SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): EKSPEDISI <b>...</b> Posted: 17 Jun 2012 07:43 AM PDT Pada cuti hujung minggu yang lepas, beberapa orang guru SKBL telah bersepakat untuk menyertai ekspedisi makan durian di Kg. Orang Asli Bukit Lagong. Disamping bertujuan untuk merasa durian bukit dan hutan, kembara in juga sebagai satu cara mempereratkan tali silaturahim dan melupakan seketika bebanan tugas harian sebagai seorang pendidik. Perjalanan bermula jam 9.30 pagi dengan menaiki land-rover Puan Rogayah yang memakan masa hampir 30 minit ke destinasi dusun durian beliau yang terletak di tempat yang bernama Juntai di dalam hutan simpan Bukit Lagong. Gambar-gambar di bawah menceritakan keseronokan dan kejayaan ekspedisi tersebut. Satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dan hanya dapat dinikmati di sekolah asli sahaja. Terima kasih Puan Rogayah dan keluarga atas layanan baik pihak puan kepada rombongan kami. ADMIN : Buurrrp, (sendawa durian) | Sedang bersiap-sedia untuk perjalanan ekspedisi. | | Sedang asyik meneliti buah kantan. | | Operasi memunggah buah durian untuk di bawa turun. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan