Sabtu, 23 Jun 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Laman Rasmi: CERAMAH <b>DI BUKIT</b> GOH, KUANTAN - <b>RAJA</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2012 12:18 PM PDT

Pada Jumaat, 22 Jun 2012 kelmarin bertempat di Markas PAS Felda Bukit Goh, Kuantan telah diadakan Ceramah Umum yang sepatutnya menampilkan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Malangnya, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka beliau tidak dapat hadir dan digantikan dengan YB Datuk Saifuddin Nasution, SUA PKR Pusat merangkap MP Machang.
Program malam kelmarin juga turut menerima tetamu kehormat iaitu YTM Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Jaafar, bekas Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Di samping itu juga, penceramah dari PAS iaitu Ustaz Sulaiman Md Derus turut berucap.  Pengerusi MPN PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman juga turut hadir di dalam majlis yang diPengerusikan oleh Ketua Penerangan PKR Pahang, Sdr Razali Alias.
YB Datuk Saifuddin Nasution tampil sebagai penceramah pertama kerana beliau akan menghadiri satu lagi program ceramah di Kemaman, Terengganu selepas itu.  Beliau banyak mengulas tentang isu-isu yang dibahaskan di dalam Parlimen terutamanya berkaitan isu Felda.  Beliau mendedahkan bagaimana saham Felda juga turut dimiliki oleh pemimpin Umno sehingga melibatkan jumlah jutaan ringgit, sedangkan para peneroka felda hanya diberi sekadar 800 unit saham sahaja.
Turut didedahkan adalah berkenaan bagaimana saham felda yang disenaraikan melalui FGVH ini dimiliki oleh syarikat asing yang diwakili oleh tokoh Yahudi.  Dakwaan ini menurut beliau telah dibangkitkan di dalam Parlimen baru-baru ini sehingga mengejutkan Ahli-Ahli Parlimen dari Bn.
Wakil dari PAS, Ustaz Sulaiman Md Derus juga banyak menyentuh tentang isu felda berkaitan dengan saman-saman yang dimenangi oleh para peneroka terhadap Felda khusus berkaitan KPG.  Kes-kes yang dimenangi oleh para peneroka ini menunjukkan sememangnya terdapat penyelewengan yang berlaku di dalam felda.  Beliau juga turut menyentuh tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS serta Tahaluf Siyasi bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.
Kemuncak program ceramah malam kelmarin dipanaskan dengan pidato oleh Kerabat Diraja Negeri Sembilan, YTM Tunku Harny Tunku Hanan yang banyak menyentuh tentang pengkhianat Umno terhadap Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu.
Intipati pidatoTunku malam tadi, di antaranya adalah;
1.  Umno tidak boleh dipakai lagi sebab pemimpin mereka sudah rosak akhlak.  Bila pemimpin di atas rasuah, maka pimpinan bawahan termasuk kakitangan kerajaan juga banyak melakukan rasuah dan penyelewengan.  Negara akan rosak jika dipenuhi dgn amalan rasuah, ujar beliau.  Beliau juga mengingatkan, sekiranya Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat menang di dalam PRU akan datang, rakyat diminta tidak mengajar atau mendorong Wakil Rakyat untuk melakukan rasuah.  "Hindari dari sikap suka meminta yang bukan-bukan kepada Wakil Rakyat, melainkan apa yang menjadi hak buat rakyat.  "
2.  Budaya samseng.  Semenjak kebelakangan ini budaya samseng telah dibawa oleh Umno di mana banyak program ceramah anjuran Pakatan Rakyat diganggu oleh mereka.  Provokasi pihak Umno kadangkala sudah melampau sehingga melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda milik pimpinan Pakatan Rakyat.
3.  Media menjadi penaja seks/lucah. "Sekarang kita nampak zaman fitnah keterlaluan, budak-budak kecil dengar cerita-cerita di dalam akhbar berkaitan isu fitnah dan seks yang menjijikkan, mereka ini sudah pandai membaca dan bercakap dan mereka akan terikut dengan apa yang ditunjukkan oleh akhbar-akhbar dan TV ini."  Video lucah dan fitnah diedar di setiap rumah di mana akan merosakkan akhlak anak-anak remaja".
4.  Pelihara maruah.  Rakyat jangan mudah lupa diri dan menggadaikan maruah hanya kerana mendapat imbuhan yang sedikit sementara waktu menjelang PRU.  Mereka mesti ingat, imbuhan yang mereka terima amat kecil jika dibandingkan dengan hak mereka dan wang rakyat yang telah disapu oleh pemimpin ini.
5. Ulamak Jahat Ulamak tidak lagi dihormati rakyat apabila Ulamak ini menjual agama mereka demi untuk mempertahankan jawatan mereka.  Ulamak dan para Mufti mesti berani menegur sesiapa sahaja termasuk pemimpin negara jika mereka melakukan kesalahan besar yang menyalahi hukum Islam.
6. Umno Pengkhianat Raja.  
(1)  Tuduhan raja memelihara Babi.  Umno mahu raja menyokong mereka dan mereka mahu simpati apabila menjaja cerita kononnya raja mereka telah di hina.  "Saya ingin kembali pada awal 80-an, siapa yang awal membawa slogan anti-raja pada waktu itu?"  "Mahathir Mamak Kutty",  sebab dia sudah merasa kuat. Pernah berlaku di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu, "Daraemon"  (Isa Samad) telah membuat kenyataan akhbar mendakwa Tuanku Jaafar (Almarhum) telah memelihara  babi di Port Dickson. " "Ketika itu orang-orang Melayu marah pada Raja.  "Hakikat sebenarnya tanah yang dikatakan tempat peliharaan babi tersebut telah dijual oleh Tuanku Jaafar 10 tahun sebelum isu ini timbul".  "Pihak Istana telah menjawab isu ini, tetapi tidak disiarkan oleh media ketika itu. 
(2)  Umno Hina Sultan Terenganu (DiPertuan Agung waktu itu).  Kisah bagaimana sekumpulan ahli Umno yang menyokong Idris Jusoh sebagai MB Terengganu telah menaikkan kain rentang menggelar Sultan Terengganu sebagai `Natang" (Binatang). "Apa pemimpin Umno buat ketika itu untuk membela Sultan Terengganu?"
(3)  Raja akan diseret dan dimasukkan ke dalam kawah.  Sewaktu isu Pindaan Permbagaan tahun 1993, Tunku Harny menceritakan, satu malam lebih kurang jam 11 malam beliau telah menerima panggilan telefon daripada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar (Almarhum).  Almarhum Tuanku mengadu bahawa Baginda telah menerima panggilan daripada seorang Menteri Kanan di Persekutuan yang mengugut  jika Tuanku tidak tandatangani Pindaan Perlembagaan ini, mereka akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.  Raja-Raja akan diseret ke jalanraya dan akan dicampakkan ke dalam kawah.
"Siapakah pengkhianat Melayu dan raja-raja sebenarnya? "Kalau raja-raja Melayu boleh mereka lakukan sedemikian rupa, apa jaminan rakyat biasa dan peneroka felda?  "Pemimpin Umno tidak lagi boleh diberi muka walau satu inci sekalipun", ujar Tunku Harny.
Topeng siapakah Umno sebenarnya telah didedahkan oleh YTM Tunku Harny.  Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah Umno masih releven lagi untuk menjadi tempat bergantung rakyat di negara ini terutamanya yang berbangsa Melayu dan Islam.
Program malam tadi telah berjaya menarik tidak kurang dari seribu orang penduduk tempatan dan sekitar felda Bukit Goh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads