Isnin, 25 Jun 2012

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


BIAR GAMBAR BERBICARA...CERAMAH ANJURAN TIBAI <b>DI IJOK</b>

Posted: 20 Jun 2012 07:10 PM PDT

Ceramah anjuran TIBAI atas tajuk Debat Rakyat yang membariskan para penceramahh terdiri dari Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar, YB Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim dan Musryidul Am TIBAI, Sdr Zahid Mat Arip, ternyata gagal untuk memikat dan memukau rakyat.

Untuk kelihatan ramainya yang datang mendengar maka para penceramah duduk sebaris dengan para pendengar.

Ini adalah taktik terbaru mana-mana ceramah anjuran UMNO maupun NGO yang mesra atau dakap perjuangan UMNO.

Lihat gambar-gambar diatas.

LOKASI:-  Kg Bukit Badong, Ijok, Selangor

ACARA:-  Ceramah Debat Rakyat

TARIKH:-  19hb Jun 2012 jam 9.30 malam

Strategi UMNO/BN Selangor mengadakan ceramah dengan memasuki tempat-tempat yang kuat Pakatan Rakyat masih lagi kelihatan gagal untuk memikat dan memukau rakyat.

Ini jelas apa bila sepanjang ceramah itu, Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, kelihatan muram dan kurang senyum. Tanda-tanda kecewa amat jelas diraut wajahnya.

Sepanjang ceramah tersebut para penceramah yang diketuai Noh Omar hanya sekadar menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin PR, termasuk Mursyidul Am PAS YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz, YAB Lim Guan Eng KM Pulau Pinang dan YAB TS Khalid Ibrahim MB Selangor.

Ini membuat para penonton naik muak dan bosan.

Tidak hairanlah kalau para penganalis dan peramal politik,  hasil kajian yang mereka buat, amat sukar untuk UMNO merampas kembali Selangor.  Kelantan dan Pulau Pinang jangan dok mimpilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads