12 di bandar sunway - Google Blog Search |
Najib lancar projek Bas Rapid Transit-<b>Sunway</b> Line | N9 Kini - Portal <b>...</b> Posted: 08 Jun 2012 10:43 PM PDT PETALING JAYA: 09 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Bas Rapid Transit (BRT)-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang. Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta membabitkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) dan syarikat swasta Sunway Bhd itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014. Najib dalam ucapan perasmiannya di Sunway Monash Residence di sini berkata, projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai. "Kita perlu melakukan transformasi ini kerana kita memerlukan sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan sebuah bandar yang moden. "Sebelum ini, kita memperkenalkan LRT banyak juga skeptikal, yang mengatakan LRT tidak akan berjaya, tetapi kini LRT dapat menjana seramai 450,000 penumpang sehari, dengan purata penumpang pada waktu puncak hampir 85,000," katanya. Najib berkata, kerajaan sudah memperkenalkan tren empat gerabak itu pada Disember 2009 untuk memenuhi permintaan yang semakin memuncak dan kini pada waktu puncak, tren itu penuh sesak. "Ini menunjukkan tanpa LRT dan monorel ini, kita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya (kesesakan trafik), yang terpaksa kita lalui di kawasan Lembah Klang ini," katanya. "Kami mesti lakukan semuanya yang kami perlu lakukan supaya rakyat yang tinggal di Lembah Klang akan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik," katanya. Najib berkata, PRASARANA menerusi anak syarikat dan divisyennya kini bertanggungjawab bagi perkhidmatan pengangkutan di tiga laluan iaitu Ampang Line, Kelana Jaya Line dan Kuala Lumpur Monorail. Najib berkata laluan berkenaan akan diselaraskan sebagai rangkaian dalam bentuk BRT. Beliau berkata, amat baik bahawa projek baru itu dilaksanakan di bawah perkongsian swasta-awam, inisiatif yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ia menggabungkan kekuatan sektor awam dan swasta untuk menjayakan usaha pembinaan negara. "Ini adalah konsep yang saya ingin galakkan dan sokong kerana saya percaya dengan saling bekerjasama rapat, ia akan menjana faedah dan kebaikan bersama kepada syarikat swasta dan juga kerajaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di bandar sunway - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan