Sabtu, 23 Jun 2012

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


MB SELANGOR Tak Boleh Dipakai...Jemaah <b>di Ijok</b> dakwa Khalid abai

Posted: 20 Jun 2012 10:30 PM PDT

IJOK: Jemaah surau di Ijok mendakwa tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan negeri sejak 2008 lagi walaupun telah beberapa kali permohonan dibuat. Hasil tinjauan mendapati setiap surau di kawasan tersebut terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan dana untuk meneruskan aktiviti keagamaan mereka. Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Zaini Korman, 61, memberitahu yang beliau pernah menghantar surat sebanyak empat kali ke Pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk meminta peruntukan menambah baik kemudahan surau tersebut, tetapi kecewa. Menurutnya, kecewa dengan sikap Menteri Besar yang tidak mengambil berat tentang kebajikan Jemaah di surau tersebut, Jemaah bersepakat mengumpul duit sendiri bagi menaik taraf infrastruktur surau itu. Duit sendiri Surau ini memang tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan negeri. Seingat saya kali terakhir Jemaah surau ini mendapat bantuan adalah pada 2008, itupun daripada kerajaan terdahulu. "Lepas 2008 tak pernah dapat. Kami terpaksa guna duit sendiri untuk sediakan segala kemudahan. Saya pernah hantar surat di pejabat Menteri Besar sebanyak empat kali, tapi masih tidak dapat peruntukan," tegas Zaini. Menurutnya lagi, antara perkara yang diusahakan mereka sendiri adalah mendapatkan lampu jalan dan menurap jalan masuk ke surau tersebut. Tambah beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pernah berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM5000 pada 2008 bagi membaiki bangsal yang roboh, tetapi sehingga kini wang tersebut tidak diterima yang akhirnya memaksa Jemaah menggunakan wang sendiri untuk membaikinya. Tidak lokek Perkara tersebut disokong oleh seorang ahli Jemaah surau itu, Miskiah Ishak, 64.Menurutnya, Jemaah di surau tersebut bertuah kerana terdapat anak-anak kariah yang telah berjaya yang tidak lokek untuk memberikan sumbangan."Kalau nak harap kerajaan negeri, memang tiada. Dulu kata nak beri RM5000 tapi akhirnya tiada juga. Sudahnya kami kutip-kutip duit antara anak kariah. Ada anak-anak kariah yang sudah berjaya yang sumbangkan RM1000-RM2000. "Nak harap bantuan memang tiada. Dulu waktu Barisan Nasional memerintah, peruntukan tak pernah habis. Tapi sekarang tak pernah dapat sebarang peruntukan," katanya. Sementara itu Imam Surau Nurul Hamidin, Haji Abdul Manap Suradi, 65, berkata, sejak tahun 2008 bantuan yang diterima oleh surau tersebut setiap tahun hanyalah RM200 yang diberikan hanya pada bulan Ramadan. Bantuan JAIS Itu pun katanya, bukan bantuan daripada kerajaan negeri sebaliknya daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). "Kerajaan negeri tidak pernah beri peruntukan bantuan. Yang ada, Umno bahagian yang selalunya beri wang dan barangan keperluan. Kerajaan negeri tak bagi.Situasi ini bukan sahaja dialami di surau saya, tetapi di semua enam surau yang ada di Ijok ini. Elaun untuk Imam juga tiada," katanya. Menurutnya lagi beliau sudah penat untuk meminta bantuan daripada kerajaan negeri kerana beliau pasti yang permintaan tersebut tidak akan tertunai. Saya ada minta bantuan, tapi tak tertunai. Contohnya saya ada minta khemah dan beberapa kemudahan asas yang lain, tapi tak dapat. Jemaah di sini semakin bertambah," tambah beliau. MB tak lawat surau Menurutnya lagi, Ahli Dewan Undangan Ijok yang juga merupakan Menteri Besar, langsung tidak pernah datang melawat ke surau tersebut. "Kalau dia pernah datang mesti dia tahu masalah Jemaah di sini. Jalan nak masuk, gelap. Jadi menyukarkan Jemaah-jemaah yang sudah berumur untuk ke surau. Jalan masuk juga sempit. Jadi ADUN sendiri tak pernah turun padang, macam mana dia nak tahu masalah kami. Harapkan wakil sahaja tak guna," tegas beliau.Sama seperti di Surau Nurul Ehsan, Jemaah di Surau Nurul Hamidin turut mengadakan kutipan wang di kalangan mereka untuk menaiktaraf kemudahan surau. Sebagai contoh katanya, hasil kutipan wang mereka itu telah dimanfaatkan untuk membina satu dewan makan. Walaupun tidak sempurna katanya, tapi lebih elok daripada tiada. Abai tanggungjawab...Bekas nazir Masjid Nurul Iman yang juga merupakan Pengerusi Surau As-Saidah turut berkongsi kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri yang menurutnya mengabaikan kepentingan agama di Selangor. Menurutnya, Khalid yang memegang portfolio Agama di Selangor telah mengabaikan tanggungjawab beliau di dalam kebajikan Islam di negeri ini. "Khalid ini dia pegang hal ehwal agama negeri, tapi tak pernah turun surau. Jadi mungkin sebab itu semua surau di negeri ini diabaikan. "Sepatutnya, dia yang memegang hal ehwal agama perlu lebih agresif di dalam memelihara kepentingan Jemaah," tegas beliau. Khalid politikkan isu agama Menurutnya lagi, Khalid sebagai Menteri Besar hanya mempolitikkan isu agama untuk kepentingan kumpulan beliau sendiri bukannya untuk kepentingan Ummah. Sejak 2008 katanya, Surau As-Saidah tidak pernah langsung menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri Selangor. "Kalau ada bantuan sekalipun, itu wang zakat. Zakat bukan peruntukan kerajaan negeri. Itu tanggungjawab Majlis Zakat," tegas beliau. Menurutnya lagi, kerajaan negeri di bawah Khalid dilihat lebih banyak menggunakan peruntukan wang zakat daripada peruntukan yang sepatutnya digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads