12 di cheras - Google Blog Search |
DaiADellas: AIr Tiada <b>di Cheras</b>, Selangor Posted: 26 Sep 2012 12:34 AM PDT Keputusan bekalan air adalah perkara biasa.. Teringat masa kecik2 dulu, bila Sungai Pahang melimpahkan airnya pada musim tengkujuh, pam air duduknya kat tepi sungai tu akan tenggelam. Makanya, xdela air yg disedutnya, makanya, takder la bekalan air untuk kami kat kampung.. Banjir, patut makin banyak air, tapi sebaliknya terjadi.. Rumah kat kampung, dulu2 la, kolah dia sebesar kolam renang..(nampak sgt nipu..hihihi).. Masa saya kecik, dalam usia 3-8 tahun, selalu dok takut nak cebok air dari kolah, takut tangan kena sambar dek JAWS!! hahahaaa... Cuak wehh.. Budak2 betol.. So, bila air kolah pun dah surut, kami pun gi la mandi air perigi yang digali dek jiran sebelah umah.. Perigi tu bukan dalam kawasan umah dia pun..Mandi perigi pun syok kan..hehehe.. Disebabkan musim tengkujuh cuma datang time ujung tahun, so sekolah cuti,memang syok giler ahh mandi tgh2ari dengan air yg sejuk tu.. Sanggup ulang2 2-3 kali gi mandi kt situ..hehe Tapinya, nie citer tahun 2012 yang penuh cabaran.. Takder air di KL, memang kisah haru untuk dilalui.. Tinggal di flat, tiada tangki simpanan air sendiri.. Apa yg lebih teruk apabila tiada air yang disimpan sedangkan perkhabaran dibawa mengatakan masalah akan berlarutan hingga seminggu?? Mahu saja mulut ini meluncurkan kata2 tak elok didengar.. Air minum boleh dibeli, air wudhu' boleh diiktiarkan.. Air mandi?? Survival hidup di bandaraya bak kata cik abang ku Sayang.. Tika dia baru je nak melelapkan mata kerna kusyuk berada di depan laptop sepanjang malam, Saya telah terjaga. menyiapkan beg dan diri sekadar dengan membasuh muka dan berkumur, Saya terus melangkah keluar rumah, menghidupkan enjin kereta bertepatan dengan 'Hayya alal falah..' azan berkumandang... Berkira2 tempat untuk disinggahi, Saya memilih untuk ke stesen minyak 24jam, menumpang mandi di sana.. Shell mempunyai tandas yang besar dan cantik, tapi sayang, hanya dibuka kuncinya pada jam7 pagi.. Apakah peraturan itu?? Saya pun tak tahu.. Akhirnya Saya ke stesen Esso, terus berjalan menuju toiletnya tanpa menoleh kepada penjaga kaunter tu, dengan beg di bahu.. Alhamdulillah, tandas wanitanya besar, bersih dan selesa bagi Saya membersihkan tubuh di awal pagi.. Surau yang disediakan juga selesa, menyebabkan pagi Saya terasa lapang.. Siapa kata mudah hidup di bandaraya?? Tapi sekurang2nya, pengalaman di asrama selama 5tahun, tambah lagi di matrik dan universiti, menjadikan saya seorang yg survive.. Sekurang2nya untuk hari ini.. Dan maghrib nanti, kami berdua akan bersenam di gim, dan akan terus membersihkan diri di sana.. Sesungguhnya, ada jalannya bagi yang ingin mencari.. Alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan, terutamanya apabila Saya tak perlu memasak sepanjang masa sempit ni... hihihi ~~Esok, Saya takkan singgah di Esso lg.. Saya dh punya kunci bilik masakan di sekolah, yang punya tandas dan tempat solat yang selesa.. Alhamdulillah.. Dipermudahkan.. Sesungguhnya Saya bersyukur dengan kemudahan di dalam kesempitan ini.. Ia mengingatkan kita bahawa tiap masalah akan ada penyelesaiannya.. Yang perlu kita lakukan adalah mencari jawapannya.. tata |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan