Ahad, 30 September 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


2,020 Pengguna Air Saman Kerajaan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 18 Sep 2012 09:22 PM PDT

alt

SHAH ALAM, 19 Sept - Seramai 2,020 pengguna air dari Subang Jaya, Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini menfailkan saman tuntutan ke atas kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Melalui tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi, kesemua pengguna terbabit menuntut tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), empat tahun lalu.

Peguam yang mewakili kesemua plaintif, Kamarudin Ahmad berkata, plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan kerajaan negeri kerana mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dalam pemberian skim air percuma berkenaan.

Katanya, apabila aduan dibuat Khalid menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini berkata, masih ramai penghuni pangsapuri dan flat menggunakan meter pukal dan bukan meter individu, sekali gus menafikan hak pengguna meter pukal domestik untuk menikmati Skim Air Percuma (SAP).

alt

"Manifesto PRU-12 Pakatan Rakyat amat jelas dibaca dan difahami oleh semua pengguna air sebagai pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama setiap bulan bagi setiap pengguna air domestik di negeri Selangor tidak kira sama ada pengguna air berkenaan menggunakan meter individu atau meter pukal.

"Asas kedua saman tuntutan plaintif ialah kegagalan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam melaksanakan program penukaran meter individu yang diumumkan pada tahun 2007," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, hari ini.

Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi lebih RM1.1 juta atau bersamaan dengan RM570 seorang dan writ saman itu akan diserahkan kepada defendan dalam tempoh tujuh hari.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dan Pegawai Kerja/Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads