Selasa, 15 Mei 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gempar! Paus terdampar <b>di</b> Kelanang - LAMAN BLOG <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:37 AM PDT



Perghh..malam tadi kat kelanang,heboh,gamat serta kecoh!apasal,lihat sahaja foto di atas....sampaikan yb parlimen kuala langat,takut nak keluar..,
Kira-kira 20 orang nelayan membuat demostrasi aman dihadapan Dewan Kelanang di sini malam tadi ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir makan malam bersama rakyat di situ.
Demostari aman itu berlaku kira-kira pukul 9 malam dengan membawa pelbagai kain rentang yang antaranya tertulis menteri besar gagal bela nasib nelayan, pakatan rakyat Selangor gagal membela nasib nelayan, pakatan rakyat janji kosong cakap kosong pembohong dan jangan anak tirikan nelayan.
Mereka bersurai selepas 20 minit berhimpun tetapi malangnya menteri besar seolah-olah tidak menghiraukan suara rakyat itu begitu juga dengan ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.
Seorang nelayan, Mohd.Khairy Rajan Abdullah,44, berkata, selepas pilihan raya lalu ahli parlimen Kuala Langat telah berjanji untuk menyelesaikan masalah nelayan dalam masa tiga bulan sahaja.
Katanya, sehingga lebih empat tahun menjadi ahli parlimen janji tinggal janji dan beliau juga tidak pernah turun padang melihat penderitaan nelayan.
"Jangankan selesaikan masalah sebatang pancing pun tidak pernah kami dapat daripada kerajaan negeri.
"Dulu ketika perintahan lalu ada juga bantuan yang dihulurkan meringankan beban kami tetapi sekarang kami semakin terhimpit," katanya di sini malam tadi.
Bagi, Zanizam Ismail,32, pula berkata, perhimpunan itu dilakukan kerana mahu menteri besar tahu dan prihatin dengan masalah nelayan yang seperti tiada penghujungnya.
"Inikah di katakan negeri kebajikan? tetapi masih ramai rakyat yang dibiarkan terhimpit dengan masalah.
"Saya berharap menteri besar turun padang dan melihat sendiri kesusahan para nelayan di sini," tambahnya.
Seorang lagi nelayan, Yeaw Chong Chong,28, berkata mana janji-janji manis ahli parlimen yang menyatakan bakal membantu mereka menyelesaikan masalah nelayan dalam tempoh tiga bulan.
Katanya, mereka sudah menunggu lebih daripada empat tahun tetapi pemimpin itu lebih seolah-olah tidak ingat dengan janji beliau.
"Apa yang kami lihat dia lebih pentingkan masalah pribadinya sendiri daripada masalah rakyat di daerah ini.
"Inikah pemimpin yang sepatutnya dicontoi masalah rakyat tidak selesai tapi ada masa pula tambah isteri lagi sat,"tambahnya.

Pemuda UMNO Telok Datok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads