahkan ke JAIS Kuala Selangor untuk diserahkan pula ke Aqsa Syarif.

Semasa sessi video mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan di Gaza, mereka amat kagum dengan penglibatan Aqsa Syarif serta menunjukkan minat (melalui soalan-soalan yang diajukan) dan salah seorang dari kakitangan JAIS berminat menjadi pengedar barangan kraftangan dari projek Rose2Rose.

Semasa sesi pebincangan sampingan anatara saya, Akhi Munawer dan Tuan Haji Nasrul Hadi, kami telah difahamkan bahawa:

1) JAIS Kuala Selangor akan membuat tindakan susulan untuk mendapat kelulusan dari pihak atasan mengenai perkara-perkara yang dibincangkan.

2) Satu MOU antara Aqsa Syarif dan JAIS Kuala Selangor mungkin diadakan.


Alhamdulillah, kutipan sumbangan semasa program sebanyak RM 413.25 telah berjaya diperolehi.

Di sini saya bagi pihak Aqsa Syarif Kuala Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Nasrul Hadi bin Rohani serta Ustaz Umar Abdul Aziz yang telah memberi laluan untuk program ini.

Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif
Kuala Selangor
Senior Fellow PACE
Klang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads